logo
HARUN YAHYA

Apakah Teori Evolusi?

Charles Darwin Charles Darwin

Mereka yang tidak mempercayai Allah mempunyai pandangan lain. Ia dikenali sebagai “teori evolusi”. Mereka yang mempercayai teori evolusi ini digelar “penyokong evolusi”.

Individu yang memperkenalkan teori ini ialah Charles Darwin dan dia hidup 150 tahun dahulu. Darwin tidak percaya Allah telah menjadikan semua hidupan. Menurut pandangan beliau, segalanya berlaku dengan sendirinya dan secara kebetulan. Beliau beranggapan hidupan telah berubah bentuk kepada hidupan lain dan dengan cara inilah semua hidupan terbentuk.

#Ini bererti, menurut Darwin, suatu hari ikan telah berubah menjadi reptilia secara tidak sengaja. Berdasarkan kepada cerita yang dikemukakan oleh Darwin, manusia terbentuk daripada beruk. Ini bererti, bagi Darwin, nenek moyang kamu adalah beruk! Sekarang, untuk memahami dengan lebih baik kisah Darwin ini, sila lihat gambar-gambar di halaman berikut.

Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, bahan kecil yang membentuk benda hidup dan benda mati ialah atom. Ini bererti kamu sebenarnya terdiri daripada berbilion-bilion atom yang bercantum.

Apabila bumi pertama kali muncul, tiada hidupan di dalamnya. Hanya ada benda-benda mati. Para penyokong evolusi - yang mempercayai Darwin - menyatakan bahawa suatu hari atom-atom ini telah bercantum secara kebetulan. Ini bererti, telah berlaku ribut atau mungkin juga taufan pada suatu hari selepas bumi terbentuk, dan ia membantu atom-atom ini bercantum. Kamu pasti tertanya-tanya, apa berlaku kepada atom-atom ini?

evrim

Berapa lama
sebelum saya boleh mendarat?

Saya hampir sampai ke sana

Adakah
saya akan menjadi
seekor anjing atau seekor burung?

Adakah saya
akan menjadi seorang manusia apabila saya lebih tua?

Datuk saya adalah seekor ikan!

Dakwaan Darwin sangat mengarut sehingga ia sering dijadikan bahan jenaka di dalam komik.

Menurut cerita Darwin, atom-atom ini telah bercantum untuk membentuk sel. Seperti yang kamu ketahui, setiap hidupan terdiri daripada sel. Sel-sel bersatu untuk membentuk mata, telinga, darah, hati, kesimpulannya, seluruh tubuh kita dan sel-sel ini sangat kompleks. Mustahil untuk sesuatu yang begitu kompleks untuk terbentuk daripada atom-atom yang bercantum secara tidak sengaja.

Di dalam sebuah sel, terdapat beratus-ratus bentuk kecil. Kita boleh samakan bentuk-bentuk ini dengan sebuah kilang gergasi, tetapi kita perlu ingat ia organik bukan mekanikal; Cuma pengistilahannya sahaja. Jika kamu perhatikan gambar di halaman berikut, kamu akan perasan ia mirip sebuah kilang.

atomlar

Di dalam sebuah sel, ada pengilang, pengangkut bahan-bahan, pintu masuk dan keluar, pusat penghasilan, pembawa pesanan, pusat kawalan tenaga, dan lain-lain. Pada pandangan kamu, apakah mungkin sebuah kilang terbentuk dengan sendirinya, bersama batu-batu, tanah, dan air berkumpul setelah berlaku ribut dan segalanya berlaku secara tidak sengaja? Sudah tentu tidak! Sesiapa sahaja akan ketawa mendengar dakwaan lucu ini. Tetapi sebaliknya, para penyokong evolusi membuat dakwaan mengarut ini, “sel-sel ini terbentuk secara kebetulan”.

Seperti yang disebutkan di dalam kenyataan para penyokong evolusi, sel-sel ini membentuk hidupan apabila ia bercantum secara kebetulan.

hücre içi

Sebuah sel kelihatan adalah seperti sebuah kilang canggih yang mempunyai pusat produksi, alat pengangkutan, bahagian simpanan, dan bahagianbahagian lain. Berbagai aktiviti dijalankan di dalam kilang ini. Sebahagian anggota di dalam sel ini bekerja sebagai jurutera dan yang lain pula sebagai ahli kimia atau mandur. Jangan lupa: sel adalah satu struktur yang sangat kecil, sehingga ia tidak dapat dilihat dengan mata kosong.

Biarkan Para Penyokong Evolusi Menjalankan Eksperiman Secara Darwin

Biar mereka dapatkan sebuah baldi besar. Benarkan mereka masukan semua atom yang mereka kehendaki. Benarkan juga mereka masukkan apa sahaja yang mereka mahu. Biarkan mereka masukkan apa sahaja yang diperlukan untuk membentuk hidupan. Kemudian mereka boleh panaskan atau kenakan elektrik pada baldi ini. Benarkan merka lakukan apa sahaja yang mereka mahu. Mereka boleh terus mengawasi baldi ini selama berjuta-juta tahun. (Mereka boleh memindahkan tugas mereka kepada penyokong evolusi muda, kerana umur mereka tidak cukup untuk meneruskan tugas ini.)

Apakah hasilnya?

deney

1. Kalsium
2. Fluorin
3. Besi
4. Mangan
5. Fosforus
6. Tembaga
7. Zink

8. Natrium
9. Magnesium
10. Kromium
11. Selenium
12. Kalium
13. Iodin
14. Molibdenum

A. Hanya bahan-bahan ini diperlukan untuk eksperiman Darwin, kerana penyokong evolusi mendakwa bahan-bahan seperti iodin dan zink seperti yang kamu lihat di atas telah bergabung secara kebetulan untuk menghasilkan hidupan. Benarkan mereka mencampuradukkan semua bahan-bahan ini di dalam sebuah baldi besar. Biarkan mereka melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Kemudian, biarkan mereka tunggu selama mana mereka mahu.

B. Apapun yang mereka lakukan, walaupun semua pakar sains bergabung tenaga, mereka tidak akan dapat menghasilkan walau satu sel hidupan daripada baldi ini. Seorang profesor tidak akan dapat menghasilkan profesor lain dengan mencampurkan bahan-bahan mati. Kerana, hanya Allah yang menjadikan manusia, nanas, bunga mawar, harimau, tembikai, rusa dan rama-rama.

Apakah akan keluar daripada baldi ini kambing biri-biri, bunga raya, buah ceri, arnab, lebah, buah tembikai, kucing, anjing, tupai, bunga mawar, buah plum, strawberi, ikan, gajah, zirafah, dan singa? Dapatkah seorang manusia yang boleh berfikir, bergembira, ceria, gemar membaca buku dapat keluar daripada baldi ini?

Sudah tentu tidak!

Tidak mungkin seorang manusia seperti profesor yang memerhati baldi tersebut dapat terbentuk. Bukan sahaja profesor ini tidak dapat terbentuk, malah satu daripada bertrilion sel yang terdapat padanya pun tidak terbentuk.

Atom bukan hidupan. Bolehkan benda mati bercantum untuk menghasilkan seorang manusia, yang dapat ketawa dan berfikir?

Bolehkah seorang yang bijaksana mempercayai perkara seperti ini? Sudah tentu tidak ada hidupan yang dapat keluar daripada baldi ini. Mustahil, kerana hidupan tidak terbentuk daripada benda-benda mati yang bercantum secara kebetulan. Allah telah menjadikan semua hidupan. Allah telah memilih untuk menjadikan manusia, gunung-ganang, tasik, biri-biri, singa, dan bunga-bunga ketika segalanya kosong, dan Dia menjadikan semuanya daripada kosong dengan hanya berkata, “jadi!”, maka jadilah ia.

 

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan
  • Ragamana Alam Semesta ini Terbentuk?
  • Ini Tubuh Kita
  • Sifat-Sifat Istimewa Makhluk di Sekeliling Kita
  • Makhluk-Makhluk Yang Mencacumkan
  • Ragaimana Tumbuh Tumbuhan Berwarna-Warni Tumbuh Daripada Tanah
  • Mari Fikirkan Semula!
  • Apakah Teori Evolusi?
  • Menurut Para Penyokong Evolusi, Ragaimanakah Hidupan Berkembang?
  • Fosil-Fosil Yang Tidak Dapat Ditemui Para Penyokong Evolusi
  • Apa Berlaku Ketika Zaman Cambrian?
  • Pembohoncan Ikan Berubah Menjadi Reptilia
  • Tidak Masuk Akali!
  • Munckinkah Perkara Seperti ini Berlaku?
  • Kisah Evolusi Manusia
  • Topik Paling Menakutkan Kepada Darwin dan Para Penyokong Evolusi
  • Data Rank Badan Kita:DNA
  • Allah Adalah Pencipta Semuanya
  • Kesimpulan