logo
HARUN YAHYA

Semua Peristiwa Sedang Terjadi di Saat Ini!

Sebuah contoh yang akan memberi kefahaman yang baik mengenai fakta ini iaitu, di dalam pandangan Tuhan, setiap insiden berlaku serentak di dalam suatu ketika. Anggaplah bahawa kamu memiliki sebuah gambar mengenai kota besar yang terbentang di depan kamu. Jalanraya, kenderaan, bangunan yang berdiri sebelah menyebelah dan manusia yang jelas kelihatan di dalam gambar ini. Cuba bayangkan bahawa di sana seorang lelaki yang sedang menyeberang dari hujung ke hujung bandar ini. Dalam penglihatan lelaki ini, di sana terdapat jarak tertentu yang harus dilalui dari pinggir kota ini ke penghujung yang satu lagi dengan mengambil masa tertentu. Ianya sudah pasti bagi lelaki ini mengambil beberapa waktu untuk sampai ke destinasinya. Ianya tidak mungkin baginya untuk berada di kedua-dua tempat pasa masa yang sama. Tetapi, hal ini bukanlah menjadi masalah bagi kamu yang melihat gambar ini dari sudut luar. Seimbas pandang, kamu dapat melihat keseluruhan bandar ini dalam suatu detik. Bahkan, kamu tidak memerlukan suatu peruntukan masa khusus untuk melakukannya.

şehir

For someone who crosses the street from one side to the other, there is a certain distance to be crossed. A person, however, who looks at this street from a bird's eye view, feels no difficulty in seeing every point in this street from one end to another.

Keadaan yang ditunjukkan dalam contoh di atas juga benar untuk manusia seperti kita yang diterhadkan di dalam satu dimensi yang khusus. Bagi kita, untuk sampai ke destinasi akan menjadi kenyataan dengan melalui masa dan dengan menggunakan sedikit tenaga. Bagaimanapun, bagi Tuhan, Maha Pencipta semua dimensi, hanya mengambil satu ketika bagi semua peristiwa berlaku.

Fakta kedua yang terpenting ialah keserentakan semua peristiwa ini. Seperti dinyatakan lebih awal, dalam pandangan Tuhan, ianya tidak mungkin untuk bercakap mengenai suatu bentuk masa; semuanya telah terjadi dan berakhir pada suatu ketika.

Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah di saat ini, malaikat bersujud kepada Nabi Adam juga berlaku di ketika ini. Hal yang sama, dia dihantar ke dunia juga adalah di saat ini. Bahkan 'saat' yang kita perkatakan adalah 'saat' kamu membaca garis ini.

Sebuah contoh lagi akan menjelaskan hal ini. Cuba bayangkan mengenai Nabi Musa. Di saat ibunya memutuskan untuk meletakkannya di dalam sebuah kotak dan menghanyutkannya di Sungai Nil, semuanya masih wujud; saat ini tidak pernah lenyap dan akan terus wujud selamanya. Di saat Nabi Musa bertemu dengan Firaun dan menyampaikan ajaran Tuhan kepadanya juga masih wujud. Realitinya, di saat ini jugalah Nabi Musa menyeru Firaun untuk menerima agama kebenaran. Begitu juga, saat inilah juga Nabi Musa menerima wahyu Tuhan di lembah suci Tur. Saat inilah juga Nabi Musa melarikan diri dari Firaun dan tenteranya dan di saat inilah juga Laut Merah terbelah dan diseberangi oleh Nabi Musa bersama pengikutnya. Begitu juga halnya pada semua peristiwa, keabadian yang berlangsung sama seperti saat laut itu terbelah akan kekal dan sentiasa wujud di ingatan Tuhan.

Di saat Maryam hamil, di saat melahirkan Nabi Isa di bawah pohon kurma, di saat Maryam kembali kepada kaumnya, di saat Nabi Isa bercakap kepada mereka sedangkan masih di dalam ayunan, begitu juga halnya ketika Nabi Isa bertanya "siapa yang akan menjadi pembantuku?" kepada pengikutnya, dan ketika dibangkitkan oleh Tuhan, semuanya ini sedang terjadi di saat ini. Sebenarnya bukan sahaja peristiwa yang kita pernah ketahui, tetapi juga berkenaan peristiwa yang kita tidak tahu sama sekali yang terjadi di masa depan, realitinya sedang berlaku di saat ini. Setiap saat Nabi Isa diutuskan ke dunia ini, mendakwah ajaran Tuhannya kepada pengikutnya, saat kembalinya ke dunia, setiap ucapan yang disampaikannya untuk mengajak manusia ke jalan yang benar, kematian dan kebangkitannya di Hari Kemudian begitu juga saat dia dialu-alukan oleh malaikat ketika memasuki syurga adalah sedang terjadi di saat ini.

Hal yang sama juga benar bagi seorang yang pernah hidup 3000 tahun sebelum masihi lalu. Seorang lelaki yang duduk di bawah sepohon pokok di waktu dinihari dalam tahun 3000 sebelum masihi ketika memerhatikan seekor kumbang yang hinggap di jarinya dan yang mengagungkan kebesaran penciptaan Tuhan, sebenarnya melakukan aksi ini di ketika ini. Bahkan, di saat kumbang itu kembali ke sarangnya, demikian juga saat-saat yang dilalui oleh kumbang itu, bermula saat ia lahir sehingga kematiannya, semuanya tersimpan di dalam memori Tuhan. Kesimpulannya, semua peristiwa ini terjadi dalam suatu ketika, bahkan di saat kamu membaca perenggan ini.

köprüden geçen aarç, filim şeridi

Moment by moment, every picture above shows an image of the vehicle crossing the bridge. A person traveling by this vehicle supposes that a particular period of time is spent in crossing the bridge. However, we can see all of these pictures at a single moment.

Semua contoh-contoh ini menjelaskan sekali lagi, satu fakta yang penting; tiada suatu pun dari ketika-ketika, peristiwa-peristiwa, makhluk hidupan yang wujud di masa lalu hilang dari kewujudannya dan semua itu tidak akan pernah lenyap. Sebuah filem yang kita tonton di tv yang dirakamkan di dalam jalur filem dan gambar yang bergerak yang mengandungi filem itu tidak lenyap, samada kita melihatnya atau tidak. Hal yang sama juga benar untuk setiap dan segalanya yang kita lakukan di dalam hidup berkaitan di masa lalu atau hadapan.

Ianya satu keperluan bahawa hal ini harus di fahami. Tiada satu pun peristiwa-peristiwa ini yang sama dengan ingatan, kenangan atau imej. Semuanya itu jelas, setiap sesuatu tetap tersimpan seperti adanya, dan sama seperti saat yang kita alami ketika ini. Kita merasakan semua itu sebagai satu insiden yang sudah berlalu kerana Tuhan tidak menghadirkan gambaran-gambaran ini kepada kita. Bagaimanapun, pada bila-bila masa Dia kehendaki, Tuhan akan mempamerkan semua imej ini kepada kita, membuatkan kita percaya bahawa kita sebenarnya mengalami semua itu.

Masa Lalu, Sekarang Dan Akan Datang: Semuanya Serupa

Seperti mana yang telah dijelaskan, di pandangan Tuhan, semua peristiwa yang terjadi di muka bumi selama ini, sebenarnya berlaku pada suatu ketika. Apa yang dialami oleh Nabi Musa, Ibrahim, Nuh, Sulaiman, dan Muhammad s.a.w bersama-sama dengan nabi-nabi yang lain sebenarnya sedang dialami di saat yang kita sedang berada ini. Hal yang sama, apa yang dilalui oleh cucu kita, atau cucu kepada cucu kita, demikian juga manusia yang hidup sehingga di hari kiamat berlaku pada satu dan ketika yang sama. Di antara mereka semua ini yang beriman berada di syurga dan yang tidak beriman berada di dalam neraka, sengsara menanggung azab.

Apa yang dialami oleh Nabi kita juga akan kekal di dalam penglihatan Tuhan selamanya. Peristiwa-peristiwa ini akan dipersembahkan kepada sensasi-sensasi kita sama seperti ketika ia terjadi 1400 tahun lalu. Bagaimanapun, hakikatnya ialah, di saat ini jugalah Nabi kita diangkat naik ke langit, saat ini jugalah dia menyembunyikan dirinya di dalam gua bersama sahabatnya. Begitu juga, saat ini jualah Nabi Muhammad menyampaikan dakwah Tuhan kepada golongan kuffar. Sebenarnya semua kejadian ini bukanlah berlaku di masa lalu. Sebaliknya, semua insiden ini ditakdirkan untuk wujud selama-lamanya. Sebab mengapa kita tidak dapat melihat, menyaksikan atau mengalami semua ini adalah kerana ianya tidak hadir di dalam memori kita.

Hal yang sama juga benar bagi semua peristiwa yang berlaku dan manusia yang pernah hadir ke bumi sepanjang masa. Ahli falsafah di zaman Greek kuno, bangsa Sumeria yang merintis penulisan pepaku (cueniform writing), Cleopatra, Permaisuri Mesir, seniman di Zaman Renaissance, saintis di abad ke 19, para diktator di abad ke 20 dan semua manusia temasuk juga datuk kamu, datuk kepada datuk kamu dan kamu sendiri, hakikatnya hidup di suatu ketika yang sama.

Tiada satu pun dari peristiwa ini yang lenyap; kesemuanya terus wujud tanpa perubahan.Askar perang salib, penghijrahan beramai-ramai, perang dunia pertama dan kedua, sekalipun kelihatan telah berlalu dalam bentuk peritiwa sejarah, sebenarnya adalah peritiwa yang terjadi di saat ini dan semuanya itu akan tetap wujud selama-lamanya. Hal yang sama, bangsa Mesir, tamadun Mexico, Greek dan Anatolia purba semuanya wujud di ketika yang sama.

Hujan yang membanjiri sebidang tanah milik seorang lelaki yang menyara hidupnya sebagai seorang petani 1000 tahun sebelum masihi di Mesopotamia, dan di saat petani ini basah kuyup di dalam hujan semuanya hadir di penglihatan Tuhan. Seekor labah-labah yang membuat sarangnya di sebatang dahan pokok ketika zaman Akkadia, begitu juga sedang membuat sarangnya ketika ini. Labah-labah yang sama, di sudut sarangnya, sedang menanti mangsanya di saat ini. Bahkan, di saat yang sama ketika kamu cuba menggambarkan labah-labah ini di kepala kamu, ia sedang bertelur, mengumpulkan di belakangnya, dan menjaga mereka. Di saat ini jugalah, telur itu retak dan anak-anaknya menetas.

medeniyetler

All construction stages of these buildings as well as their current state are in the Sight of Allah. Every deed engaged in by the former dwellers of these buildings is kept "right now" in the Sight of Allah.

Tiada suatu pun yang dilupakan; Hasil penciptaan Tuhan memberikan pelbagai faedah. Jadi, tiada yang lenyap, musnah atau terbuang. Manusia itu tidak melihat, mengetahui atau mengalami semua kejadian ini tidaklah bererti bahawa mereka semuanya tidak berlaku ketika ini. Kerana Tuhan adalah bebas dari belenggu masa, segala sesuatu telah pun terjadi dan tamat dipandanganNya. Akan tetapi, disebabkan terikat oleh masa, pengalaman seseorang itu timbul dalam bentuk satu turutan kejadian-kejadian yang mana secara jelas berasaskan kriteria-kriteria masa lalu, sekarang dan akan datang. Bagaimanapun seperti yang telah dinyatakan awal lagi, 'peristiwa-peristiwa masih belum di alami' bukanlah 'belum di alami' bagi kita. Masa lalu, depan dan sekarang semuanya adalah sama bagi Tuhan. Ini adalah sebab mengapa Tuhan maha mengetahui setiap sesuatu. Fakta ini dinyatakan di dalam ayat berikut;

Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi di dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui. (Surah Luqman; 16).

Kehidupan Kamu Juga Adalah Suatu Detik

Untuk memahami fakta ini, di sana tidak ada sebab untuk hanya sekadar menghayati peristiwa-peristiwa atau mengembara ke dalam lembaran sejarah. Hidup seseorang, yang dianggapnya terlalu lama juga hanyalah sekadar suatu detik. Saat kamu dilahirkan, dan saat ibu kamu mendakap kelahiran kamu pertama kali juga masih wujud. Saat itu atau peristiwa ini akan terus wujud selama-lamanya kerana ianya disimpan di dalam memori Tuhan. Tetapi seperti yang telah dinyatakan, oleh kerana maklumat yang kamu miliki mengenai dunia hanyalah disampaikan kepada kamu melalui lima pancaindera kamu dan tidak ada sebarang maklumat berhubung imej sebegini yang tersimpan di memori kamu, maka kamu tidak dapat melihat adegan ini. Begitu juga semua kejadian yang kamu alami sepanjang hidup kamu. Hari kamu mendaftar di sekolah rendah, hari jadi seorang yang kamu raikan, sebuah pengalaman yang kamu alami, hari kamu 'digraduatekan' di sekolah menengah, hari perkahwinan kamu dan hal lain yang mengubah hidup kamu, di dalam pandangan Tuhan, berlaku hanyalah sekadar suatu ketika. Tidak ada suatu pun dari peristiwa ini yang lenyap, semuanya akan tetap wujud selamanya.

Hal yang sama, rasa manis yang kamu rasakan pada coklat ketika kamu berusia lima tahun, rasa takut yang kamu rasakan ketika kamu bangun pada hari pertama persekolahan dalam hidup kamu, rasa bosan yang kamu alami ketika berada dalam sebuah kelas yang kamu hadiri, rasa sukar suatu persamaan yang ditulis oleh guru matematik kamu di papan hitam, kesedihan yang kamu rasakan ketika kamu kehilangan sahabat karib di dalam kemalangan jalanraya, kegembiraan yang kamu rasakan ketika berjaya di dalam bidang akademik, rasa kebahagiaan yang kamu rasakan ketika mendapati impian besar dalam hidup kamu tercapai, ringkasnya, semua pengalaman dan perasaan itu kekal seperti seadanya; cuma tidak tersimpan di dalam memori kamu. Kamu merasakan apa yang tersimpan di dalam ingatan kamu hanya sebagai suatu yang telah berlalu. Sekalipun kesemua itu tetap wujud di saat ini, otak tidak akan dapat merasa adegan ini, kerana beginilah cara ujian yang dihadapkan kepada manusia. Dengan mempercayai bahawa mereka terikat dengan satu aliran masa yang tetap, dan tidak berbeza, yang mengalir dari masa lalu sehingga masa depan, manusia menganggap kehidupan mereka terbahagi kepada beberapa fasa yang berbeza, yang dinamakan masa lalu, sekarang dan masa depan. Hal ini sebenarnya menjadi halangan tebesar bagi mereka untuk memahami peristiwa khusus seperti kejadian Hari Kemudian, bila dan di mana syurga, neraka dan hari penghitungan akan terjadi. Mereka tidak dapat menghubungkan konsep masa di dalam pandangan Tuhan kepada konsep masa yang membelenggu manusia.

hayat

The human being in the picture is being born "right now"; he is fishing, he is receiving his diploma, getting married and even having children and grandchildren "right at this moment." Furthermore, he is dying now and likewise, he is being judged in the Sight of Allah.

Bagaimanapun, dengan memahami bahawa setiap makhluk hidupan, setiap peristiwa dan segala sesuatu sebenarnya yang diciptakan secara kekal ruang demi ruang sama seperti ruang-ruang dalam segulung filem dan dibawa secara serentak akan memudahkan usaha untuk memahami hal ini.

Di sisi Tuhan, semuanya telah pun terjadi dan telah pun tamat, setengah orang mempercayai amalan khurafat iaitu Tuhan mencipta alam semesta dan mengurniakan manusia dengan suatu jangka hayat tertentu dan menunggu mereka untuk di uji (wal ya uzubilah min zalik). Dan Dia akan menunggu sehingga berakhirnya alam semesta. Sudah pastinya hal ini adalah amat mustahil. Menunggu adalah satu kelemahan yang biasa kepada manusia dan Tuhan maha suci dari bersifat lemah. Sifat Tuhan, Al-Quddus (suci), dengan yang mana dimaklumkan oleh Tuhan di dalam Al-Qur'an kepada manusia, bermaksud "bebas dari sebarang kesilapan, kelemahan dan dari sebarang kekurangan'. Inilah sebab mengapa Tuhan mengetahui masa lalu dan masa hadapan semua manusia, begitu juga peristiwa yang menimpa mereka, dengan amat terperinci. Tetapi manusia, dalam hidupnya, arena ujian ini, menganggap masa sebagai garisan yang mempunyai permulaan dan pengakhiran. Tetapi, seperti yang dinyatakan, bukanlah suatu yang mudah untuk berkata tentang konsep masa lalu dan sekarang. Setiap sesuatu, semua manusia, semua makhluk hidupan hidup secara serentak. Semua umur, minit, saat dan semua hari-hari, jam dan ketika adalah berlaku pada ketika yang sama. Sekalipun manusia tidak mampu melihat hal ini disebabkan kemampuan sensasi yang terhad, hakikatnya fakta ini adalah bukti. Dalam bab 'Relativiti Al-Qur'an', beberapa contoh telah diberikan untuk menerangkan perbezaan di antara masa yang membelenggu manusia dan masa di sisi Tuhan. Tuhan menarik perhatian kita kepada hal ini dalam ayat berikut;

Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjiNya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah al-Hajj; 47).

Tuhan, al-Hasib, maha mengetahui secara teperinci apa yang dilakukan oleh manusia sepanjang hidupnya. Sekiranya seorang mengingati bahawa tiada suatu pun yang dialaminya akan lenyap dan semua yang dilakukannya akan tetap wujud, orang itu pasti akan memahami dengan baik sifat Tuhan ini. Tuhan mengetahui setiap sesuatu, setiap suatu yang berkaitan dengan setiap peristiwa yang dialami dinyatakan di dalam ayat berikut;

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya besok dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal. (Surah Luqman; 34).

Ini adalah sebab utama mengapa orang beriman mengagungkan kebesaran Tuhan, tunduk kepadaNya dan bertawakkal sepenuhnya kepada Tuhan. KeagunganNya cukup jelas mengingatkan seeorang bahawa bagaimana lemahnya seseorang dan bagaimana seseorang itu sangat berhajat kepadaNya. Mereka menyedari kelemahan mereka berbanding Tuhan. Ketinggian moral sebegini yang dipamerkan oleh orang yang beriman dinyatakan di dalam Al-Qur'an.

Katakanlah; sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal. (Surah At-Taubah; 51)

Katakanlah: aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku melainkan apa yang Allah kehendaki. (Surah Yunus;49)

Orang yang beriman dijamin dan mereka yang berkata sebegini adalah mereka yang memahami benar akan sifat Allah. Dan inilah yang menjadikan mereka menyerahkan kepatuhan mereka kepadaNya.

Mati Bukanlah Suatu Kepupusan

Kematian juga adalah satu isu yang sering disalah tanggap oleh masyarakat umum. Seorang yang mati dianggap sebagai telah tiada. Kerana mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi berhubung dengan hari kemudian, kehidupan abadi, syurga dan neraka, manusia secara umum samada tidak percaya kepada hari kebangkitan selepas mati ataupun mempunyai keyakinan yang samar-samar mengenainya. Akibatnya, majoriti menganggap mereka telah kehilangan seseorang selama-lamanya sekiranya orang itu mati. Ini sudah pastinya suatu pandangan yang sempit. Ketika seorang itu dilahirkan (ketika dia dibawa ke alam wujud oleh Tuhan), kehidupan abadinya pun bermula. Seperti keseluruhan saat kehidupan seseorang, kematian hanyalah satu ketika yang dirasakan oleh manusia, tetapi hakikatnya orang itu masih hidup. Semua saat-saat sebelum dan selepas mati dan setiap yang berhubung dengan kehidupan seseorang adalah terpelihara tanpa sebarang perubahan. Sebagai contoh, selepas kematian seseorang, manusia berkabung dan berkata,'sungguh malang ia telah mati, dia masih muda lagi'. Tetapi, setiap peristiwa yang berkaitan dengan kehidupan seseorang, kenangan masa kanak-kanak, kelahiran dan keluarganya tetap wujud. Semuanya itu tidak pudar ataupun musnah. Semua pengalaman-pengalamannya tetap terpelihara. Sebagai suatu hal yang perlu di dalam ujian di dunia ini, semua memori ini dipadamkan dari ingatan seseorang; akan tetapi, hal ini sama seperti ianya tidak lagi wujud (bagi manusia).

Di sisi Tuhan, kelahiran, kehidupan dan kematian seorang berlaku dan tamat secara serentak. Keadaan yang sama juga bagi semua manusia. Umat manusia hadir ke dunia dan mati pada ketika yang sama. Semuanya telah dibangkitkan dan telah dihantar ke syurga atau neraka. Oleh yang demikian, tiada seorang pun yang mati dan tiada seorang pun yang dilenyapkan; semua individu hidup dalam keabadian. Di dalam keabadian ini, manusia meluangkan hanya sebahagian kecil dari masanya di dunia ini, dan sewaktu masa ini di mana dia ditakdirkan untuk masuk -samada syurga atau neraka- telah pun diketahui. Di ketika inilah, setengah orang yang masih hidup di dunia ini sedang berada di syurga sementara setengahnya berada di neraka. Hal ini dijelaskan di dalam Al-Qur'an; dalam banyak ayat berhubung syurga dan neraka. Kehidupan di hari kemudian diterangkan seolah-olah berlaku sekarang dan yang telah berlalu, yang menarik perhatian seseorang kepada fakta bahawa semua kejadian ini sebenarnya berlaku pada suatu detik;

Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang lenang dalam kesibukan. Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh berbaring di atas singgahsana. (Surah Yasin;55-56)

Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berkumpulan hingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-jaganya: "kesejahteraan ke atasmu. Berbahagialah kamu! Maka masukilah syurga ini sedang kamu kekal di dalamnya. Dan mereka mengucapkan: "Segala pujian bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah (memberikan) kepada kami tempat ini sedang kami menempati tempat dalam syurga di mana sahaja yang kami kehendaki: maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal. Dan kamu melihat malaikat-malaikat berlingkar di sekeliling 'Arasy bertasbih sambil memuji Tuhanmu dan diberi keputusan di antara hamba-hamba Allah dengan adil dan diucapkanlah "Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam". (Surah Az-Zumar; 73-75)

Dan orang-orang yang berdosa melihat neraka, maka mereka meyakini bahawa mereka akan dilontar ke dalamnya dan mereka tidak menemukan tempat berpaling daripadanya. (Surah Al-Kahfi; 53)

Dalam hidup manusia, satu lagi misteri yang masih kekal. Sementara berkabung terhadap kematian seseorang, manusia tidak memikirkan bahawa mereka, diri mereka sendiri sebenarnya telah pun mati dan bahkan telah dibangkitkan. Kelahiran dan kematian seseorang terjadi secara serentak. Bahkan hal yang remeh-temeh mengenai kehidupan semua manusia, kematian dan kebangkitan dan kehidupan abadi semuanya tersimpan di sisi Tuhan. Dalam perkataan lain, setiap sesuatu terjadi pada ketika ini. Kematian dan kebangkitan sebenarnya bukanlah peristiwa yang terjadi dalam selang masa yang jauh.

Manusia dilahirkan di dalam masa sifar. Hal yang sama, mereka mati ketika masa sifar, mereka dibangkitkan ketika masa sifar dan sebagai suatu kebenaran, kehidupan mereka hanya di rasakan di ketika ini. Seketika Tuhan menciptakan manusia, mereka menjadi suatu zat yang akan abadi. Dalam satu bentuk yang lain, dia telah memulakan kehidupan tanpa akhir, kekal hidup dalam keabadian. Pada masa yang sama, dia juga menyaksikan kematiannya sendiri sebagai suatu kejadian. Sama seperti dia melihat dirinya sendiri sepanjang hidupnya, dia menyaksikan kematianya, tetapi hanya di dalam satu ketika.

Sebuah contoh akan menjelaskan subjek ini. Dalam Al-Qur'an, Tuhan mengkhabarkan kepada kita bahawa tidur juga diciptakan sebagai suatu bentuk kematian. Dengan itu, setiap malam dia menyaksikan kematiannya apabila dia tidur dan mnyaksikan kebangkitannya ketika dia bangun di pagi hari. Fakta ini dimanifestasikan di dalam ayat berikut;

Allah memegang jiwa ketika matinya dan jiwa yang belum mati diwaktu tidurnya. Maka Dia tahanlah jiwa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah Az-Zumar;42)

Oleh itu, manusia secara berterusan melihat kematian dan kebangkitannya sepanjang hidup. Hal yang sama , dia juga akan melihat kematian yang sebenarnya. Kesimpulannya, kelahiran, kematian dan kebangkitan begitu juga tempat abadinya, semua ini telah pun diketahui dan manusia akan kekal hidup di sisi Tuhan. Semua insiden ini berlaku dan telah tamat di sisi Tuhan. Ini adalah sebab mengapa, kematian, dalam suatu pengertian yang difahami secara lebih umum, bukanlah sebuah kemusnahan atau kelenyapan.

Dengan mempertimbangkan fakta ini, bersedih terhadap kematian seseorang dan merasa sedih ke atasnya adalah tindakan tidak rasional. Seorang pemuda, seorang kanak-kanak atau seorang yang sihat yang mati bukanlah musnah; semuanya wujud dalam keadaan seadanya. Di sisi Tuhan, semuanya adalah hidup. Ini adalah satu penerangan yang jelas keagungan Tuhan, yang juga dinyatakan di dalam Al-Qur'an.

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur, kepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya?. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tiada merasa berat memelihara keduanya dan Allah maha tinggi lagi maha besar. (Surah Al Baqarah; 255)

Kehidupan Seekor Binatang Juga Adalah Suatu Detik

Sejak kehidupan wujud di muka bumi, fasa-fasa yang dilalui oleh seekor binatang telah pun tersimpan di sisi Tuhan. Sebagai contoh, kelahiran, kematian seekor burung penguin yang hidup di kutub selatan dan yang telah mati 250 tahun lalu tetap wujud di dalam pandangan Tuhan dan akan terus hidup selamanya, kenyataan yang sama, semua insiden ini berlaku di ketika ini.

köpek yavrusu

Every moment of a pet an animal lover possessed in his childhood remains in the Sight of Allah. The moment he played with it, the moment he caressed it, the moment it died in an accident, in brief, each moment whether he remembers it or not.

Hal ini juga benar untuk binatang yang tidak penah kita saksikan. Seekor unta, yang hidup dan mati 700 tahun lalu, seekor buaya di Amazon tahun 5 Sebelum Masihi, seekor ular yang memecahkan cengkerang telurnya di tahun 2200, atau seekor kangaroo yang ada di Australia hari ini. Suatu yang jelas, semua peristiwa dan kejadian yang berhubung binatang-binatang yang disebut di atas, begitu juga binatang lain sepanjang masa, berlaku secara serentak, iaitu, di saat ini. Setiap ketika yang dilalui oleh unta itu, termasuk saat ianya dilahirkan, saat ia membawa bebanan di padang pasir dan saat unta itu meminum air semuanya kekal di sisi Tuhan. Ketika ini, unta yang menjadi persoalan ini, bagaimanapun, sedang meminum air, dan masih lagi membawa bebanan....semua unta-unta yang pernah hidup di dunia dan setiap saat kehidupan mereka di dunia ini masih wujud.

Hal ini mungkin kelihatan jauh dari kemampuan pemahaman akal manusia, apabila seseorang memikirkan bahawa di sana beribu-ribu juta binatang yang hidup di muka bumi ini. Akan tetapi rahsia kebesaran Tuhan tersembunyi di sini. Tuhan, al-'Aliim, maha mengetahui. Tuhan sudah tentu mengetahui tiap-tiap makhluk, sama ianya hidup, bukan hidup atau mati. Fakta penting ini diterangkan di dalam sepotong ayat;

Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan bilangan yang teliti. (Surah Maryam;94)

Kematian seekor binatang tidak banyak berbeza dengan kematian manusia. Seperti kes manusia, saat kehidupan seekor binatang tidak musnah selepas kematiannya. Kematian mengejut binatang kesayangan seseorang- sebagai contoh, seekor burung- yang menyedihkannya. Burung itu, sebenarnya tidak mati, ianya terpelihara di dalam pandangan Tuhan dalam keadaan yang baik. Di waktu burung ini bersama-sama telurnya, di saat dia menghinggap sebuah rumah seseorang dan di saat dia belajar terbang sebagai seekor anak burung semuanya kekal di sisi Tuhan. Contoh lain, di sisi pandangan Tuhan, seluruh saat yang telah berlalu bagi seekor anjing yang telah mati dan saat dia mati adalah jelas diketahui. Seluruh peristiwa yang berhubung dengan kehidupan masa lalu anjing itu; ketika ia masih lagi seekor anak anjing, ketika ia menyalak, berjalan, meminum air dan semua pengalaman yang dilaluinya yang tidak diketahui oleh tuannya kekal di sisi Tuhan.

Hal yang sama juga kepada semua binatang. Kelahiran dan kematian anjing yang disebutkan di dalam surah al-Kahfi, dan ketika ia berada di hadapan gua itu tetap dalam penglihatan Tuhan. Hal yang sama, unta yang dibawa oleh Nabi Salih a.s, dan saat kaumnya membunuh unta itu, sekalipun jelas dilarang oleh Tuhan, semuanya berada di sisi Tuhan.

Satu contoh lagi, di saat seekor binatang jahat yang dibunuh dengan cara dipijak juga terpelihara di sisi Tuhan. Kematian binatang itu hanya berlaku dalam suatu ketika dan seperti makhluk yang lain, ianya hanya sebuah imej dan setiap imej mengenainya terpelihara di sisi Tuhan. Kenyataan bahawa kita tidak melihat sebarang kaitan dengan binatang itu selepas kematiannya tidaklah bermakna ianya telah lenyap. Seekor serangga yang mati juga berlaku di dalam suatu ketika. Seperti makhluk kehidupan yang lain, ianya adalah sebuah persepsi bagi kita dan setiap imej berkaitan dengan kehidupannya kekal tanpa perubahan. Kenyataan bahawa kita tidak melihat apa yang berhubung dengannya tidaklah bererti ianya telah musnah. Ia hanya sekadar lenyap dari memori kita. Di sisi pandangan Tuhan, sekiranya imej itu dimiliki oleh serangga itu dianimasikan semula, dan diperlihatkan kepada lima pancaindera kita, kita pasti akan melihatnya semula.

kelebek

The butterflies and flowers, in short, all the details you see in a garden which you pass by are preserved in the Sight of Allah.

Kenyataan yang sama juga bagi seekor rama-rama yang berwarna-warni yang dilihat oleh seorang lelaki sewaktu Revolusi Perancis. Suatu yang amat mungkin bahawa lelaki itu berasa sedih apabila melihat rama-rama yang cantik itu dikunyah oleh seekor burung, bagaimanapun, rama-rama itu, dengan kecantikan simetrik dan warnanya, adalah berada di dalam pandangan Tuhan di saat ini. Setiap saat rama-rama ini membuka sayapnya, setiap saat ia menutupnya, setiap bunga yang dihinggapnya telah pun diketahui di sisi Tuhan. Bahkan, rama-rama ini melakukan semua yang disebutkan tadi adalah ketika ini. Ketika inilah, rama-rama itu terbang, makan dan mati..........kesimpulannya, rama-rama ini hidup dan kekal hidup selama-lamanya. Perasaan lelaki yang berasa sedih kerana kematian rama-rama ini, dan bahkan, setiap dan seluruh saat kehidupan lelaki ini juga kekal selamanya.....

Hal ini dijelaskan di dalam ayat berikut.

Tiada suatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan (terdapat) dalam kitab yang nyata. (Surah An-Naml;75)

Huraian ini memberikan jawapan yang jelas kepada pertanyaan yang kerap dipersoalkan seperti, 'adakah binatang mempunyai roh?' Atau 'apakah saat akhir bagi bintang?". Semua makhluk hidupan ini berada di dalam memori Tuhan dan hal ini adalah hal yang mustahak. Selama mana pengetahuan mengenai binatang di rakamkan di sisi Tuhan (ingat bahawa di saat ia diciptakan, ia telah ditakdirkan untuk kekal selama-lamanya), ianya akan hidup. Akan tetapi, apa yang dimaksudkan dengan 'hidup' di sini ialah ciptaan Tuhan baginya dalam bentuk sensasi. Dalam pengertian ini, tiada suatu makhluk hidupan yang mempunyai kesamaan dengan sifat Tuhan; al-Hayy (maha hidup). Sifat ini bermaksud, hal yang paling penting bukanlah bintang mempunyai roh atau tidak, tetapi samada ia diciptakan di dalam pandangan Tuhan atau tidak. Sekiranya Tuhan menghendaki, makhluk hidup ini akan berada di dalam memori kita... sekiranya tidak, ia tidak akan wujud. Sekiranya Tuhan menarik balik imej seekor binatang dari memori seseorang, ini bererti bahawa ia telah mati. Sekiranya Dia mengembalikannya ke dalam memori, ini bererti ianya hidup. Ianya mesti disimpan di dalam minda bahawa binatang ini kekal di dalam memori Tuhan selamanya, kerana Tuhan tidak terikat oleh konsep masa. Dalam masa-sifar, ianya tidak mungkin untuk bercakap mengenai masa lalu, sekarang dan masa depan, semuanya adalah suatu ketika.

Bunga Tidak Pernah Pudar, Buahan Tidak Pernah Lenyap...

Tuhan ialah yang menyimpan pengetahuan mengenai setiap sesuatu. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, semenjak penciptaan alam semesta, semua dedaun, dan peringkat berbeza yang dilaluinya sewaktu jangka hayatnya, diketahui oleh Tuhan. Sebagai contoh, pengetahuan mengenai sepohon pokok, tersimpan di dalam pandangan Tuhan. Bahkan, semua peringkat yang berkaitan dengan daun ini sejak dari gugurnya secara individu tersimpan di sisi Tuhan. Bersandar di sebatang pokok di Babylon, seorang lelaki yang memerhatikan dedaun yang gugur, juga masih kekal di sana. Tiada sesaat pun masa yang diluangkan memerhatikan guguran dedaun itu lenyap atau pudar berlalu.

çiçeğin büyüme aşamaları

The consecutive changes occurring in a flower, though seemingly taking place at distinct times, are actually taking place simultaneously. After a while, the different images in the memory of a person who sees this flower disappear. Yet, every moment remains in the eternal memory of Allah.

 

menekşe

The concept of time is valid only for man. The memory of Allah is above all times. Throughout history, all violets, which existed, are actually blossoming right now, just as they are fading now. The same is also true for the violets you grow in your flowerpot.

Biasanya, daun yang gugur dari pokok itu akan dianggap sebagai peristiwa yang tidak penting. Akan tetapi, dedaun yang pernah gugur sepanjang masa berlalu adalah tersimpan di sisi Tuhan.

Dalam sepotong ayat, hal ini dinyatakan seperti berikut;

Dan pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib, tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tiada jatuh sebutir biji benih dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata. (Surah al-An'aam;59)

Satu-satunya hal bagi orang yang benar memahami fakta ini ialah tunduk patuh kepada Penciptanya.

yağmur damlası

Every stage of the formation of raindrops is within the knowledge of Allah. Allah is Well-versed in every kind of Creation.

Seperti yang dinyatakan dalam ayat, Dia mentadbir urusan dari langit ke bumi. surah Sajadah.5, semua binatang, tumbuhan, manusia, ringkasnya semua makhluk hidupan dan peristiwa yang diciptakan oleh Tuhan dan segala yang berkaitan dengannya kekal tersimpan di pandangan Tuhan.

Begitu juga halnya bagi debunga. Bertentangan dengan anggapan manusia umumnya, sekuntum bunga tidak hilang apabila ia layu; ia bahkan terus wujud di sisi Tuhan. Seperti yang dijelaskan di dalam ayat, Dia maha mengetahui tentang segala makhluk. Surah Yasin 79, semua fasa kehidupan bunga itu; ketika berkembang, menguntum bersama dengan ketika ia layu, masih wujud. Bahkan, seperti yang dinyatakan, perubahan berterusan yang dialami oleh bunga itu, sekalipun kelihatan terpisah-pisah, sebenarnya adalah fasa-fasa yang berlaku secara serentak. Di sisi Tuhan, semua kaitan yang berhubung dengan bunga ini terjaga dan Tuhan menjadikan hal ini dapat diketahui kepada siapa yang Dia kehendaki. Di dalam pandangan orang yang melihat bunga itu, semua imej-imej yang berkaitan dengannya adalah layu. Tetapi, setiap imej itu kekal wujud di sisi Tuhan.

Tuhan, al-Muhsi (penghitung), yang mengetahui bilangan segala semuanya sekalipun yang tidak dapat dihitung, mengetahui bilangan setiap daun yang gugur. Bahkan, semua tumbuhan, dedaun dan bebunga, setiap saat sejak bertunas hingga layu, tumbesaran, layu dan gugur, begitu juga titisan hujan yang menitis ke atasnya berada di dalam pengetahuan Tuhan. Semua ini, beserta dengan saat-saat makhluk hidupan lain, diciptakan di dalam suatu ketika dan dalam suatu ruang (plane). Secara keseluruhannya, semuanya itu wujud ketika ini. Kesimpulannya, apabila sehelai daun layu dan gugur, ini tidaklah bermakna ianya telah hapus; ia hanya terpadam dari pandangan (memori) kita. Bagaimanapun, ianya masih lagi hidup di pandangan orang lain. Sekiranya Tuhan menunjukkan imej ini kepada penglihatan orang lain, ia akan terus melihat daun ini.

Begitu juga halnya bagi sekuntum bunga yang sedang kembang di pasu bunga kamu. Ketika bunga ini berkembang, ketika ianya mulai pudar dan gugur ke tanah semuanya adalah di dalam pandangan Tuhan. Dalam perkataan lain, bunga itu masih berkembang di saat ini. Dan bunga itu juga masih pudar di saat ini. Di sana tidak ada ruang masa di antara kembang dan layu. Konsep masa hanya wujud bagi kita; memori Tuhan adalah lebih tinggi dari konsep masa yang ada. Dengan mengingat fakta ini, seseorang akan sedar bahawa semua bebunga, yang pernah tumbuh di dunia ini, sedang mengembang secara serentak, sama seperti ianya sedang layu pada masa yang sama. Semua saat-saat masa hidup sekuntum bunga kecil di hutan Afrika yang hidup 1500 tahun lalu juga telah dicatatkan di dalam 'Lauhun Mahfuz'. Hal yang sama, 14 abad lalu, pokok di mana orang yang beriman memberikan sumpah taat setia (perjanjian Aqabah) kepada Nabi Muhammad, penghasilan biji benih dari pokok ini, pembesaran tunasnya, sama seperti pokok ini ketika mengering, semuanya berlaku pada ketika ini. Saat-saat rumput lalang yang tumbuh di mana-mana gunung di seluruh dunia, sepohon kaktus di padang pasir, semak yang tumbuh di kawasan terpencil di dunia, titisan salji di kawasan tundra atau bunga daisi yang tumbun berhampiran sebatang jalan raya adalah tersimpan rapi di sisi Tuhan. Sudah pasti, tiada seorang di dunia ini yang menyedari tumbuhan-tumbuhan ini dan sejak dari sekarang, tiada seorang yang mengetahui mereka. Akan tetapi semuanya itu tetap diketahui oleh Tuhan;

odun

All details, such as what will happen as these trees are cut down, who will cut them down, in the construction of which house they will be used, are determined beforehand in the Sight of Allah.

Tiada yang tersembunyi dari padaNya seberat zarah yang ada di langit dan di bumi dan tidak ada pula yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam kitab yang jelas (lauhun Mahfuz). (Surah Saba; 3)

KepadaNya dikembalkan pengetahuan tentang hari kiamat. Dan tidak ada buah-buahan keluar dari kelopaknya dan tidak seorang perempuan pun yang mengandung dan tidak melahirkan melainkan dengan pengetahuanNya. (Surah Fussilat; 47)

Dalam ayat lain, fakta yang sama dijelaskan sebagai berikut;

Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar dari padanya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya dan Dialah yang maha penyayang lagi maha pengampun. (Surah Saba; 2)

Untuk mendapat pemahaman yang baik tentang keterangan ini, seseorang boleh memikirkan mengenai buah-buahan. Rasa, bau, warna dan keranuman sebiji pisang yang tumbuh di Afrika tersimpan di pandangan Tuhan. Bahkan sebelum biji benih pisang ini di tanam di tanah, di saat pisang ini di petik dari pohonnya, di saat orang yang memetiknya dan ketika ia di makan semuanya telah diketahui oleh Tuhan. Allah menerangkan kepada kita mengenai hal ini di dalam ayat berikut.

Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauhun Mahfuz). (Surah Hud; 6)

portakal

Every second of the life span of a single orange is preserved in the memory of Allah for all eternity.

It is He Who sends down water from the sky from which We bring forth growth of every kind, and from that We bring forth the green shoots and from them We bring forth close-packed seeds, and from the spathes of the date palm date clusters hanging down, and gardens of grapes and olives and pomegranates, both similar and dissimilar. Look at their fruits as they bear fruit and ripen. There are Signs in that for people who believe. (Surat al-An'am: 99)

Setiap peristiwa yang dilalui oleh pisang ini bermula dari saat ia dipetik sehingga ia dimakan, tersimpan di sisi Tuhan. Ia mungkin kelihatan satu jangka masa yang panjang di antara saat bunga pisang itu tumbuh di dahannya sehingga saat ketika ia di makan. Dalam perkataan lain, seseorang akan menganggap bahawa pisang itu hanya wujud untuk suatu masa yang tertentu. Buah ini menjadi masak, kemudian dipetik dari dahannya. Kemudian ia akan melalui beberapa peringkat seperti pembungkusan, pengangkutan, penyimpanan, pengedaran penghantaran dan kemudian dibeli. Sudah pasti orang yang membeli pisang ini dalam sebuah keluarga yang akan memakannya atau seorang tetamu yang mengunjungi keluarga ini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, turutan peristiwa yang dirasakan oleh manusia seolah-olah diselangi dengan masa dan ruang. Dalam pandangan Tuhan, bagaimanapun, keseluruhan hidup pisang ini berlaku dalam suatu ketika cuma. Pisang itu tumbuh di saat ini dan juga di makan di saat ini. Begitu juga, pisang itu dipetik dari dahannya dan dimuatkan di sebuah lori berlaku di saat ini.

Untuk mengulangnya, seluruh hidup pisang itu, atau kehidupan kamu, sama seperti kehidupan Julius Caesar, Iskandar Agung atau Edison, adalah 'dihidupkan' pada ketika yang sama. Pengetahuan mengenai buah-buahan yang ada, tumbuhan, manusia dan binatang, yang penah hidup sepanjang masa ini sebenarnya berada di dalam pandangan Tuhan. Kenyataan ini sudah pasti akan dapat difahami bagi orang yang menghayati sedalam-dalamnya dan dengan penuh keikhlasan.

Satu lagi hal yang penting ialah bahawa tiada suatu pun dari buah-buahan ini yang reput, lenyap atau punah. Bayangkan sebiji oren yang tumbuh di sebuah negara Mediteranean 50 tahun lalu. Keadaan-keadaan yang berkaitan dengan oren ini telah ditakdirkan; seperti masa ia akan tumbuh dan di pohon mana, samada ia akan masam atau manis, bentuknya, warnanya, tempat di mana ia disimpan, lori yang memunggahnya, mini market di mana ia di jual, pelanggan yang membelinya... . kemungkinan ia akan mula dilupakan apabila dibuang di bakul sampah. Dalam kes ini, ketika buah ini melalui proses berkulat, saat ketika ia ditemui oleh seseorang dan ketika ia dibuang ke dalam tong sampah semuanya telah ditakdirkan. Seperti yang telah kita lihat, setiap saat kehidupan biji oren itu, detik pertama ia tumbuh, masak ranum atau reput wujud di dalam pandangan Tuhan selama-lamanya. Oleh hal demikian, buah oren itu tidak musnah di sisi Tuhan. Ini adalah kerana, Tuhan Al-Hayy. Dalam perkataan lain, Dia adalah Maha Hidup. Setiap sesuatu di dalam MemoriNya hidup apabila hanya dengan berkata "Jadilah".

Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak, dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang berdekatan dan lagi (Kami tumbuhkan) kebun-kebun dari pokok-pokok anggur, zaitun dan delima, yang serupa dan tiada yang serupa. Kamu perhatikanlah buahnya, bila ia berbuah dan buahnya yang telah masak. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi kaum yang mau beriman.Surah Al-An'aam;99

Tiada Setitis Air Yang Lenyap

nehir

Waters all over the universe are also running at a single moment. Even a drop of water does not disappear; it is preserved in the Sight of Allah for all eternity.

Apa yang telah diterangkan sejauh ini juga adalah benar bagi air yang mengalir. Setiap titisan air sungai, mata air, pancutan, telaga artes atau air terjun tersimpan di dalam penglihatan Tuhan. Tiada setitis yang lenyap dan terbuang. Ia berterusan wujud selama-lamanya seperti juga keadaan makhluk hidupan, setiap saat dan keadaan berkaitan dengannya terselindung di memori Tuhan. Semua air yang pernah mengalir sejak permulaan alam semesta, yang sedang mengalir sekarang sama seperti yang akan mengalir di masa depan sebenarnya mengalir di saat ini. Ini bermaksud, semuanya mengalir benar-benar di saat ini. Di sana adalah masa yang abadi dan semua kejadian berlaku di dalam suatu ketika.

Air yang mengalir 300 tahun lalu di Missisippi, dan air yang mengalir 500 tahun lalu di Rhine begitu juga yang mengalir yang akan mengalir 200 tahun akan datang di sungai Euphrates sebenarnya mengalir secara serentak di dalam suatu ketika. Semuanya mengalir ketika ini. Tiada setitis pun yang lenyap; ianya terus mengalir selama-lamanya di pandangan Tuhan.

 
Menjelajah Ke Masa Permulaan Juga Mungkin

Kenyataan bahawa segalanya tersimpan di memori Tuhan membawa kita kepada satu lagi misteri yang penting; Dengan kehendak Tuhan, kembali semula ke saat permulaan suatu peristiwa juga adalah mungkin. Disebabkan terbelenggu oleh masa, kejadian seperti ini kelihatan mustahil bagi manusia. Tetapi, di dalam pandangan Tuhan, masa tidak wujud. Seperti yang dinyatakan awal lagi, masa lalu dan masa sekarang adalah berada di dalam suatu ketika; sama seperti kaset video yang mengandungi semua peristiwa saat-demi saat. Selepas melihat sebuah filem, ianya mungkin untuk mengundurkan dan melihat ia semula. Hal yang sama, situasi ini juga benar bagi peristiwa sehari-hari; dengan kehendak Tuhan, ianya mungkin untuk melihat peristiwa masa lalu sekali lagi. Ianya sudah pasti mudah bagi Tuhan untuk mencipta semula kejadian masa lalu.

Sebuah contoh yang akan membantu kepada pemahaman yang lebih baik mengenai fakta ini; taman-taman Saba' yang telah bertukar menjadi "taman yang mengandungi pohon yang pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon berduri (Sidr)"Surah Saba;16. seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, masih lagi wujud di pandangan Tuhan. Keadaan taman itu sebelum dan selepas kemusnahan kekal di memori Tuhan. Beribu-ribu tahun lalu, di sebuah tempat terpencil di dunia, transformasi sebuah taman indah ke ladang gandum tetap tersimpan di sisi Tuhan. Sebuah rumah yang dibina di ladang gandum ini selepas beribu-ribu tahun, demikian juga apabila rumah ini roboh dan ditapak yang sama dibina sebuah 'workshop', semuanya hadir dipandangan Tuhan. Akhirnya, keadaan yang ada hari ini di atas ladang gandum ini, yang merupakan kawasan yang diduduki oleh penduduk bandar, juga kekal wujud dipandangan Tuhan. Semua peringkat perubahan-perubahan di antara keadaan ini yang berada di kawasan yang sama juga tersimpan kemas di pandangan Tuhan selama-lamanya. Dengan kehendak Tuhan, adalah mungkin sekali untuk kembali dan melihat pemandangan pertama taman ini.

Sudah pasti, semua makhluk dan insiden yang pernah wujud sejak dari permulaan alam semesta tersimpan di sisi Tuhan. Tiada suatu pun dari saat-saat ini hilang. Ini adalah fenomena yang amat menakjubkan. Kenyataan ini adalah satu rahmat bagi orang yang beriman di syurga, ketika mereka ingin untuk melihat kehidupan mereka masa lalu atau peristiwa tertentu dalam sejarah. Dengan kehendak Allah jua, orang beriman mempunyai peluang untuk melihat semua kejadian ini.

ağaç, mekanlar

The states in which these areas were 1000 years ago or 500 years ago together with the foundations, which will be built on in the future, actually exist at a single moment.

Sebagai contoh, seseorang boleh meminta untuk melihat proses Big Bang, saat pertama penciptaan alam semesta, pembentukan pertama galaksi-galaksi, peringkat awal atom tunggal pertama, fasa-fasa yang dilalui oleh seseorang dalam kandungan ibu, perang yang berlaku di zaman purba, kehidupan makhluk hidupan di dasar lautan, saat kapal Titanik karam, masa kanak-kanak seorang ibu. Semua kejadian ini, beserta dengan semua kaitan mengenainya adalah wujud di pandangan Tuhan. Dalam pengertian ini, dengan kehendak Tuhan, manusia berpeluang untuk melihat apa saja yang diingininya, yang pastinya mejadi satu rahmat yang besar baginya.

Tanggungjawap Kenyatan Ini Terhadap Manusia

Subjek yang telah diterangkan sejauh ini pastinya suatu tajuk yang penting dan mengejutkan. Aspek yang sangat penting kepada kita adalah berikut; setiap saat kita hidup, setiap kelakuan yang kita lakukan, setiap perkataan yang kita ucapkan atau setiap corak pemikiran yang kita amalkan tersimpan di dalam pandangan Tuhan. Kenyataan bahawa hal ini disedari oleh orang beriman dimanifestasikan di dalam kata-kata Nabi Isa, dalam ayat berikut;

Dan ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya tentu Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib". (Surah Al-Maidah;116.)

Di sana terdapat satu lagi aspek fakta ini; sebarang sikap, yang tidak disukai Tuhan, atau sebarang kelakuan, yang keluar dari batas larangan Tuhan, semuanya tersimpan di dalam memori Tuhan. Setiap orang yang cuba menafikan sebarang kelakuan buruk akan gagal, kerana di sana dia pasti akan melihat gambaran semua kelakuan ini. Tiada suatu pun yang lenyap, sebarang kesilapan juga akan disimpan. Oleh hal yang demikian, orang-orang yang gagal untuk melihat kekuasaan Tuhan atau terlibat dalam kelakuan yang tidak membangkitkan kebencian manusia -dengan menganggap bahawa tiada orang yang melihat atau mendengarnya- akan berasa amat terperanjat. Mereka pasti akan menyaksikan secara individu bahawa Tuhan melihat segalanya;

Dan Dialah Allah, di langit dan di bumi. Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui apa yang kamu usahakan. (Surah Al-An'aam; 3)

Akan tetapi, di hari pengadilan kelak, di hari di mana setiap orang akan melihat amalannya, tiada siapa yang akan memiliki peluang untuk menyelamatkan dirinya sendiri, kerana seperti mana yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, di hari itu Tuhan akan meliputi mereka semuanya;

Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. Dan bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat dan mereka diliputi oleh pembalasan yang mereka dahulu selalu memperolokkannya. (Surah Az-Zumar;47-48)

Hari pengadilan pastinya akan menjadi hari di mana orang yang engkar akan menemui suatu yang mereka tidak pernah jangkakan. Tuhan pastinya akan melihatkan semua keburukan yang cuba disembunyikan oleh orang yang kufur. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat, apa yang menjadi bahan mainan orang kufur sepanjang hidup mereka, ketika ini akan meliputi mereka. Keimanan orang mukmin kepada Tuhan dan pada Hari Kemudian yang selalu dijadikan sebagai isu permainan oleh golongan kufur sepanjang hidup mereka. Mereka sering menafsirkan kebenaran ini sebagai kekeliruan. Bagi mereka adalah kekecewaan, bagaimanapun, kebenaran ini akan menyelubungi mereka semua dengan cara yang tidak dijangka, disebabkan diri mereka sendiri yang tertipu. Semua keburukan yang mereka lakukan kekal di dalam pandangan Tuhan dan di hari pengadilan kelak, mereka akan menghadapinya secara berhadapan. Setiap kali mereka cuba menafikannya, gambar yang berhubung dengan kesalahan mereka akan ditunjukkan kepada mereka. Ketika inilah mereka akan menyedari bahawa pengetahuan Tuhan melingkungi mereka. Tuhan menerangkan keadaan orang kufur ini sebagai berikut;

Allah akan membalas olok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka. (Surah Al-Baqarah;15)

Tanpa sebarang pengecualian, kekasaran yang dikenakan oleh orang kufur terhadap Nabi Muhamad dahulu, kejahatan yang dilakukan oleh golongan seperti ini di zaman Nabi Nuh dan Ibrahim semuanya tersimpan di sisi Tuhan. Saat Nabi Yusuf dilontar ke dalam perigi oleh saudaranya atau bangsa Israel yang mengkhianati Nabi Musa kesemuanya tanpa sebarang pengecualian wujud di pandangan Tuhan. Setiap sesuatu, yang sudah tentu tidak pernah disaksikan oleh seseorang sebelum ini, terpelihara dalam bentuknya yang asli. Hal ini dinyatakan di dalam ayat berikut;

Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan adalah Allah maha meliputi (ilmuNya) terhadap apa yang mereka kerjakan. (Surah An-Nisa;108)

Hal yang sama juga benar bagi orang yang kufur yang hidup ketika ini. Mereka yakin bahawa konspirasi yang mereka aturkan terhadap orang mukmin atau kegiatan keagamaan mereka tersembunyi dan tidak akan menemuinya di hari kemudian. Bahkan, sekecil mana perbuatan keji mereka sekalipun, dan semua fitnah yang mereka buat terhadap orang mukmim semuanya tersimpan di sisi Tuhan. Kenyataan bahawa peristiwa ini dikeluarkan dari memori mereka seharusnya tidak menipu mereka. Ianya suatu yang mungkin bahawa mereka sendiri telah melupakan fitnah yang mereka sebarkan tehadap orang mukmin beberapa tahun lalu. Akan tetapi, semua kejahatan ini tetap terpelihara di hadapan Tuhan. Dengan kehendak Allah semua kejadian ini boleh, pada bila-bila masa, muncul kembali di dalam memori mereka. Tetapi, lalai dari kebenaran ini dan 'kerana mereka adalah orang yang tidak mengerti' (Surah Al-Maidah;58), orang yang kafir ini tidak dapat memahami kebesaran Tuhan. Dan di hari kemudian kelak, mereka akan melihat hakikat dan akan menanggung azab dan sengsara.

Balasan Nabi Syu'ayb kepada sikap seperti ini kepada pemimpin kaumnya menarik perhatian kita kepada hal yang sama- bahawa mereka adalah orang yang tidak memahami;

Mereka berkata: "Hai Syu'aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami melihat benar-benar kamu seorang yang lemah di antara kami: kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejam kamu. Sedang kamupun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami". Syu'aib menjawab: "Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah, sedang Dia kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu?. Sesungguhnya Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan. (Surah Hud 91-92)

atlı manzara

Apabila Tuhan menciptakan hari kemudian, Dia akan mudah menghitung orang yang kafir. Apabila seseorang benar-benar memahami kebenaran yang dipersembahkan di dalam buku ini -bahawa setiap ketika berkaitan dengan setiap sesuatu diciptakan adalah terpelihara selama-lamanya- ia pasti akan tidak sukar untuk menggambarkan bahawa semua manusia akan diadili dengan segera, dalam suatu detik. Bahkan, ianya perlu bahawa seseorang tidak seharusnya memikirkan saat ini masih jauh, kerana saat ini sebenarnya adalah sekarang. Dalam perkataan lain, semua manusia sedang diberikan perhitungan kejahatan mereka yang dilakukan di dunia ketika ini. Orang kafir membayangkan bahawa apa yang mereka lakukan tidak akan dilihat atau didengar, atau pastinya akan dilupakan. Akan tetapi, di hari kemudian mereka akan berada dalam kekecewaan yang besar.

Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan. Dan yang demikian itu adalah prasangkamu dan yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu. Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya. (Surah Fussilat; 22-23)

 

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan
  • Rahsia di Sebalik Materi (1/2)
  • Rahsia di Sebalik Materi (2/2)
  • Masa-Sifar dan Hakikat Takdir
  • Keabadian Baru Bermula
  • Semua Peristiwa Sedang Terjadi di Saat Ini!
  • Konklusi