Seperti yang dikatakan oleh
penyokong-penyokong evolusi
bahawa kucing pertama telah tibadi pantai 10 juta tahun dahulu.
Para penyokong evolusi menyatakan bahawa reptilia berubah daripada ikan. Menurut mereka, suatu hari, apabila makanan di dalam laut berkurangan, ikan-ikan cuba mendapatkannya di darat, dan apabila ia berada di darat, ia berubah menjadi reptilia untuk membolehkannya hidup di darat. Seperti yang dapat kamu saksikan, semua orang tahu apa akan terjadi kepada seekor ikan jika ia naik ke darat: Ia akan mati!
Pernahkah kamu pergi memancing? Cuba fikir! Apakah sangka akan terjadi jika seekor ikan memakan umpan kamu dan ia tersekat di tali pancing kamu dan kamu menyelamatkannya dan membawanya pulang untuk berehat di halaman rumah kamu? Seperti yang telah kamu sebutkan, ia akan mati. Jika kamu pergi memancing sekali lagi, dan kali ini kamu mendapat banyak ikan dan membaringkan ikan-ikan itu di halaman rumah kamu, apa akan berlaku? Mereka akan mati!
Para penyokong evolusi tidak menerima perkara ini. Mereka menyatakan bahawa salah seekor daripada ikan-ikan kamu, ketika menanti saat kematian, mula berubah secara tiba-tiba, dan berubah menjadi seekor reptilia dan meneruskan hidupnya! Perkara seperti ini adalah mustahil!
Mustahil ia dapat berlaku, kerana terdapat perbezaan yang ketara di antara ikan dan haiwan darat, dan semua perubahan ini tidak mungkin berlaku dengan sendirinya secara tidak sengaja. Mari kita senaraikan apa yang perlu dimiliki oleh seekor ikan untuk hidup di atas darat:
1.Ikan menggunakan insang untuk bernafas di dalam air. Bagaimanapun, di darat mereka tidak dapat bernafas dengan insang dan mereka akan mati. Mereka memerlukan paru-paru. Jika seekor ikan hendak naik ke darat, dari mana ia hendak mendapatkan paru-paru?
2.Ikan tidak mempunyai sistem buah pinggang seperti kita, tetapi mereka memerlukannya jika hendak hidup di darat. Boleh jadi mereka terjumpa buah pinggang di mana-mana apabila mereka berfikir untuk naik ke darat.
3.Ikan tidak mempunyai kaki. Kerana itu, mereka tidak dapat berjalan apabila mereka sampai ke pantai. Bagaimana ikan yang memilih untuk naik ke darat mendapat kaki? Kerana ia amat mustahil, maka jelaslah para penyokong evolusi silap tentang perkara ini.
Ini hanya tiga daripada beratus-ratus perkara yang diperlukan oleh ikan untuk hidup di darat.
Penyokong-penyokong evolusi mendakwa bahawa makhluk-makhluk telah berubah daripada satu sama lain melalui perubahan yang memakan masa selama berjuta-juta tahun. Malah sebahagian mereka ada yang menyatakan bahawa ikan tiba-tiba telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke darat kerana tidak dapat menemui makanan yang mencukupi. Siapa tahu? Mungkin ikan tidak naik ke darat untuk mencari makanan; mungkin mereka ke darat untuk menonton televisyen, seperti ikan di dalam gambar ini. Bukankah ini tidak masuk akal? |
Jika benar ikan telah berubah menjadi reptilia, sudah tentu kita dapat menemui berjuta-juta fosil bentuk perantaraan di antara ikan dan reptilia yang didakwa wujud.
Ini bererti, terdapat banyak makhluk separuh kaki, separuh paru-paru dan separuh buah pinggang, dan sudah tentu kita dapat menemui fosil-fosilnya hari ini, tetapi fosil-fosil ini tidak wujud.
Dakwaan para penyokong evolusi amat melucukan dan tidak masuk akal, sehingga ia sering dijadikan bahan kartun. Seperti yang didakwa para penyokong evolusi, nenek moyang semua hidupan - kucing, ular, tumbuhan, ayam dan manusia - adalah makhluk air. Kanak-kanak pun pasti akan ketawa dengan dakwaan seperti ini! |
Selama beberapa tahun, para penyokong evolusi menggambarkan seekor ikan bernama “Coelacanth” sebagai satu bentuk perantaraan yang hampir sampai ke pantai. Di dalam semua buku-buku dan majalah mereka, mereka menggambarkan ikan ini sebgai bukti mereka. Menyangkakan ikan ini telah pupus dan sudah tidak wujud lagi. Kerana itulah mereka membuat cerita palsu ini apabila mereka mengkaji fosil ikan tersebut.
Evolusionis mendakwaikan “Coelacanth” adalahsejenis ikan yang telahbersedia untuk naik kedarat. Sehingga suatu hari,seekor ikan “Coelacanth”telah ditangkap hiduphidup,dan kesilapanmereka terbongkar.
Kemudian, seorang nelayan telah berjaya menangkap ikan ini dengan jaringnya. Seterusnya, ramai orang lain berjaya menangkap ikan ini. Jelaslah di sini, bahawa “Coelacanth” adalah ikan biasa. Dan ia tidak bersedia untuk naik ke pantai, seperti yang di dakwa oleh para penyokong evolusi. Mereka menyatakan, “Ikan ini tinggal di dalam air cetek, kerana ia telah bersedia untuk berpindah ke pantai”. Sebenarnya, ikan ini tinggal di dalam laut dalam. Ia bukan bentuk perantaraan seperti dakwaan para penyokong evolusi. Ia adalah ikan sebenar. Banyak lagi idea-idea salah para penyokong evolusi telah didedahkan!