Setakat ini, kita telah menyebutkan tentang planet kita, tubuh kita dan hidupan di bumi ini. Kita mungkin tertanya-tanya, “Bagaimana ini boleh berlaku?”. Fikirkan, bumi telah dijadikan dan tiada apa-apa pun di dalamnya, dan kemudian secara tiba-tiba hidupan mula muncul. Di laut, terdapat ikan dan rumput air, dan di darat terdapat singa, kucing dan semua mula muncul. Burung tiba-tiba sahaja muncul. Bagaimana semua makhluk ini muncul tiba-tiba?
Sudah tentu kerana Allah telah menjadikannya.
Allah adalah Pencipta kepada setiap benda yang kita lihat sekeliling kita.
Mulanya Allah menjadikan alam ini dan planet kita. Kemudian Dia menjadikan haiwan, tumbuhan dan manusia. Terlalu mudah bagi Allah menjadikan semua ini, kerana dia Yang Maha Perkasa. Allah dapat melakukan apa sahaja yang dikehendakinya dalam sekelip mata.
Seperti yang telah kami sebutkan sebelum ini, sebahagian manusia tidak mahu menerima kebenaran ini. Mereka yang dikenali sebagai “penyokong evolusi”, menyatakan bahawa, “segalanya berlaku dengan sendirinya”.
Ini tidak masuk akal. Apa fikiran kamu jika kamu pulang ke rumah, dan mendapati sebiji kek? Pasti kamu akan menyatakan, “Hmmm... ibu saya telah membakar kek ini?”. Ini bererti apabila terdapat sesuatu yang kukuh dan dapat dilihat, sudah tentu ada seseorang yang telah membuatnya.
Tahukah kamu bagaimana penipuan yang dilakukan oleh para penyokong evolusi ini? Ia seperti menyatakan, “Tiada siapa membakar kek tersebut, sebaliknya, ia membakar dirinya sendiri secara tidak sengaja”. Apa yang akan kamu katakana apabila mendengarnya. Mungkin kamu akan berkata, “Gila, bolehkah kek membakar dirinya sendir? Sudah tentu ada orang yang membuatnya”. Bagaimana jika sahabat di sebelah kamu menafikannya dan berkata, “skru-skru almari dapur longgar dan almari itu pun mula bergoyang. Ketika bergoyang, tepung, mentega, gula dan biji coklat jatuh daripadanya dan bercampur. Mereka bercampur dalam sukatan yang tepat. Setiap satunya berada dalam sukatan yang betul, gula, serbuk koko... Sementara adunan juga jatuh daripada almari, dan ia jatuh betul-betul di dalam mangkuk pembakar dan mangkuk itu pula kebetulan berada tepat pada tempat jatuhnya adunan itu. Tidak berapa lama kemudian, berlaku gempa bumi, dan entah bagaimana mangkuk pembakar itu masuk ke dalam alat pembakar. Kemujuran yang berlaku setakat ini masih belum cukup untuk menghasilkan sebiji kek. Perlu berlaku lagi beberapa kebetulan dan alat pembakar itu pula perlu berada pada tahap kepanasan yang tepat. Sejurus selepas itu, satu lagi kemujuran telah berlaku: Alat pembakar terpasang sendiri dan kemudian mematikan dirinya sebaik sahaja kek ini telah siap, jika pembakar ini mematikan dirinya sebelum kek ini hagus”.
Pada pandangan kamu, siapa yang akan mempercayai cerita ini? Sudah tentu tidak!
Sekarang fikirkan seketika: Untuk membentuk matahari, bintang-bintang, lautan, tasik, gunung-ganang, ikan, kucing, arnab dan manusia adalah lebih sukar dan kompleks daripada membuat sebiji kek, tetapi kek itu sendiri tidak dapat terhasil secara kebetulan. Jadi, mengatakan bahawa matahari dan manusia telah terbentuk sendiri secara kebetulan adalah sesuatu yang bodoh! Jika kek perlu dibuat oleh seseorang, maka sudah tentu ada kebijaksanaan yang mencipta matahari dan manusia. Iaitu Allah, Tuhan kita.
Jika seseorang berbohong, pembohongannya akan dapat dikesan. Jika individu yang mendengar pembohongannya itu bijak, dia dengan segera akan dapat mengetahui dia sebenarnya bercakap bohong. Para penyokong evolusi ini mempunyai berbagai helah di dalam cerita mereka. Mari kita kaji sendiri kekarutan yang mereka ceritakan kepada kita dan menjelaskan pembohongan mereka...