Tujuan buku ini adalah untuk memberitahu kamu bahawa Allah Pencipta seluruh alam ini dan semua hidupan. Sudah tentu Allah telah menjadikan seluruh alam ini. Sesetengah manusia, bagaimanapun, tidak mahu mempercayai kewujudan Allah. Kerana itulah mereka mengemukakan cerita-cerita dongeng seperti teori evolusi.
Ketika memperkatakan tentang kewujudan Allah di dalam buku ini, kami juga menjelaskan kepalsuan teori evolusi. Kami hanya menyebutkan sebahagian kecil topik-topik yang membuktikan kepalsuan teori evolusi. Sehingga kini, tidak terdapat sebarang bukti untuk membuktikan sebagai wajar teori evolusi.
Sekarang, kamu mengetahui mereka yang mempertahankan teori evolusi adalah pembohong!
Mulai sekarang, berhenti sejenak dan fikirkan setiap apa yang kamu saksikan. Jika kamu melihat seekor nyamuk, contohnya, fikirkan bagaimana ia terbentuk. Atau ketika kamu sedang makan buah, fikirkan kenyataan Allah telah memberikannya rasa dan bau. Jangan sekali-sekali lupa setiap kali kamu mendongakkan kepala ke langit dan melihat bulan dan bintang, bahawa Allah yang meletakkan semuanya di tempatnya. Teruskan berfikir tentang Allah dan teruskan mengingatkan teman kamu tentang Allah. Kerana Allah amat menyayangimu dan memberikan kamu kehidupan yang penuh dengan keindahan.
Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Baqarah:32)