logo
HARUN YAHYA

Kisah Evolusi Manusia

pinokyo

Dakwaan para penyokong evolusi tidak berhenti setakat ini sahaja, tetapi mereka juga mendakwa manusia berkembang daripada beruk, dan beruk adalah moyang manusia.

Sama ada Darwin atau para penyokong evolusi lain mempunyai bukti untuk mempertahankan dakwaan mereka. Kenyataan ini sepenuhnya khayalan. Sebenarnya, tujuan mereka mengemukakan teori ini adalah untuk menjadikan manusia lupa bahawa Allah telah menjadikan mereka. Jika manusia percaya bahawa mereka terbentuk secara kebetulan dan moyang mereka adalah beruk, mereka tidak akan merasa bertanggungjawab terhadap Allah. Sebaliknya, ini menyebabkan mereka melupakan nilai-nilai agama mereka dan mementingkan diri. Orang yang mementingkan diri tidak akan mempunyai perasaan kasih kepada manusia lain daripada keluarganya. Kamu lihat, para penyokong evolusi cuba menjauhkan manusia daripada perasaan baik, kerana itulah mereka mempertahankan teori evolusi ini. Matlamat mereka adalah supaya manusia melupakan Allah, dan untuk itu mereka memberitahu setiap orang, “Allah tidak menjadikan kamu. Kamu berasal daripada beruk, jadi kamu ini adalah binatang yang telah maju”.

Sebenarnya, Allah menjadikan manusia. Dibandingkan dengan hidupan lain, manusia yang merupakan satu-satunya makhluk yang dapat bercakap, berfikir, gembira dan membuat pilihan, adalah bijak, dapat membentuk ketamadunan dan dapat berkomunikasi pada peringkat tinggi. Allahlah yang telah memberikan semua sifat-sifat ini kepada manusia.

Sama ada beruk atau makhluk-makhluk lain dapat bercakap, berfikir atau membuat keputusan sepertimana yang kita lakukan.

Para Penyokong Evolusi Tidak Dapat Memberikan Sebarang Bukti Manusia Berasal Daripada Beruk

garfield

Manusia tetap manusiadan kucing tetap kucing.

Di dalam bidang sains, adalah sangat penting untuk mendapatkan “bukti”. Apabila kamu mengemukakan dakwaan, dan kamu mahu orang lain mempercayainya, kamu perlu mengemukakan bukti. Contohnya, sekiranya kamu memperkenalkan diri kamu kepada seseorang dan berkata, “Nama saya Omar” dan dia berkata kepada kamu, “Saya tidak percaya nama kamu adalah Omar”, dalam keadaan ini kamu perlu mempunyai bukti bahawa nama kamu adalah Omar. Apakah bukti kamu? Kad pengenalan boleh menjadi bukti, atau sijil kelahiran, atau passport, atau mungkin buku laporan kamu. Jika kamu mengemukakan ini kepada lelaki tersebut sudah tentu dia tidak akan menolak.

Sekarang kami akan memberikan satu contoh saintifik. Ada seorang ahli sains bernama Newton yang tinggal pada akhir abad lepas (abad ke-19) mendakwa adalah ‘graviti’ di bumi. Dia menjawab kepada mereka yang bertanya kepadanya bagaimana dia mengetahuinya, “Apabila sebuah epal jatuh daripada pokok, ia akan jatuh ke bawah. Ia tidak terapung-apung di udara”. Ini bererti bahawa terdapat satu tenaga menarik epal tersebut ke bumi dan dia menggelarnya graviti.

Begitu juga, para penyokong evolusi perlu mengemukakan bukti-bukti yang membolehkan teorinya diterima. Sebagai contoh, teori evolusi menyatakan moyang manusia adalah beruk. Kita boleh menyoal mereka: Dari mana kamu mendapat idea ini dan di manakah bukti kamu?

Jika moyang manusia adalah beruk, kita pasti dapat menemui fosil makhluk separuh manusia separuh beruk sebagai bukti. Bagaimanapun, fosil ini belum pernah ditemui sehingga hari ini. Kita hanya menemui fosil manusia atau beruk. Ini bererti para penyokong evolusi telah gagal mengemukakan bukti bahawa beruk adalah moyang manusia.

Muslihat Evolusi

evrim

1.Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil spesies beruk yang telah pupus seolah-olah mereka adalah kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk.

Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar di atas. Dengan melukis gambar-gambar ini, para penyokong evolusi cuba mengelirukan masyarakat. Sebenarnya, makhluk-makhluk seperti ini tidak pernah wujud. Dari zaman dahulu lagi telah wujud manusia yang sempurna dan beruk yang sempurna seperti yang ada pada hari ini. Tidak ada satupun makhluk separuh manusia dan separuh beruk yang dilukis di bawah ini pernah wujud. Ia terlalu mustahil untuk berlaku. Seperti yang telah kami katakan, tidak ada satupun fosil pernah ditemui.

Bagaimanapun, para penyokong evolusi sering mencuba helah baru. Contohnya, apabila menemui satu fosil kepunyaan satu spesies beruk yang telah pupus mereka mendakwanya sebagai fosil satu makhluk di antara beruk dan manusia. Bagi mereka yang kurang arif dalam subjek ini, akan dengan mudah mempercayai apa yang dikatakan oleh para penyokong evolusi.

2.Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil manusia kepunyaan bangsa-bangsa berbeza seolah-olah ia adalah fosil-fosil kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk.

Seperti yang kamu ketahui, terdapat berbagai jenis kumpulan etnik manusia di dunia ini. Terdapat manusia yang berasal daripada kumpulan-kumpulan etnik ini seperti bangsa Afrika, Cina, Orang Indian Amerika, Turki, Eropah, Arab dan banyak lagi. Sudah tentu manusia yang berasal daripada kumpulan etnik yang berbeza kadang kala mempunyai ciri-ciri berbeza. Contohnya orang Cina mempunyai mata sepet; sebahagian orang Afrika mempunyai kulit gelap dan rambut kerinting. Apabila kamu melihat seorang Indian Amerika dan seorang Eskimo, kamu pasti dapat mengetahui kedua-duanya berasal daripada etnik yang berbeza. Dahulu, terdapat banyak kumpulan-kumpulan etnik dan sebahagian daripada sifat-sifat mereka berbeza dengan manusia sekarang.

evrim

Bagaimana mustahilnya dan gilanya perubahan di dalam gambar iniberlaku, begitu juga mustahilnya dakwaan para penyokong evolusi!

Contohnya, tengkorak manusia bangsa Neanderthal adalah lebih besar daripada manusia hari ini, dan otot-otot mereka juga lebih kuat daripada kita.

Bagaimanapun, para penyokong evolusi menggunakan perbezaan di antara bangsa-bangsa ini dan kita sebagai cara untuk menipu masyarakat. Misalnya mereka menyatakan, apabila mereka menemui fosil sebiji tengkorak Neanderthal, “Ini adalah tengkorang moyang manusia yang telah hidup beribu-ribu tahun dahulu”. Kadang kala fosil tengkorak yang ditemui adalah lebih kecil daripada saiz tengkorak manusia hari ini. Berpegang kepada tengkorak ini, para penyokong evolusi berkata, “Pemilik tengkorak ini berada pada tahap perubahan daripada seekor beruk kepada seorang manusia”.

insanlar
OrangIndonesia Orang China Orang Yunani Orang ndia Orang Asli Australia

#Sebenar, hari ini pun terdapat manusia daripada kumpulan etnik berbeza mempunyai tengkorak lebih kecil daripada tengkorak yang maju. Contohnya, ukuran tengkorak bangsa Aborigin (orang asli Australia) adalah sangat kecil, tetapi ini tidak bererti mereka makhluk separuh manusia dan separuh beruk. Mereka adalah manusia biasa sama seperti manusia lain.

Oleh itu, kita dapat melihat bahawa fosil-fosil yang para penyokong evolusi kemukakan sebagai bukti berubahan manusia daripada beruk sebenarnya adalah kepunyaan spesies beruk awal atau bangsa manusia yang telah pupus. Ini bererti makhluk separuh manusia dan separuh beruk tidak pernah wujud.

kafatasları

Kamu dapat lihat di atas ini kumpulankumpulanetnik berbeza yang hidupkini. Tengkorak-tengkorak di sebelahjuga kepunyaan bangsa-bangsaberbeza. Seperti yang dapat kamulihat, terdapat banyak bangsa wujudkini, dan kebanyakan bangsa-bangsaini mempunyai tengkorak berbeza diantara satu sama lain. Penyokongpenyokongevolusi menggunakantengkorak-tengkorak yang berbeza inidan mengemukakannya sebagaispesies-spesies berbeza. Sebenarnya,perbezaan-perbezaan di antara ciri-ciritengkorak ini tidak menunjukkanperbezaan spesies tetapi perbezaanbangsa-bangsa manusia.

(a, b, c) Bangsa-bangsa Utara
(d, e, f) Bangsa Amerika Afrika
(g, h, i) Bangsa Australia

Pembohongan Para Penyokong Evolusi Terbesar

1. Penipuan Piltdown Man

Pada tahun 1912, para pakar sains evolusi telah menemui satu fosil satu tulang rahang dan tengkorak. Tulang rahang tersebut kelihatan seperti kepunyaan beruk dan tengkorak itu pula kelihatan seperti tengkorak manusia. Menurut para penyokong evolusi, makhluk ini separuh beruk dan separuh manusia. Serpihan-serpihan ini dianggarkan berusia 500 tahun, dan ia dianggap sebagai bukti manusia berkembang daripada beruk.

piltdown adamı sahtekarlığı

Piltdown Man palsu yang telahdipalsukan para penyokong evolusidengan menggabungkan sebatangrahang beruk dan tengkorak manusia.

Tulang-tulang ini telah dipamerkan sebagai bukti evolusi selama hampir 40 tahun, di beberapa buah muzium di seluruh dunia. Bagaimanapun, pada 1949, beberapa ujikaji telah dijalankan ke atas tulang-tulang ini dan satu keputusan memeranjatkan telah dihasilkan: Tulang rahang tersebut tidak berusia 500 tahun tetapi berusia 2 atau 3 tahun sahaja. Tulang tengkorak tersebut adalah fosil seorang manusia biasa dan ia berusia beberapa tahun sahaja.

Kebenaran telah diketahui kemudiannya: Seseorang telah memasukkan tulang rahang beruk kepada sebiji tengkorak manusia purba, dan menyalutinya dengan bahan kimia supaya ia kelihatan usang.

Apabila evolusionis tidak dapat menemui satu fosil separuh-manusia dan separuh-beruk, mereka cuba merekakan satu yang palsu.

Peristiwa ini dirakam di dalam sejarah sebagai penipuan terbesar dilakukan oleh para pakar sains.

2.Penipuan Nebraska Man

Nebraska adamı sahtekarlığı

Lukisan Nebraska Man berdasarkan kepadasebatang gigi. Sungguh aneh imaginasipara penyokong evolusi.

Pada 1922, fosil sebatang gigi geraham telah ditemui. Para penyokong evolusi mendakwa gigi ini mempunyai ciri-ciri manusia dan beruk. Berikut adalah sekeping gambar satu makhluk yang digambarkan wujud di antara manusa dan beruk telah dilukis berdasarkan kepada sebatang gigi. Sebahagian lebih melampau dengan melukis sebuah keluarga makhluk khayalan ini.

evrim

Semua lukisan ini dihasilkan berdasarkan kepada hanya sebatang gigi... sekarang fikirkan seketika. Jika sebatang gigi kamu gugur, dan seseorang yang tidak pernah mengenali kamu menemuinya dan mendakwa dia dapat melukis gambar kamu dengan hanya berpandukan kepada gigi tersebut, apakah kamu akan mempercayainya? Tidakkah ia seperti satu penipuan, jika dia juga mendakwa dapat melukis seluruh keluarga kamu? Sudah tentu tidak masuk akal untuk menghasilkan sebuah lukisan satu makhluk dan keluarganya hanya berdasarkan kepada sebatang gigi. Pada tahun 1927, telah terjadi penemuan menakjubkan. Semua serpihan tengkorak makhluk tersebut telah ditemui. Gigi tersebut bukan kepunyaan manusia atau beruk.

Ia kepunyaan seekor babi...

Kejadian ini merupakan malapetaka kepada para penyokong evolusi.

evrim sahte çizimleri

Sebuah lukisan yangmuncul di dalamSunday Times pada5 April 1964

Lukisan MauriceWilson

Lukisan N. Parkerdaripada NationalGeographic padaSeptember 1960

Bukti Manusia Tidak Berasal Daripada Beruk

Discover

Ini adalah tengkorak berusia 800ribu tahun kepunyaan seorangmanusia. Ini membuktikan parapenyokong evolusi menipu.

iskelet

Turkana Boy, yangberusia kira-kira1.6 juta tahun.

1.Para Pakar Sains telah menemui fosil-fosil manusia yang hidup dahulu kala, fosil-fosil ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan dibandingkan dengan manusia hari ini. Tambahan pula, era ketika manusia ini hidup adalah era yang para penyokong evolusi dakwa manusia belum wujud. Mereka mendakwa, pada zaman dahulu, hanya beruk wujud.

Contohnya, di dalam cari gali yang dilakukan di Sepanyol, fosil-fosil seorang kanak-kanak yang telah hidup 800 ribu tahun telah ditemui. Wajah kanak-kanak ini mirip kanak-kanak hari ini. Tetapi menurut para penyokong evolusi, manusia tidak wujud 800 ribu tahun dahulu. Jelaslah melalui penemuan fosil Sepanyol ini, bahawa manusia telah wujud sebagai manusia sebagaimana ia mula-mula dijadikan. Tidak pernah wujud makhluk separuh-manusia separuh-beruk.

2.Para pakar sains telah menemui saki baki sebuah pondok batu. Apabila mereka menghitung usianya, mereka menganggarkan ia berusia sekurang-kurangnya 1.5 juta tahun. Ini bermakna manusia yang hidup 1.5 juta tahun dahulu telah bertamadun. Mereka adalah manusia biasa seperti manusia sekarang. Ini menambahkan lagi kejelekan dakwaan para penyokong evolusi manusia berasal daripada beruk, dan bahawa manusia pertama wujud adalah manusia primitif (separuh-manusia separuh-beruk) yang kemudiannya telah berubah menjadi manusia hari ini.

3.Salah satu fosil tertua pernah ditemui ialah Turkana Boy, yang berusia kira-kira 1.6 juta tahun. Apabila fosil tersebut dikaji dengan teliti, telah dikenal pasti ia kepunyaan seorang manusia berumur 12 tahun, dan dia boleh mencapai ketinggian 1.8 m (5’ 9”) jika dia mencapai usia dewasa. Fosil ini yang mirip tengkorak manusia, sudah mencukupi untuk memusnahkan kepercayaan manusia berasal daripada beruk.

4.Manusia, di kalangan semua hidupan, adalah satu-satunya makhluk yang dapat berdiri tegak di atas dua kaki. Haiwan seperti kuda, anjing dan beruk berjalan dengan empat kaki, dan haiwan seperi ular, buaya dan cicak adalah reptilia.

Teori evolusi mendakwa bahawa, berjuta-juta tahun dahulu, beruk yang berjalan empat kaki telah berubah cara berjalan mereka kepada berjalan bongkok. Beruk-beruk ini terus berjalan bongkok sehingga mereka dapat berjalan tegak. Hasilnya, manusia telah terbentuk. Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh teori evolusi ini tidak berasaskan kepada sebarang bukti sains tetapi hanya kepada imaginasi semata-mata. Kajian yang dilakukan oleh para pakar sains beberapa tahun mutakhir ini membuktikan dakwaan para penyokong evolusi ini tidak saintifik.

Kajian mendapati semua makhluk menggunakan tenaga mereka ketika berjalan dengan dua kaki atau empat. Mereka menggunakan dua kali ganda tenaga apabila mereka berjalan bongkok dan bukan gaya semula jadi mereka.

iskeletler

Adalah mustahil untuk beruk yang berjalan bongkok dengan empat kakiuntuk berubah berjalan tegak dengan dua kaki.

Kalau begitu, mengapa beruk berjalan bongkok, menggunakan dua kali ganda tenaga, untuk beribu-ribu tahun? Seperti seorang lelaki dewasa yang cuba merangkak dengan muatan penuh di belakangnya. Apakah kamu, yang lebih selesa berjalan dengan dua kaki, tiba-tiba memilih untuk berjalan dengan menggunakan tangan? Sudah tentu tidak ada makhluk yang akan mengubah cara berjalan yang selesa kepada gaya jalan yang tidak selesa.

Kesimpulannya, teori evolusi tidak dapat menjawab persoalan ini, “Mengapa beruk berkaki empat, memilih untuk pada suatu hari untuk berjalan dua kaki?”

Perbezaan Besar

Perbezaan terbesar di antara seorang manusia dan seekor beruk ialah manusia mempunyai jiwa dan beruk tidak. Manusia mempunyai kesedaran: mereka berfikir, bercakap dan meluahkan pandangan mereka kepada orang lain di dalam ayat-ayat yang rasional, membuat keputusan, berperasaan, meningkatkan citarasa, mengenali seni, melukis, menyanyi dan penuh dengan perasaan cinta dan nilai-nilai murni. Semua kemampuan ini berpaksi kepada jiwa manusia. Haiwan tidak mempunyai jiwa (atau roh). Tiada makhluk selain manusia yang mempunyai sifat unik ini.

ahtopot gözleri

Apakah logik jika dikatakanmanusia berubah daripadaSotong Kurita hanya keranamatanya seperti matamanusia.

Para penyokong evolusi tidak dapat menjawab persoalan ini. Untuk menjadi manusia, beruk perlu melalui banyak perubahan fizikal dan perlu mempunyai keupayaan lain daripada manusia. Apakah terdapat kuasa semuala jadi yang dapat memberikan kebolehan-kebolehan seperti melukis, berfikir, atau meniru beruk lain? Sudah tentu tidak!

Allah hanya menjadikan manusia dengan kebolehan-kebolehan ini dan Dia tidak memberikan haiwan-haiwan lain keistimewaan seperti ini. Manusia adalah manusia dari mula ia dijadikan. Ikan adalah ikan dan burung adalah burung. Tidak ada makhluk menjadi moyang kepada makhluk yang lain. Allah adalah Pencipta kepada manusia dan semua hidupan.

 

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan
  • Ragamana Alam Semesta ini Terbentuk?
  • Ini Tubuh Kita
  • Sifat-Sifat Istimewa Makhluk di Sekeliling Kita
  • Makhluk-Makhluk Yang Mencacumkan
  • Ragaimana Tumbuh Tumbuhan Berwarna-Warni Tumbuh Daripada Tanah
  • Mari Fikirkan Semula!
  • Apakah Teori Evolusi?
  • Menurut Para Penyokong Evolusi, Ragaimanakah Hidupan Berkembang?
  • Fosil-Fosil Yang Tidak Dapat Ditemui Para Penyokong Evolusi
  • Apa Berlaku Ketika Zaman Cambrian?
  • Pembohoncan Ikan Berubah Menjadi Reptilia
  • Tidak Masuk Akali!
  • Munckinkah Perkara Seperti ini Berlaku?
  • Kisah Evolusi Manusia
  • Topik Paling Menakutkan Kepada Darwin dan Para Penyokong Evolusi
  • Data Rank Badan Kita:DNA
  • Allah Adalah Pencipta Semuanya
  • Kesimpulan