Setakat ini, kami hanya menerangkan makhluk-makhluk yang dapat kamu lihat di sekeliling kamu. Bagaimanapun, terdapat makhluk yang kita jarang lihat di sekeliling kita, melainkan di dalam buku atau televisyen. Makhluk-makhluk ini juga mempunyai ciri-ciri sangat istimewa. Kami akan menerangkan sebahagian daripadanya. Baca semuanya dengan teliti, pasti kamu akan terperanjat, dan dalam masa yang sama kamu akan berkata, “Betapa indahnya ciptaan Allah”.
Kutub Selatan |
Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.
Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu atau sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak pula jatuh sakit. Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa?
Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.
Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit. Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk.
Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.
Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.
When penguins go hunting, they leave their young in this position. The young penguins that keep close together don't become cold. |
Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga. Apabila telur tersebut hampir menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia memberi makan kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya dengan tubuh mereka. Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi kesetiaannya.
Kita baru sahaja menyentuh tentang penguin yang tinggal di kawasan paling sejuk di muka bumi ini, dan bagimana Allah menjadikan mereka bersesuaian dengan persekitaran tersebut. Sebaliknya, unta pula adalah haiwan yang dijadikan untuk hidup di cuaca paling panas di dunia. Unta sering digunakan sebagai kenderaan di padang pasir. Padang pasir adalah kawasan pasir yang luas dan suhu di kawasan ini dapat mencecah setinggi 500C.
Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 300C. Di dalam suhu begini sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga apabila kamu keluar bermain.
Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar 500C. Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta menyimpan air yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang panjang dan ia menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia dibawanya.
Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang pasir, kerana padang pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan. Hanya terdapat beberapa tumbuhan berduri. Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga apabila ia menggigit, ia dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu ia dengan mudah dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya.
Di samping itu, bulu yang menutupi kulit unta melindunginya daripada kepanasan melampau. Allah menjadikan kaki unta lebar kerana ia sering berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta besar, tetapi ia tidak tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah telah menjadikan kulit di bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak kakinya tidak akan terbakar.
Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu mengalami angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat membuka mata kerana melindungi mata kamu daripada di masuki pasir. Jika angin menjadi lebih kuat, kamu tidak dapat melihat di hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai dua lapis bulu mata. Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah perangkap dan ia melindungi mata unta ketika ribut pasir.
Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di padang pasir. Memandangkan ciri-ciri yang ada pada seekor penguin tidak sesuai untuk keadaan padang pasir, penguin akan mati serta merta di padang pasir. Begitu juga, unta tidak dapat hidup di kutub. Allah menjadikan setiap sesuatu pada tempatnya. Allah Maha Pekasa dan pengetahuan-Nya tidak terbatas. Allah menjadikan segalanya tanpa kekurangan. Allah mengingatkan kita tentang penciptaan unta di dalam Al-Quran:
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (Surah Al-Ghasyiyah:17)
Lihat, burung ini begitu kecil sehingga dapat hinggap di atas sebatang pensil. Walaupun bersaiz kecil, tetapi burung ini berjalan jauh dan sepanjang perjalanan ini, ia menyepak sayapnya kira-kira dua setengah juta kali. Berapa kali dapat kamu angkat dan turunkan tangan kamu? Jika kamu melakukannya sebanyak 50 kali, tangan kamu akan sakit keesokan harinya. Tetapi, burung kecil ini melakukannya dua setengah juta kali dan ia tidak memudaratkannya. Allah telah menjadikan burung ini berserta kebolehan untuk menangani tugas yang begitu sukar.
Terdapat berbagai jenis makhluk tinggal di dalam laut. Kebanyakannya mempertahankan diri mereka dengan cara yang luar biasa. Sebagai contoh, ketam Hermit yang menggunakan senjata hidup untuk mempertahankan dirinya daripada sotong dan musuh-musuh lain. Terdapat sejenis tumbuhan yang terdapat di dasar laut. Ketam ini mengutip daun tumbuhan ini dan meletakkannya di atas kulit kerangnya. Kerana tumbuhan ini mempunyai duri yang amat menyakitkan apabila disentuh. Dengan cara ini ketam tersebut melindungi dirinya daripada pemangsa. Jangan lupa ketam ini tidak mempunyai pemikiran yang begitu cemerlang untuk mengaturkan semuanya. Allah telah mengajarnya melindungi diri.
Booby adalah burung yang menyelam ke dalam air daripada jarak yang jauh, dan ia mempunyai jaring di antara jari-jarinya. Allah telah menganugerahkannya kaki istimewa yang dapat mengibas, supaya ia dapat berenang di permukaan dan dalam laut. Booby dapat menyelam dengan baik. Ia menyelam ke dalam laut untuk menangkap ikan dan dapat berada lama di bawah air untuk berenang pada jarak yang jauh.
Flying fish gain speed by spreading out their wing-like fins. |
Ikan terbang tidak terbang dengan sayap seperti burung, tetapi peluncur pada sirip adalah sama dengan sayap burung. Ia dapat bergerak sekitar 56 kilometer (35 batu) di dalam satu jam. Ikan kecil ini dapat bergerak lebih pantas di dalam air dengan mengembangkan siripnya dan mengangkat ekornya keluar daripada air. Dengan cara ini, ia meluncur dengan baik di dalam air.
Pucung mempamerkan kemahiran hebat ketika menangkap ikan. Ia berdiri tegak dengan membuka sayapnya seperti payung di atas kepalanya. Ini menghasilkan satu bayang dan menghalang refleksi daripada permukaan air. Sekarang, Pucung dapat melihat mangsanya di bawah permukaan air. Sayap Pucung ini menghasilkan satu bayang bulat di atas permukaan air, dan ia menangkap ikan di dalam bulatan ini.
Burung unta adalah seekor burung yang dapat berlari dengan pantas. Ia dapat berlari dengan kelajuan melebihi 70 kilometer (45 batu) sejam. Burung unta hanya mempunyai dua jari di setiap kakinya, dan salah satu daripada jari-jari ini lebih besar daripada yang satu lagi. Keunikan burung ini ialah ia dapat berlari menggunakan satu jari yang besar ini sahaja.
Beruang kutub dapat berlari dengan pantas di atas ais menggunakan kukunya yang rata dan berbulu, dan tapak kakinya yang tidak licin. Beruang kutub dengan kulitnya yang tebal, mempunyai pelindungan utama di dalam iklim kutub yang sejuk. Lapisan lemah setebal 10 cm (4 inci) yang melindungi udara sejuk daripada memudaratkannya. Kerana itulah ia dapat berenang di dalam air ais dengan kelajuan 10-11 km/jam (7 batu/jam), untuk jarak sejauh 2000 km. (1250 batu). Allah telah menjadikan beruang kutub, seperti juga penguin, supaya ia dapat hidup di dalam habitat yang sejuk seperti itu, dan Dia telah menempatkannya di kawasan paling sejuk di dunia, di kutub, beruang kutub di Kutub Utara dan penguin di Kutub Selatan.
Allah juga mengurniakan beruang kutub ini deria bau yang kuat. Deria baunya amat tajam hinggakan ia dapat mengesan anjing laut yang bersembunyi di dalam salji dalam jarak 1.5 meter (1.6 ela).
Lebih daripada itu, ia juga mempunyai kelopak mata tambahan seperti membran. Membran ini bertindak sebagai “sepasang cermin mata gelap” dan ia melindunginya daripada buta salji.
Cheetah dikenali sebagai haiwan terpantas di darat. Ia dapat berlari dalam jarak pendek dengan kelajuan yang dahsyat. Ia dapat memecut sehingga 75 km (45 batu) sejam hanya di dalam beberapa saat. Setengah cheetah dapat berlari lebih 60 meter (650 ela) pada kelajuan yang menakjubkan 113 km/jam (70 batu/jam).
Sesetengah haiwan menggunakan cara meninggalkan bau untuk membuat sempadan kawasan-kawasannya. Contohnya, gazel yang menggunakan ranting panjang dan tumbuhan, juga bahan berbau seperti tar, yang dirembeskan oleh kelenjar yang terdapat di bawah matanya untuk menandai kawasannya. Bau ini memaklumkan kepada gazel lain bahawa kawasan ini telah bertuan. Rusa kutub pula mempunyai kelenjar bau di hujung kaki belakangnya. Bahan yang dirembes oleh kelenjar ini membolehkan ia menandai kawasan-kawasannya. Arnab menandai kawasannya dengan bahan yang dirembeskan oleh kelenjar di dagunya.
Cicak adalah sejenis reptilia yang hidup dalam iklim panas. Kebolehan luar biasanya ialah ia dapat berjalan di atas permukaan rata yang menegak dengan mudah. Cicak ini dapat memanjat dengan mudah walaupun di atas kaca dengan bantuan mangkuk-magkuk pelekap yang terdapat di hujung jarinya. Di samping itu, ia juga memiliki kuku tersembunyi di dalam kakinya. Apabila ia sampai pada permukaan yang tidak seimbang, ia akan mengeluarkan kuku-kukunya tidak ubah seperti kucing dan terus berjalan.
Apa yang akan kamu fikirkan jika melihat seekor cicak berlari di atas air? Mungkin kamu akan berkata, “Saya sedang bermimpi”. Ini bukan suatu mimpi; ianya realiti. Cicak ini, yang dikenali sebagai Basilik, dapat berlari di atas air dan ia dapat melakukannya dengan pantas sekali. Kepak di belakang kakinya membolehkannya memercik air. Kepak ini akan tertutup apabila ia berjalan di atas tanah. Jika ia berhadapan dengan sebarang bahaya, ia akan segera lari ke air dan mula berlari dengan laju. Pada masa yang sama, kepak di kakinya terbuka dan memberikannya kelebaran yang diperlukan untuk berlari di atas air.
Itik dapat terbang dengan kelajuan lebih 50 km (30 batu) sejam. Di samping, ia sentiasa menukarkan haluannya ketika terbang untuk melindungi dirinya daripada pemangsa. Apabila perlu menyelam ke dalam air, ia akan melakukannya dengan kelajuan yang pantas sehinggakan pemburunya tidak dapat mengejarnya.
Belalai seekor gajah mengandungi 50,000 ribu otot. Apabila diperlukan otot-otot ini akan mengecut, membolehkan gajah ini menolak muatan yang berat. Belalai ini juga boleh digunakan untuk mengutip biji kacang dan memecahkannya di dalam mulut gajah. Belalai ini yang dapat digunakan berbagai cara, boleh digunakan sebagi jari panjang, trompet atau pembesar suara. Ia dapat menampung 4 liter (7 pain) air untuk minuman atau mandian.
Mungkin inilah pertama kali kamu mendengar tentang kehebatan sifat-sifat makhluk ini. Mereka sangat hebat, bukan? Ini hanyalah sebahagian daripada makhluk-makhluk menakjubkan di bumi. Terdapat beribu-ribu haiwan di bumi ini yang kamu belum pernah lihat atau dengar mengenainya. Adakah semua haiwan ini memperolehi keistimewaan-keistimewaan ini secara kebetulan? Sudah tentu tidak! Allahlah yang telah menjadikan mereka bersama semua sifat-sifat istimewa dan unik ini.