Ini adalah model DNA. Di dalam DNA,terdapat data-data yang mencukupiuntuk memenuhi 900 jilid ensiklopedia.
Allah telah menjadikan bulu burung merak yang amat kita gemari. Tetapi Darwin menyatakan ia “menyebabkannya pening” kerana dia tidak menerima kebenaran ini.
Kami telah menyebutkan sebelum ini bahawa terdapat bertrilion sel di dalam badan kita. Setiap sel ini mengandungi data tentang semua sifat-sifat manusia. Apa yang belum kami sebutkan ialah di dalam setiap sel ini semua data tersimpan di sini.
Di dalam nukleus setiap sel, terdapat bahagian mengandungi DNA. DNA mengandungi semua maklumat tentang tubuh manusia. Semua data, seperti warna rambut atau mata, organ dalaman kamu, penampilan kamu, ketinggian kamu, disimpan di dalam DNA. Data-data ini dapat dikod di menggunakan 4 bahan kimia dirujuk dengan menggunakan abjad A, T, G dan C. Setiap abjad mewakili nama setiap molekul. Keempat-empat bahan kimia ini disusun di dalam kombinasi berbeza dapat membentuk data berbeza. Kamu dapat bandingkannya dengan satu abjad. Contohnya, terdapat 26 abjad di dalam bahasa Inggeris, dan kombinasi berbeza abjad-abjad ini membentuk perkataan yang berbeza.
Terdapat banyak maklumat disimpan di dalam DNA ini. Untuk mengambarkan betapa luasnya maklumat ini, kita lihat pada perbandingan berikut: Jika kita menulis semula semua maklumat yang terdapat di dalam DNA, kita akan mendapat sebuah perpustakaan besar 900 jilid, setiap satunya 500 muka surat. Perpustakaan ini adalah sebesar padang bola sepak. Tetapi, semua maklumat ini telah dipadatkan ke dalam sebuah molekul sangat halus hinggakan kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.
Siapakah yang memasukkan semua maklumat ini? Siapa yang mampu memasukkannya? Para penyokong evolusi tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan ayat biasa mereka, “Semuanya berlaku secara tidak sengaja?” Tetapi, mustahil perkara yang begitu sukar ini dapat berlaku secara kebetulan.
Di atas ini kami telah memberikan perumpamaan sebuah perpustakaan. Kami katakan data di dalam DNA ini mencukupi untuk memenuhi jilid-jilid yang memenuhi sebuah perpustakaan sebesar padang bola. Apabila kamu melihat perpustakaan seperti ini, apakah kamu percaya data-data yang terdapat di dalamnya telah ditulis secara tidak sengaja? Atau, apakah kamu fikir ia ditulis oleh para ilmuwan dan profesor terpelajar dan kemudian diterbitkan oleh sebuah syarikat buku? Sudah tentu, pendapat yang kedua lebih tepat.
Tahukah kamu persamaan dakwaan para penyokong evolusi ini? Ia seperti seseorang menyatakan, “Telah berlaku satu letupan di dalam kilang pencetakan dan semua jilid-jilid buku ini telah terbentuk dengan sendirinya”.
Mungkin ketika kamu sedang duduk di meja kamu, kamu terpandang satu halaman bertajuk “Ciri-ciri Geografi Dunia Ini”, dan kamu bertanya kepada sahabat kamu siapa yang menulis halaman ini, dia menjawab: “Tadi ada sebotol dakwat di atas kertas ini. Saya tidak sengaja menumpahkannya dan tulisan ini muncul!” Tidakkah kamu akan memikirkan dia telah tersesat akal?
Para penyokong evolusi mendakwa sesuatu yang lebih mustahil.
Sebagaimana satu halaman tulisan tidak dapat ada tanpa seorang penulis, begitu juga sebuah databank seperti DNA tidak dapat terjadi dengan sendiri.
Allah, Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana, yang mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja, yang mencipta langit dan bumi dan apa sahaja di antara keduanya, Dia jugalah yang menjadikan DNA.