logo
HARUN YAHYA

Allah Adalah Pencipta Semuanya

Tuhan kita telah memasukkan berbilion-bilion maklumat di dalam satu tempat kecil sehinggakan kita pun tidak dapat melihatnya.

Allah telah menjadikan kita, mata kita, rambut kita, dan kaki kita.

Dia juga pencipta keluarga kita, kedua ibubapa, abang dan kakak, kawan-kawan dan guru-guru.

Allah telah menjadikan makanan yang kita gemari untuk kita, coklat, kek dan gula-gula, buah-buahan dan sayur-sayuran yang menjadikan kita kuat dan sihat. Jika Allah tidak mejadikannya, kita tidak dapat tahu bagaimana rasanya coklat.

Allah juga mengurniakan kita deria rasa dan bau. Jika Dia tidak memberikan kita keistimewaan ini, kita tidak mungkin dapat merasa makanan yang kita makan. Sama sahaja sama ada kita makan kentang atau kek. Allah tidak hanya menjadikan makanan yang lazat dan harum, Dia juga menganugerahkan kita keistimewaan yang membolehkan kita menikmatinya.

Kerana Allah mengasihi hambanya, Dia sentiasa memberikan kita perkara yang baik dan indah.

Mulanya kamu tidak wujud. Fikirkan, kamu tidak wujud sebelum kamu dikandung (di dalam perut ibu kamu). Kamu kosong. Allah menjadikan kamu. Dia menjadikan kamu daripada kekosongan.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersyukur setiap detik di dalam hidup kita. Di dalam setiap perkara yang kita nikmati dan gemari, kita hendaklah mengingati Allah, dan berkata, “Saya sentiasa menyukuri setiap apa yang Kamu berikan”. Apabila kita berada pada situasi yang tidak kita sukai, sekali lagi kita perlu berdoa kepada Allah, kerana hanya Dia yang dapat memperbaiki situasi tersebut.

Allah sentiasa mendengar doa dan membalasnya, kerana Dia mengetahui apa yang ada di dalam minda kita. Ketika membaca buku ini, contohnya, kamu sedang memikirkan sesuatu, tetapi jika kamu tidak menyuarakannya, siapapun tidak akan mengetahui apa yang kamu fikirkan. Allah, bagaimanapun, mengetahui apa setiap apa yang kamu fikirkan dan sentiasa melihat kamu. Walaupun ketika kamu bersendirian, Allah melihat kamu dan mengetahui segala yang kamu lakukan.

Kerana itu, seorang yang baik apabila berseorangan tidak akan berfikir, “Tiada siapa dapat melihat saya sekarang” dan kemudian melakukan kejahatan. Mereka tahu Allah sentiasa melihat dan mendengar mereka walaupun ketika tiada sesiapa di sekeliling.

Charles Darwin

Lukisan di sebelah kanan ini adalahkartun Darwin, pengasas teorievolusi. Kartun ini menunjukkanteori evolusi telah dihancurkan.Teori evolusi hari ini telah dibelasahteruk sama seperti Darwin di dalamkartun ini.

 

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan
  • Ragamana Alam Semesta ini Terbentuk?
  • Ini Tubuh Kita
  • Sifat-Sifat Istimewa Makhluk di Sekeliling Kita
  • Makhluk-Makhluk Yang Mencacumkan
  • Ragaimana Tumbuh Tumbuhan Berwarna-Warni Tumbuh Daripada Tanah
  • Mari Fikirkan Semula!
  • Apakah Teori Evolusi?
  • Menurut Para Penyokong Evolusi, Ragaimanakah Hidupan Berkembang?
  • Fosil-Fosil Yang Tidak Dapat Ditemui Para Penyokong Evolusi
  • Apa Berlaku Ketika Zaman Cambrian?
  • Pembohoncan Ikan Berubah Menjadi Reptilia
  • Tidak Masuk Akali!
  • Munckinkah Perkara Seperti ini Berlaku?
  • Kisah Evolusi Manusia
  • Topik Paling Menakutkan Kepada Darwin dan Para Penyokong Evolusi
  • Data Rank Badan Kita:DNA
  • Allah Adalah Pencipta Semuanya
  • Kesimpulan