logo
HARUN YAHYA

Tidak Masuk Akali!

sürüngen

Reptilia yang didakwa parapenyokong evolusi cuba terbang.

Kenyataan salah lain yang dilakukan oleh para penyokong evolusi ialah tentang bagaimana burung muncul.

Kisah mereka ialah bahawa reptilia yang tinggal di atas pokok mula melompat dari satu pokok ke satu pokok yang lain, dan ketika mereka melompat, mereka membentuk sayap. Kisah lain pula menyatakan bahawa reptilia yang cuba menangkap lalat telah mengepakkan kaki hadapannya, dan ini bertukar menjadi sayap!

Para penyokong evolusi tidak mungkin dapat menjelaskanya. Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, lalat adalah haiwan terbang terbaik di dunia. Ia dapat mengepakkan sayapnya 500 hingga 1000 kali sesaat. Seperti yang kamu tahu, ia dapat terbang dengan lincah. Walaupun sebanyak mana para penyokong evolusi mengemukakan cerita-cerita mereka, mereka masih tidak dapat menjelaskan bagaimana sayap burung muncul. Malah mereka tidak mahu memikirkannya!

sürüngen

Sebenarnya, Allah telah menjadikan burung dan lalat bersama sayap dan kebolehan untuk terbang.

Archaeopteryx, Yang Para Penyokong Evolusi Gelar Sebagai Satu Bentuk Perantaraan, Sebenarnya Adalah Seekor Burung Yang Sempurna

Kami kemukakan kepada kamu beberapa perbezaan di antara reptilia dan burung.

    1.Burung mempunyai sayap, tetapi reptilia tidak.

    2.Burung mempunyai bulu pelepah, tetapi reptilia mempunyai sisik.

    3.Burung mempunyai sistem tengkorak yang unik dan tulang mereka berlubang. Ini menjadikan mereka lebih ringan dan memudahkan mereka terbang.

Ini hanya beberapa perbezaan yang dapat difikirkan sepintas lalu. Terdapat lebih banyak perbezaan-perbezaan lain di antara dua makhluk ini.

Jika satu spesies reptilia telah bertukar kepada burung, sudah tentu terdapat makhluk-makhluk yang hidup di antara reptilia dan burung mewakili fasa perubahan ini.

sürüngen

Burung tidak dapat berubah daripada reptilia. Keduanya adalah makhluk yang berbeza.Di dalam gambar ini, kamu dapat melihat perbezaan di antara kedua-dua kelas hidupan ini.

Pemburu fosil tentu sudah menemui sekurang-kurangnya satu fosil ini. Iaitu, satu makhluk yang mempunyai separuh sayap, badan separuh bulu dan separuh sisik, separuh paruh dan separuh mulut, dan fosil mereka tentu telah ditemui, tetapi sebaliknya tidak ada makhluk seperti ini pernah wujud di antara fosil-fosil di bumi ini. Fosil-fosil yang ditemui adalah kepunyai burung-burung dan reptilia-reptilia sempurna. Ini bererti burung tidak berubah daripada reptilia. Allah menjadikan burung sebagaimana Dia menjadikan hidupan-hidupan lain.

sürüngen pulları

Adalah mustahil bagi sisikreptilia untuk bertukarmenjadi bulu burung.Tidak ada sebarangpersamaan di antarakeduanya.

Tetapi memandangkan para penyokong evolusi tidak mahu menerimanya, mereka cuba menyakinkan masyarakat dengan mengada-adakan cerita. Bagaimana?

Mereka telah menemui fosil seekor burung yang dikenali sebagai Archaeopteryx dan mereka mendakwa burung ini sebagai bentuk perantaraan di antara seekor dinosaur dan seekor burung. Mereka menyatakan, “Archaeopteryx adalah moyang bagi semua burung”, pada mereka, makhluk ini mirip seekor burung tetapi sebenarnya separuh dinosaur.

kuş tüyü

 

archaeopteryx kuşu

Tetapi ini tidak benar.

Archaeopteryx adalah seekor burung sebenar!

Kerana:

    1.Archaeopteryx mempunyai bulu sama seperti burung-burung pada zaman kita.

    2.Archaeopteryx mempunyai tulang dada, yang mengikat sayap, seperti burung-burung lain yang boleh terbang.

    3.Archaeopteryx tidak boleh menjadi moyang kepada semua burung, kerana fosil burung yang lebih tua daripadanya telah ditemui.

 

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan
  • Ragamana Alam Semesta ini Terbentuk?
  • Ini Tubuh Kita
  • Sifat-Sifat Istimewa Makhluk di Sekeliling Kita
  • Makhluk-Makhluk Yang Mencacumkan
  • Ragaimana Tumbuh Tumbuhan Berwarna-Warni Tumbuh Daripada Tanah
  • Mari Fikirkan Semula!
  • Apakah Teori Evolusi?
  • Menurut Para Penyokong Evolusi, Ragaimanakah Hidupan Berkembang?
  • Fosil-Fosil Yang Tidak Dapat Ditemui Para Penyokong Evolusi
  • Apa Berlaku Ketika Zaman Cambrian?
  • Pembohoncan Ikan Berubah Menjadi Reptilia
  • Tidak Masuk Akali!
  • Munckinkah Perkara Seperti ini Berlaku?
  • Kisah Evolusi Manusia
  • Topik Paling Menakutkan Kepada Darwin dan Para Penyokong Evolusi
  • Data Rank Badan Kita:DNA
  • Allah Adalah Pencipta Semuanya
  • Kesimpulan