logo
HARUN YAHYA

Menurut Para Penyokong Evolusi, Ragaimanakah Hidupan Berkembang?

Seperti yang dinyatakan di dalam teori evolusi, hidupan berkembang dengan peredaran masa, bererti ia membangunkan sifat-sifat lain, dan kemudian berubah menjadi hidupan lain. Contohnya, menurut kepercayaan para penyokong evolusi, reptilia telah berubah menjadi burung hasil daripada beberapa peristiwa. Jadi, apakah peristiwa-peristiwa yang mereka dakwa dapat menukarkan seekor reptilia kepada seekor burung?

Para penyokong evolusi percaya evolusi berlaku hasil daripada dua peristiwa berasingan yang berlaku serentak, dikenali sebagai “mutasi” dan “pilihan semula jadi”. Sebenarnya ia adalah suatu kepercayaan yang tidak logik dan tidak mempunyai sebarang asas sains. Kamu akan bertanya, “Mengapa?”. Mari kita kaji mengapa.

Apa Itu Pilihan Semula Jadi?

Penjelasan ringkas tentang pilihan semula jadi ialah bahawa yang kuat akan selamat dan yang lemah akan lenyap.

Ia akan dijelaskan melalui contoh berikut:

Terdapat sekumpulan rusa dan pemangsa sering menyerang kumpulan ini. Di dalam keadaan ini rusa-rusa ini akan berlari pantas, dan hanya yang terpantas dan cergas sahaja akan selamat. Sementara, rusa yang lemah dan perlahan akan musnah apabila mereka diburu pemangsa. Hanya rusa-rusa yang sihat dan kuat sahaja akan hidup. Tidak berapa lama kemudian, kumpulan tersebut hanya akan dianggotai oleh rusa-rusa yang kuat sahaja.

doğal seleksiyon

Rusa Yang Melarikan Diri Daripada Cheetah...

Tidak Akan Berubah Menjadi Harimau Ketika Berlari...

Dan Harimau Tidak Akan Berubah Menjadi Gajah!!!

 

Oparin

Peristiwa yang kami sebutkan ini memang benar, tetapi ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan evolusi. Para penyokong evolusi menyatakan bahawa seekor rusa, selepas terus berkembang akan berubah menjadi hidupan lain, menjadi zirafah misalnya. Ini tidak benar, kerana betapa pantas sekali pun rusa ini berlari, atau berapa panjang lehernya dipanjangkan, ia tidak akan bertukar menjadi makhluk lain, menjadi zirafah atau singa contohnya. Ia hanya wujud di dalam kisah-kisah dongeng. Kamu semua pasti pernah mendengar kisah putera katak.

kurbağa

 

Seekor katak hanya dapat bertukar menjadi seorang putera di dalam kisah dongengan. Tetapi, mustahil seekor rusa bertukar menjadi singa atau hidupan lain di dalam kehidupan sebenar. Bagaimanapun, para penyokong evolusi - walaupun mereka terdiri daripada orang dewasa, dan mungkin juga pemikir dan profesor - mempercayai cerita ini! Tahukah kamu apa ertinya keadaan ini? Ia seperti seorang kanak-kanak yang mendengar kisah putera katak, menangkap seekor katak, menciumnya dan menantinya menjadi seorang putera.

Kita dapat simpulkan bahawa: Pilihan semula jadi tidak dapat mengubah satu spesies binatang kepada spesies yang lain, seperti menukar seekor rusa kepada zirafah. Ia hanya akan menjadikan anggota-anggota spesies haiwan ini, seperti sekawan rusa, menjadi lebih kuat.

Apakah Mutasi?

Mutasi adalah perubahan bahaya yang berlaku di dalam badan organisma hidupan. Radiasi dan bahan kimia boleh menyebabkan mutasi. Kesan radiasi dan bahan kimia ke atas hidupan sentiasa memudaratkan. Kira-kira 55 tahun dahulu, ketika Perang Dunia Kedua, sebuah bom telah digugurkan di sebuah bandar Jepun, Hiroshima. Bom atom ini menyebarkan radiasi ke seluruh kawasan dan memudaratkan ramai orang. Radiasi ini menyebabkan mereka jatuh sakit atau mati. Lebih daripada itu, ia juga memusnahkan sistem badan mereka yang terdedah kepadanya, dan ini menyebabkan mereka melahirkan anak yang sakit atau cacat.

mutasyonmutasyon

Mutasi amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kanak-kanak ini menjadi cacat begini.

Seekor biri-biri mempunyai lima kaki kesan daripada mutasi.

#Peristiwa lain berlaku di bandar Rusia, Chernobyl pada 1986. Telah berlaku satu letupan di loji nuklear Chernobyl, dan ini menyebabkan radiasi tersebar ke seluruh bandar, kawasan sekeliling dan sehingga ke barat Eropah. Seperti di Jepun, mereka yang tinggal di situ dan kanak-kanak yang dilahirkan selepas itu samada menjadi cacat atau mati kerana radiasi.

mutasyon

Mereka yang rosak kakinya disebabkan oleh mutasi.

Gambar-gambar yang kamu lihat menunjukkan bagaimana manusia dan hidupan lain menjadi cacat selepas bermutasi hasil daripada radiasi.

Kamu mungkin bertanya, apa kaitannya dengan topik perbincangan kita? Kami sebutkan sebelum ini bahawa para penyokong evolusi mendakwa hidupan bertukar menjadi spesies lain dan dengan cara inilah ia berkembang. Contohnya, mereka mendakwa ikan telah bertukar menjadi reptilia.

evrim

Jika kamu memukul sebuah televisyen hitam putih dengan sebilah kapak…

Dapatkah kamu menghasilkan sebuah televisyen berwarna!!?

Tidak! Sebaliknya televisyen kamu akan pecah...

Jika kamu bertanya, bagaimana seekor ikan boleh bertukar menjadi seekor reptilia, mereka akan menjawab: Pada suatu hari seekor ikan bermutasi, bererti ia melalui peristiwa yang sama dilalui oleh kanak-kanak di Japan yang terdedah kepada radiasi. Disebabkan mutasi ini, ikan tersebut telah melalui beberapa perubahan dan suatu hari, berjuta-juta tahun kemudian, kamu akan menemui seekor buaya yang dahulunya adalah ikan!

Dakwaan ini tidak masuk akal. Kerana, mutasi adalah berbahaya kepada hidupan. Ia hanya menyebabkan mereka cacat atau sakit. Sebaliknya, teori evolusi masih terus mendakwa mutasi menyebabkan ikan berkembang dan mengubahnya menjadi reptilia. Ia terlalu mengarut dan berkhayal untuk diterima.

Jika mutasi bermanfaat, apabila berlaku kebocoran radiasi, semua orang patut pergi ke Chernobyl untuk berkembang menjadi makhluk yang lebih maju. Sebaliknya, semua orang melarikan diri daripada Chernobyl, dan kesan bahaya kejadian Chernobyl masih dapat dilihat.

Kita dapat bandingkan dakwaan penyokong evolusi ini dengan contoh berikut: Jika kamu memegang sebilah kapak dan mengapak sebuah televisyen hitam putih, dapatkah kamu menukarnya menjadi televisyen berwarna? Sudah tentu tidak! Jika kamu mengapak sebuah televisyen secara membabi buta, ia akan rosak. Sebagaimana pukulan dengan kapak menyebabkan kerosakan, mutasi juga merosakkan hidupan.

Boleh dikatakan bahawa mutasi tidak mengubah satu hidupan kepada sesuatu yang lebih baik, seperti dakwaan para penyokong evolusi.

Sekarang, mari kita simpulkan apa yang telah kita sebutkan setakat ini: Para penyokong evolusi mendakwa satu hidupan berkembang menjadi hidupan lain atau dari satu spesies kepada spesies yang lain. Mereka mendakwa perubahan ini berlaku disebabkan oleh dua perkara, mutasi dan pilihan semula jadi, tetapi kita telah pun melihat sama ada pilihan semula jadi atau mutasi tidak dapat mengubah satu hidupan. Tambahan pula, mutasi menyebabkan kerosakan kepada hidupan, seperti yang telah kita saksikan di dalam gambar-gambar ini.

 

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan
  • Ragamana Alam Semesta ini Terbentuk?
  • Ini Tubuh Kita
  • Sifat-Sifat Istimewa Makhluk di Sekeliling Kita
  • Makhluk-Makhluk Yang Mencacumkan
  • Ragaimana Tumbuh Tumbuhan Berwarna-Warni Tumbuh Daripada Tanah
  • Mari Fikirkan Semula!
  • Apakah Teori Evolusi?
  • Menurut Para Penyokong Evolusi, Ragaimanakah Hidupan Berkembang?
  • Fosil-Fosil Yang Tidak Dapat Ditemui Para Penyokong Evolusi
  • Apa Berlaku Ketika Zaman Cambrian?
  • Pembohoncan Ikan Berubah Menjadi Reptilia
  • Tidak Masuk Akali!
  • Munckinkah Perkara Seperti ini Berlaku?
  • Kisah Evolusi Manusia
  • Topik Paling Menakutkan Kepada Darwin dan Para Penyokong Evolusi
  • Data Rank Badan Kita:DNA
  • Allah Adalah Pencipta Semuanya
  • Kesimpulan