logo
HARUN YAHYA

Rahsia di Sebalik Materi (2/2)

Siapa Penerima?

atom ve nöron

The brain is a collection of cells made up of protein and fat molecules. It is formed of nerve cells called neurons (above right). It is certainly not neurons that constitute consciousness. When we examine the structure of neurons, we see atoms. (above left) Unquestionably, it is impossible for unconscious atoms to produce consciousness. There is no power in this piece of meat to observe images, to constitute consciousness, or to create the being we call "myself".

Seperti yang telah kita lihat setakat ini, tidak dapat diragui kenyataan bahawa dunia yang kita sangkakan kita mendiaminya dan yang kita menggelarnya 'dunia luar' telah dicipta di dalam otak kita. Tetapi di sini timbul beberapa persoalan penting; adakah kuasa yang melihat semua persepsi ini adalah otak sendiri?

Apabila kita menganalisis otak, kita mendapati bahawa ia hanya mengandungi molekul-molekul lipid dan protein sahaja, yang juga wujud dalam organisma lain. Seperti yang jelas diketahui, asas bagi semua protein ini adalah atom. Ini bererti, di dalam secebis daging yang kita gelar 'otak', tidak ada sebarang benda untuk melihat imej, untuk membentuk kesedaran, atau untuk menjadikan kewujudan yang kita panggil "diri sendiri".

R.L Gregory merujuk kepada kesilapan umum manusia berkaitan persepsi-persepsi imej yang terdapat di dalam otak:

Terdapat satu pandangan yang perlu dijauhi iaitu dengan mengatakan bahawa mata menghasilkan gambaran di dalam otak. Sebuah gambar di dalam otak memerlukan semacam mata dalaman untuk melihatnya -tetapi ini memerlukan satu mata tambahan lain pula untuk melihat gambarnya.... dan demikianlah berterusan kemunduran mata dan gambar. Ini semua adalah mustahil. 16

new scientist kapağı

The following question appears on the cover of the American science magazine New Scientist, which dealt with the fact that we experience the material universe only as it appears in our minds, in its 30 January 1999 issue: "Beyond Reality: Is the Universe Really a Frolic of Primal Information and Matter Just a Mirage?"

Keadaan inilah yang meletakkan para materialis yang tidak menerima perkara lain melainkan kebendaan sebagai benar, di dalam kebingungan. Kepunyaan siapakah 'mata dalaman' yang melihat, yang menerima apa yang ia lihat dan bertindak balas?

Karl Pribram juga menumpukan kepada persoalan penting ini di dalam dunia sains dan falsafah tentang siapakah yang menerima;

Ahli falsafah sejak zaman Greek telah memikirkan tentang 'hantu di dalam mesin', 'manusia kecil di dalam manusia kecil' dan sebagainya. Di manakah 'saya', orang yang menggunakan otaknya?. Siapakah yang merealisasikan perbuatan mengetahui?. Seperti yang dinyatakan oleh St Francis dari Assisi, 'kita mengkaji apa yang kita lihat".17

Sekarang fikirkan; buku di tangan kamu, bilik di mana kamu berada, ringkasnya semua imej di hadapan kamu dilihat di dalam otak kamu. Apakah atom-atom yang melihat imej-imej ini? Atom-atom yang buta, tuli dan mati?. Mengapa sebahagian atom memperolehi kualiti-kualiti ini sementara yang lain tidak? Apakah perbuatan kita berfikir, memahami, mengingati, gembira, sedih dan sebagainya mengandungi reaksi-reaksi elektrokimia di antara atom-atom ini?. Tidak, otak tidak mampu untuk menjadi kuasa yang melaksanakan semua kerja-kerja ini.

Dalam bab yang telah lalu, kita telah menunjukkan bahawa tubuh badan kita juga temasuk dalam himpunan persepsi yang kita panggil 'dunia luar'. Dengan itu, disebabkan otak kita juga adalah sebahagian dari tubuh badan kita, ia juga adalah sebuah bahagian dari himpunan persepsi. Oleh kerana otak sendiri adalah sebahagian persepsi, maka ia bukanlah kuasa yang merasakan persepsi yang lain.

Dalam bukunya, ABC of Relativity, Bertrand Russell memfokuskan pandangan ke dalam subjek ini sebagai berikut;

Sudah tentu, sekiranya materi secara umumnya ditafsirkan sebagai satu kumpulan peristiwa-peristiwa, ia juga mesti meliputi mata, saraf optik dan otak.18

Ianya jelas bahawa zat yang melihat, mendengar, mengesan dan merasa adalah suatu zat yang melebihi material, yang tidak dapat difikirkan oleh materi, merasa, gembira atau tidak, adalah suatu yang tidak mungkin untuk dilakukan oleh sekadar tubuh badan. Dengan itu, zat ini bukanlah materi, bukan juga imej, tetapi ianya adalah 'nyawa'. Zat ini berhubung dengan 'skrin' di hadapannya dengan menggunakan imej badan kita.

Satu contoh mengenai mimpi akan menjelaskan subjek ini. Cuba bayangkan (selaras dengan apa yang telah disebutkan sejauh ini) bahawa kita melihat mimpi di dalam otak kita. Sewaktu bermimpi, kita akan mempunyai sebuah badan bayangan, tangan bayangan, mata bayangan, dan otak bayangan, sekiranya sewaktu kita bermimpi, kita ditanya, "di mana kamu melihat? Kita akan menjawap, 'saya melihat di dalam otak' sekiranya kita ditanya di mana otak kita dan bagaimana rupa otak itu, kita akan mendongak kepala bayangan kita di atas badan bayangan dengan tangan bayangan kita dan berkata, 'otak saya adalah seketul daging di dalam kepala saya dengan anggaran beratnya lebih dari sekilo'.

Tetapi, sebenarnya di sana tidak ada otak yang ingin diperkatakan, tetapi hanyalah kepala bayangan dan otak bayangan. Orang yang melihat imej-imej bukanlah otak bayangan di dalam mimpi, tetapi satu 'zat' yang lebih 'tinggi' darinya.

Kita tahu bahawa di sana tidak ada kejelasan fizikal di antara keadaan sebuah mimpi dan keadaaan apa yang kita panggil kehidupan sebenar. Jadi, apabila kita ditanya berkenaan keadaan di dalam apa yang kita panggil kehidupan sebenar soalan di atas; di mana kamu melihat? Ianya suatu yang tidak berfaedah dengan menjawab 'di dalam otak' seperti mana dalam contoh di atas. Dalam kedua-dua keadaan, entiti yang melihat dan merasa bukanlah otak yang hanya merupakan sebungkus daging. Menyedari fakta ini, Bergson berkata dalam bukunya, Matter and Memory, ringkasannya bahawa "dunia terbina dari imej-imej, imej ini hanya wujud dalam kesedaran kita; dan otak adalah satu dari imej ini". 19

Oleh yang demikian, oleh kerana otak adalah sebahagian dunia luar, di sana ada kuasa yang menerima semua imej-imej ini. Zat ini adalah "roh".

Longgokan-longgokan persepsi yang kita panggil 'material dunia' hanyalah sekadar sebuah mimpi yang dilihat oleh roh ini. Seperti mana tubuh badan yang kita miliki dan dunia material yang kita lihat di dalam mimpi kita tidak mempunyai sebarang realiti, alam semesta yang kita tinggal dan jasad yang kita miliki juga tidak mempunyai sebarang realiti material. Ahli falsafah Britain terkemuka David Hume meluahkan pandangannya berhubung fakta ini;

Bagi saya, apabila saya memasuki hubungan ke dalam apa yang saya panggil diri saya, saya selalu tersandung berhadapan beberapa persepsi khusus atau yang lain, mengenai panas dan sejuk, cahaya atau gelap, sayang atau benci, sakit atau seronok. Saya tidak akan selamanya dapat menangkap diri saya tanpa sebarang persepsi, dan tidak selamanya akan melihat sebarang benda kecuali persepsi. 20

Zat yang realiti adalah roh. Materi hanya mengandungi sekadar persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh. Zat yang sedar yang menulis dan membaca garis-garis ini bukanlah longgokan atom dan molekul dan reaksi kimia antaranya, tetapi adalah sebuah 'roh'.

Zat Mutlak Yang Sebenar

Semua fakta-fakta ini telah membawa kita untuk berhadapan dengan sebuah persoalan yang amat penting. Sekiranya semua benda yang kita ketahui sebagai dunia material terdiri daripada persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh kita, oleh itu apakah sumber persepsi-persepsi ini?

Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut, kita perlu mengambil kira fakta berikut: benda tidak mempunyai sebuah kawalan-kewujudan-sendiri oleh dirinya sendiri. Memandangkan benda ini adalah satu persepsi, oleh itu ia adalah sesuatu yang 'tiruan'. Iaitu, persepsi-persepsi ini tentunya telah disebabkan oleh kuasa lain, dengan kata lain ia pasti telah dicipta. Tambahan pula penciptaan ini berterusan. Sekiranya tidak ada penciptaan yang berterusan dan konsisten, maka apa yang kita gelar kebendaan ini akan hilang dan lenyap. Ia seperti sebuah televisyen yang gambarnya terus dimainkan selagi isyaratnya terus dipancarkan. Jadi, siapakah yang membuatkan roh kita melihat bintang-bintang, bumi, tumbuh-tumbuhan, manusia, tubuh kita dan semua yang kita lihat?

Ini membuktikan dengan jelas kewujudan seorang Pencipta yang Agung, yang telah menjadikan seluruh alam material. Iaitu, sejumlah persepsi-persepsi, dan yang meneruskan penciptaanNya tanpa henti, memandangkan Pencipta ini menunjukkan satu penciptaan yang menakjubkan, tentunya Dia mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang maha hebat.

Dia telah menurunkan sebuah kitab dan melalui kitab ini Dia telah menceritakan DiriNya, alam semesta ini dan tujuan kewujudan kita.

Pencipta ini ialah Allah s.w.t, dan kitab ini ialah Al-Qur'an.

Kenyataan bahawa langit dan bumi, iaitu alam semesta ini adalah tidak stabil, bahawa kehadiran mereka ini adalah kerana penciptaan Allah dan mereka akan hilang apabila Dia menghentikan penciptaanNya, segalanya telah dijelaskan di dalam ayat berikut:

Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya keduanya jangan tergelincir. dan jika keduanya (ditakdirkan) tergelincir maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Dia maha penyabar lagi maha pengampun. (Surah Fatir: 41)

Seperti yang telah kami sebutkan sejak awal lagi, sebahagian manusia tidak mempunyai pemahaman yang tepat tentang Allah dan mereka membayangkan seolah-olah Allah itu berada di atas langit dan tidak campur tangan di dalam urusan-urusan keduniaan. Asas anggapan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa alam semesta ini adalah sebuah himpunan kebendaan dan Allah berada 'di luar' daripada dunia material ini dan berada di sebuah tempat yang jauh.

Di dalam beberapa agama yang menyeleweng, kepercayaan terhadap Allah adalah terhad kepada pemahaman ini. Bagaimanapun, seperti yang telah kita bincangkan setakat ini, kebendaan (ataupun mataerial) hanya terdiri daripada sensasi-sensasi, dan satu-satunya kewujudan yang sebenar ialah Allah s.w.t. Ini bererti hanya Allah sahaja yang wujud, segalanya kecuali Dia adalah kewujudan bayangan. Oleh itu, adalah mustahil untuk membayangkan Allah sebagai satu kewujudan yang keseluruhannya berbeza daripada jisim kebendaan. Semestinya Allah berada 'di mana-mana' dan melingkungi semua. Realiti ini telah dijelaskan di dalam Al-Qur'an seperti berikut;

Allah tiada Tuhan melainkan Dia yang tetap hidup yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya) yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka. Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah yang maha tinggi. Lagi maha besar. (Surah AL-Baqarah;255)

Kenyataan bahawa Allah tidak tersekat dengan ruang dan bahawa Dia merangkumi segala-galanya telah dinyatakan di dalam sebuah ayat lain seperti berikut;

Dan Allah jualah yang memililki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah maha luas (rahmatnya dan limpah kurnianya), lagi sentiasa mengetahui. (Surah al-Baqarah; 115)

Memandangkan kewujudan kebendaan hanyalah sebuah persepsi, maka mereka tidak dapat melihat Allah; tetapi Allah dapat melihat benda yang telah dijadikannya di dalam apa jua bentuk. Di dalam Al-Qur'an, fakta ini telah dijelaskan seperti berikut;

Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah yang maha halus (melayan hamban-hambanya dengan belas kasihan) lagi maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-An'aam;103)

Oleh itu, kita tidak dapat menerima kewujudan Allah dengan mata kita tetapi Allah meliputi dalaman kita, luaran, penglihatan dan pemikiran, kita tidak dapat melafazkan sepatah perkataan tanpa pengetahuanNya, begitu juga apabila kita menarik nafas.

Apabila kita menyaksikan persepsi-persepsi deria di dalam kehidupan kita, kewujudan yang paling hampir dengan kita bukannya deria-deria ini, tetapi ialah Allah s.w.t. Rahsia ayat berikutnya di dalam Al-Qur'an menerangkan realiti ini;

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; (Surah al-Qaff;16) Apabila seseorang menyangka bahawa tubuh badannya diperbuat daripada 'benda', dia tidak dapat memahami hakikat penting ini. Sekiranya dia mengambil otaknya sebagai 'dirinya', maka kawasan luar yang dianggarkannya adalah 20-30 cm daripada dirinya. Tetapi apabila dia menerima bahawa tiada suatu apa pun pada kebendaan, dan semuanya adalah khayalan, konsep luar, dalam, atau dekat telah kehilangan maknanya. Allah telah melingkunginya dan Dia 'sangat hampr' kepadanya.

Allah memaklumkan kepada manusia bahawa Dia 'sangat hampir' kepada mereka di dalam ayatnya berikut; Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka); sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). (Surah al-Baqarah;186). Ayat lain juga menerangkan fakta yang sama seperti berikut; Dan ingatlah ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmu-ilmunya dan kekuasaanNya). (Surah Al-Isra;60)

Manusia tersalah apabila menyangkakan bahawa kewujudan yang paling hampir dengannya ialah dirinya. Sebenarnya, Allah lebih hampir kepada kita lebih daripada diri kita sendiri. Allah menjelaskan fakta ini di dalam ayatNya; Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya. Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat. (Surah Al-Waqiah.83-85) kebiasaannya, seseorang yang mati di tempat tidurnya, atau terbaring sakit memikirkan, yang merupakan suatu kesilapan yang besar, bahawa di saat itu, orang yang paling dekat dengannya ialah doktor di tepinya, atau di dalam pangkuan ibunya, atau dalam pelukan kekasihnya. Akan tetapi, seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, Tuhan adalah yang paling hampir kepadanya daripada siapa pun jua. Tetapi manusia sering lalai terhadap fakta ini, kerana mereka tidak dapat melihatNya dengan mata mereka.

Satu-satunya kesimpulan yang boleh disimpulkan dari apa yang dibincangkan di sini ialah bahawa satu-satunya zat yang realiti dan mutlak ialah Tuhan. Dengan sifat maha mengetahuiNya, Tuhan menguasai manusia, yang merupakan zat bayangan, seperti mana yang lain; Sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Allah, yang tidak ada Tuhan selain Dia, pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. (Surah Ta ha;98) dalam sepotong ayat Al-Qur'an lain, Tuhan memberi ingatan kepada manusia mengenai sikap tidak mengambil peduli;

Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah, bahawa sesungguhnya Dia maha meliputi segala sesuatu. (Surah al-fusilat; 54)

Adalah mustahil bagi manusia, yang tidak lebih dari kewujudan bayangan untuk mempunyai kekuasan atau kehendak yang lebih dari Allah. Sepotong ayat lain yang menunjukkan bahawa setiap sesuatu yang kita alami berlaku di bawah kekuasaan Tuhan. Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu. (Surah as-Saaffat; 96). di dalam Al-Qur'an hakikat ini dinyatakan di dalam banyak hal dan dengan ayat, 'dan bukanlah kamu yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar'. Surah al-Anfal:17, ianya menjelaskan bahawa tidak ada perbuatan yang bebas daripada Allah. Disebabkan manusia hanyalah kewujudan bayangan, maka bukanlah diri manusia itu sendiri yang melakukan perbuatan melempar itu tetapi Allah, Tuhan yang memberikan bayangan ini perasaan untuk merasa sendiri. Hakikatnya, Tuhanlah yang menjalankan semua perbuatan. Sekiranya seseorang merasakan perbuatan yang dilakukannya berpunca darinya, memikirkan dirinya sendiri yang melakukan apa yang dilakukannya, bahkan, merasakan bahawa dia sendiri adalah zat yang dengan kekuasaan yang bebas dan meletakkan kepercayaan kepada kuasanya, dia sebenarnya telah menipu dirinya sendiri. Apa yang sebenarnya ialah manusia adalah zat yang keseluruhannya di bawah kekuasan Tuhan.

Ini adalah hakikatnya. Seseorang mungkin tidak mahu menerimanya dan mungkin merasakan bahawa dirinya tidak bergantung kepada Tuhan; tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa. Dan sudah tentu penafian yang bodoh ini adalah di dalam kehendak dan iradat Allah. Di dalam Al-Qur'an, hal ini dinyatakan berikut;

Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah tempat menyerah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka atau pun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan (Surah Ali Imran; 83).

Tuhan, Maha Mengetahui

Sifat Tuhan, al-Muhit bermaksud 'Dia lah yang melingkungi segalanya'. Oleh kerana Tuhanlah yang merangkumi segalanya, maka Dialah satu-satunya yang mengetahui segala sesuatu yang dialami oleh manusia. Tuhan menciptakan setiap jenis perasan seperti sakit, kegusaran, kasih, senang, sedih dan kegembiraan dan dengan itu Tuhan mengetahui semua itu dengan baik. Kerana Dia mengetahui, Dia mencipta dan menjadikan hambaNya merasakan semua itu sebagaimana yang Dia kehendaki. Satu hal yang ingin dijelaskan di sini;Tuhan adalah bebas dari kesakitan-kesakitan ini dan dari sebarang sifat kekurangan. Satu lagi sifat Tuhan di dalam Al-Qur'an ialah al-Quddus, yang bermaksud 'Dia tidak dicacatkan oleh sebarang kesilapan dan kelalaian dan Dia bebas dari sebarang ketidaksempurnaan atau sebarang kecacatan'. Semua kekurangan adalah milik manusia.

Satu dari sifat Tuhan yang disebutkan di dalam Al-Qur'an ialah al-Muta'ali yang bermaksud 'Dia adalah lebih tinggi dari sebarang kelakuan, cara atau keadaan, dan dari sebarang anggapan yang pernah ada'. Ini bererti Tuhan melingkungi segalanya di mana-mana dan mengetahui akikat segalanya. Ini adalah sifat 'mengetahui' yang benar-benar sempurna. Untuk mengagungkan kebesaran dan kebijaksanaan Tuhan, seorang itu perlu memiliki pemahaman yang baik tentang subjek ini. Kenyataan bahawa Tuhan mengetahui rasa sakit, gusar dan setiap perasaan yang kita alami membuatkan kita sekali lagi memahami kenyataan bahawa Tuhan adalah lebih hampir kepada kita dari urat leher sendiri. Tuhan melihat manusia di mana-mana. Sekalipun di tempat perlindungan bersendirian, tersembunyi, tempat rahsia, di mana tiada orang yang melihatnya, bahkan ketika dia memikirkan bahawa dia sedang melakukan suatu yang rahsia, Tuhan tetap melihatnya.

Dalam Al-Qur'an, dinyatakan bahawa Tuhan adalah maha mengetahui.

"Tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib?. (Surah at-Taubah; 78)

Tuhan mendengar semua perkataan; sekalipun sewaktu seseorang itu memikirkan bahawa dia berbisik secara rahsia di balik pintu yang terhalang, dan dinding yang kukuh, Tuhan pasti akan mendengarnya. Tuhan mengetahui apa yang ada di dalam hatinya, apa yang disembunyikan dari pengetahun orang lain, demikian juga setiap yang di bawah dari sedarnya, yang dirinya sendiri tidak mengetahui. Dalam Al-Qur'an, hal ini dinyatakan;

Jika engkau keraskan perkataan, sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. (Surah Ta Ha; 7).

Setiap Yang Kamu Miliki Pada Asasnya Adalah Ilusi

Telah menjadi suatu fakta saintifik dan logik bahawa 'dunia luaran' tidak mempunyai realiti material dan ia hanyalah suatu himpunan imej-imej yang Tuhan perlihatkan kepada roh kita. Namun begitu, manusia tidak termasuk atau tidak mahu masuk termasuk di dalam konsep 'dunia luar'.

Fikirkan isu ini dengan ikhlas dan berani. Kamu akan menyedari bahawa rumah kamu, perabot, kereta- yang mungkin baru dibeli- pejabat, barang kemas, akaun bank, almari pakaian, pasangan hidup, anak-anak, sahabat handai dan segala yang kamu miliki sebenarnya termasuk di dalam khayalan dunia luaran ini yang ditayangkan kepada kamu. Apa yang kamu lihat, dengar, dan bau yang kamu terima dengan pancaindera yang lima di sekeliling adalah sebahagian daripada 'dunia khayalan' ini; suara penyanyi pujaan kamu, kekerasan kerusi yang kamu duduk sekarang, minyak wangi yang kamu gemari, matahari yang memanaskan kamu, sekuntum bunga dengan warna yang menarik, seekor burung yang terbang di hadapan tingkap kamu, sebuah bot laju yang bergerak lincah di atas air, kebun yang subur, komputer yang kamu gunakan di tempat kerja, atau hi fi yang mempunyai teknologi yang tercanggih di dunia...

Ini adalah hakikatnya, kerana dunia hanyalah sebuah himpunan imej-imej yang dihadkan untuk menguji manusia. Manusia diuji melalui kehidupannya yang terhad dengan persepsi-persepsi yang tidak benar. Persepsi-persepsi ini telah dijadikan menarik dan menawan, kenyataan ini telah disebutkan di dalam Al-Qur'an;

Dihiaskan kepada manusia, mencintai syahwat (keinginan nafsu), seperti perempuan-perempuan, anak-anak dan harta benda yang banyak, dari emas, perak, kuda yang gagah, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman. Demikian itulah kenikmatan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaiknya. (Surah Ali Imran; 14)

Kebanyakan manusia mengesampingkan agama mereka ke tepi demi tarikan harta benda, kekayaan, longgokan emas dan perak, wang ringgit, barang kemas, akaun bank, kad kredit, almari yang penuh dengan pakaian, model kereta terkini, ringkasnya, segala bentuk kemewahan yang mereka miliki atau berusaha untuk memilikinya dan mereka hanya menumpukan dunia ini dan mengabaikan Hari Kemudian. Mereka telah tertipu dengan 'kecantikan dan keindahan' wajah kehidupan dunia ini, sehingga gagal untuk menunaikan sembahyang, menderma kepada orang miskin, atau mengerjakan kebaikan yang boleh menambahkan amal baik mereka di hari kemudian nanti. Sebaliknya mereka menjawab dengan berkata 'saya ada kerja lain yang perlu dibuat', 'saya ada cadangan', 'saya ada tanggungjawab', 'saya tidak mempunyai masa yang cukup', 'saya ada perkara yang perlu diselesaikan', 'saya akan melakukannya kemudian'. Mereka meluangkan seluruh hidup mereka untuk maju di dunia ini sahaja. Dalam ayat surah Rum;7 mereka hanya mengetahui yang zahir (sahaja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai,.kesilapan memahami hal ini diterangkan.

Fakta yang kami terangkan di dalam bab ini, terutamanya kebenaran bahawa segalanya adalah imej, adalah amat penting kerana implikasinya yang menjadikan semua keghairahan dan sempadan tidak bererti. Pengesahan terhadap hakikat ini menunjukkan dengan jelas bahawa segala yang manusia miliki atau berusaha untuk memilikinya, seperti kekayaan yang diperolehi dengan ketamakan, anak-anak mereka yang mereka merasa megah dengannya, pasangan hidup mereka yang mereka anggap sebagai insan yang paling rapat dengan mereka, rakan-rakan, tubuh-tubuh mereka yang disayangi, kedudukan mereka yang meletakkan mereka di tempat yang tinggi, sekolah-sekolah yang mereka masuki, percutian-percutian yang telah mereka lalui, semuanya tidak lebih daripada sekadar ilusi. Oleh itu, segala usaha yang dilakukan, waktu yang telah dihabiskan, dan perasan tamak terbukti sebagai tidak berguna.

Ini adalah sebab mengapa sebahagian manusia memperbodohkan diri mereka sendiri apabila mereka bermegah dengan kekayaan dan harta mereka atau dengan 'kapal layar, helikopter, kilang-kilang, saham-saham, rumah mewah dan tanah' seolah-olah mereka benar-benar wujud. Mereka yang terdiri daripada golongan berada yang berjalan mundar-mandir di atas kapal layar mereka dengan megah, menayang-nayangkan kereta mereka, bercakap tentang kekekayaan mereka, merasakan bahawa mereka memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari orang lain, cuba untuk memberikan pandangan yangmenarik kepada diri mereka sendiri melalui pakaian yang mereka pakai, membina keseluruhan hidup mereka kepada keghairahan dan persaingan seperti ini, dan merasakan bahawa mereka telah berjaya kerana semua ini, sepatutnya memikirkan di manakah kedudukan mereka apabila mereka menyedari bahawa kejayaan mereka tidak lebih daripada sebuah ilusi sahaja.

Pemandangan seperti ini telah dilihat berkali-kali di dalam mimpi. Di dalam mimpi mereka, mereka juga mempunyai rumah, kereta laju, barang kemas yang melimpah ruah, wang yang bergulung-gulung, dan emas perak yang menggunung. Di dalam mimpi mereka, mereka juga berada di satu kedudukan yang tinggi, memiliki kilang-kilang dengan beribu-ribu pekerja, mempunyai kuasa untuk memerintah ramai orang, memakai pakaian yang meenyebabkan orang lain tertarik kepadanya. Akan tetapi, sebagaimana seseorang itu dianggap mengarut kerana bermegah dengan kemewahan di dalam mimpinya, begitu juga mereka yang merasa gah dengan imej-imej yang mereka lihat di dunia ini. Lagi pun, apa yang dilihat di dalam dunia ini hanyalah imej-imej di dalam mindanya. Sudah tentu, fakta ini seharusnya difikirkan sedalamnya. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat berikut, orang-orang yang menyedari kebenaran ini akan pasti mendapat kejayaan;

Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti yang terang, maka barangsiapa yang mahu melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri, dan barangsiapa yang buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratanlah kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemeliharamu. (Surah Al-An'aam:104)

Begitu juga halnya, manusia ketika bertindak balas dengan peristiwa-peristiwa yang mereka alami di dunia ini hanya akan menyebabkan mereka merasa malu apabila mengetahui hakikat sebenar. Mereka yang sering bergaduh sesama sendiri, mereka yang bercakap sombong, mereka yang sering menipu, mereka yang menerima rasuah, mereka yang melakukan kesalahan kepada manusia, mereka yang memukul dan memaki hamun orang lain, serangan yang mendera, mereka yang terlalu ghairah dengan jawatan dan kedudukan, mereka yang sering iri hati, mereka yang suka menunjuk-nunjuk, mereka yang memuliakan diri sendiri dan yang sebagainya akan menyesal apabila mereka menyedari bahawa mereka telah melakukan ini semua di dalam mimpi.

Disebabkan Allah yang menjadikan semua imej-imej ini, maka Allah jugalah pemilik Tunggal semuanya ini. Kenyataan ini ditegaskan di dalam Al-Qur'an:

Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan adalah Allah maha meliputi segala sesuatu. (Surah an-Nisa;126)

Adalah suatu kebodohan yang amat besar untuk mengetepikan agama demi mengejar keghairahan khayalan sehingga menyebabkan kehilangan kehidupan yang lebih berkah di syurga. Bahkan, ianya pasti akan mengundang kecelakaan untuk selama-lamanya. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang mereka kerjakan ( ketika di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka usahakan (Surah Hud; 16)

Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, keghairahan dan ketamakan akan terbukti sebagai kesalahan dan batal, dan kebendaan yang mereka fikirkan mereka miliki akan hilang apabila menghadapi fakta ini; semuanya itu tidak akan berguna dan tidak mempunyai sebarang nilai.

Di ketika ini, satu fakta perlu ditegaskan, bukanlah yang dimaksudkan di sini bahawa kenyataan yang kamu hadapi menunjukkan bahawa 'segala pemilikan, harta, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan yang lambat laun akan hilang, dan semuanya ini' tidak sama sekali bererti. Tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah 'segala harta yang kamu lihat sebenarnya tidak wujud sama sekali, tetapi ia hanyalah sekadar sebuah mimpi dan himpunan imej-imej yang ditunjukkan kepada kamu oleh Allah untuk menguji kamu'. Seperti yang dapat kamu saksikan, di sana terdapat perbezaan yang besar di antara kedua-dua kenyataan ini. Sekiranya kenyataan yang pertama diterima sebagai ukuran nilai, seseorang itu akan dikelirukan kepada memikirkan bahawa semua benda ini, manusia, hubungan dan status duniawi sebenarnya wujud, untuk suatu masa sementara, dan dia akan terus berusaha dengan tamak haloba untuk memiliki semuanya itu. Tetapi sekiranya diberikan kenyataan yang kedua, menunjukkan keadaan sebenar semua urusan, iaitu setiap sesuatu itu adalah bersifat ilusi, dan seseorang yang mempamerkan sifat tamak untuk tujuan ini pasti akan terhina dan sengsara kehilangan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Sekalipun seseorang itu tidak mahu mengambil kisah dengan fakta ini dan menipu dirinya dengan menganggap semua yang dimilikinya benar-benar wujud, tetapi di akhirnya ia akan mati dan di hari kemudian dia akan menyedari dengan sejelas-jelasnya bahawa dia sebenarnya telah diciptakan. Pada hari tersebut, 'lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam'. Surah Qaf;22, dan dia akan dapat melihat segala-galanya dengan lebih jelas. Tetapi sekiranya dia menghabiskan seluruh hidupnya mengejar matlamat-matlamat khayalan, maka dia akan berharap untuk tidak meninggalkan kehidupannya dan berkata;wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segalanya, hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku, telah hilang kekuasaanku daripadaku. Surah Al-Haqqah; 27-29.

Di satu sudut lain, apa yang harus dilakukan oleh orang yang bijak ialah cuba memahami hakikat alam semesta di dunia ini, sementara dia masih mempunyai peluang. Sekiranya tidak, dia hanya akan menghabiskan seluruh hidupnya mengejar mimpi-mimpi dan akhirnya berhadapan dengan penamat yang mengecewakan. Di dalam Al-Qur'an keadaan orang-orang yang mengejar ilusi-ilusi (fatamorgana) di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka telah dijelaskan seperti berikut;

Dan orang-orang yang kafir amalan mereka adalah umpama fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatkan sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amalannya dengan cukup dan Allah adalah amat tepat perhitunganNya (surah an-Nur; 39).

Mengapa Mereka Gagal Untuk Memahami?

maddenin gerçeği

If one ponders deeply on all that is said here, one will soon realize this amazing, extraordinary situation by oneself: that we can never have direct contact with the "external world" …

Subjek yang telah kami terangkan di sini setakat ini merupakan di antara kebenaran terhebat yang tidak mungkin akan diberitahu kepada kamu sepanjang hidup kamu. Dengan membuktikan bahawa seluruh dunia material sebenarnya adalah sebuah 'kewujudan khayalan', subjek ini merupakan kunci untuk memahami kewujudan dan ciptaan Allah dan untuk memahami bahawa hanya Dialah satu-satunya yang wujud.

Orang yang memahami subjek ini pasti akan menyedari bahawa dunia ini bukanlah tempat seperti yang dianggap oleh kebanyakan orang. Dunia ini bukan tempat mutlak dengan kewujudan yang sebenar seperti yang disangkakan oleh mereka yang merayau-rayau tanpa tujuan di jalanan, yang terlibat di dalam pergaduhan di pub-pub, mereka yang menunjuk-nunjuk di cafe mewah, yang bermegah dengan harta benda, atau yang memperuntukkan hidup mereka untuk tujuan yang kosong, dunia ini adalah sebuah himpunan persepsi, sebuah ilusi. Segalanya yang telah kami sebutkan di atas hanyalah kewujudan bayangan yang melihat persepsi-persepsi ini di dalam minda mereka; tetapi mereka sama sekali tidak menyedarinya.

Kebenaran yang telah diterangkan di sini adalah sangat berasas sama seperti hukum fizik atau pun formula kimia. Apabila dirasakan perlu, manusia boleh menyelesaikan sekalipun masalah matematik yang paling rumit, dan memahami subjek lain yang kelihatan amat sukar untuk difahami. Akan tetapi apabila orang yang sama diberitahu bahawa materi hanyalah sekadar suatu imej yang terbentuk di otak, mereka pula enggan untuk mengakui hal ini. Ini adalah satu contoh kes yang 'amat' tidak bijak. Dengan memahami subjek dengan persoalan semudah persoalan 'dua tambah dua?' atau 'berapa umur kamu?' atau semudah seperti seorang yang meminum segelas air yang menemui jawapannya; 'air apa yang kamu minum?', kerana semua fakta-fakta ini telah dibuktikan dengan jelas oleh dunia sains hari ini.

Di dalam bidang perubatan, sekiranya kamu menanyakan seorang pakar tentang bagaimana mata berfungsi, dia akan menerangkan kepada kamu subjek teknikal seperti yang telah kami terangkan di sini secara terperinci. Dia, bagaimanapun, tidak mengakui akan kebenaran terhadap bukti-bukti data teknikal ini; dia tidak akan mengakui bahawa 'ya, imej ini terbentuk di otak saya, maka ianya amat mustahil untuk saya memiliki idea tertentu terhadap apa yang berlaku di luar sana'; ataupun sekiranya kamu bertanya kepada orang itu, 'di mana bulan?' dia tidak akan berkata; 'bulan sebenarnya di dalam otak saya'. Dia tidak mengetahui tentang hal ini; kerana untuk menerima kebenaran ini atau untuk menyatakan secara terbuka akan menerangkan satu lagi fakta penting baginya. Disebabkan segalanya hanya sebuah ilusi yang terbentuk di otak dan dilihatkan kepadanya, maka di sana sudah pasti ada Pencipta yang melihatkan imej-imej ini kepadanya.

Ini adalah sebab mengapa seseorang yang telah meluangkan masa yang panjang di dalam pendidikan, dan dikenali umum kerana mempunyai ijazah terbaik dalam pengkhususuan di bidangnya, dari orang yang menjadi penasihat kepada pelbagai subjek, dan orang yang bercakap besar kerana kecerdikannya, tidak dapat memahami hakikat yang jelas seperti ini. Subjek ini mengingatkan orang seperti ini terhadap keagamaan, mengajaknya untuk mengiktiraf kewujudan Tuhan, keagunganNya yang tidak terbatas, dan bahawa Dialah satu-satunya pemilik segalanya. Atas sebab ini, syaitan mempengaruhi manusia untuk mengabaikan subjek ini. Seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an dengan merujuk kepada bangsa Saba. Syaitan telah menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan Allah, sehingga mereka tidak dapat petunjuk. Surah An-Naml;24, syaitan menjauhkan manusia dari kebenaran ini.

Orang yang terpengaruh dengan godaan syaitan akan gagal, dan tidak mampu untuk melihat kebenaran yang jelas terang di hadapan mereka. Keadaan meraka sama seperti orang yang mendakwa bahawa imej-imej yang ada di skrin tv 'benar-benar wujud', dan bahkan cuba untuk campurtangan dalam imej-imej ini. Ianya tidak jauh berbeza dari seorang yang memanjangkan tangannya mengambil pinggan berisi makanan di depan skrin tv, menganggapnya seolah benar. Ianya suatu bukti bahawa keadaan orang ini yang cuba untuk lari dari hakikat kebenaran ini adalah 'kelalaian yang paling besar'. Sebenarnya, kelalaian ini berakar dari diri mereka sendiri, sebagai orang yang tidak beriman, dilenyapkan kewarasan oleh Tuhan. Dalam Al-Qur'an, dinyatakan bahawa orang yang tidak beriman mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu umpama binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-A'raf; 179).

Mesej di dalam ayat ini adalah satu mukjizat Al-Qur'an. Dalam Al-Qur'an, Tuhan menerangkan mengenai orang-orang yang berpendidikan, yang mampu memahami subjek-subjek teknikal, tetapi tidak dapat memahami kebenaran yang jelas mengenai hakikat semulajadi materi sedangkan ianya telah diterangkan kepada meraka dalam banyak hal. Satu lagi ayat mengenai subjek ini meramalkan takdir mereka;

Sesungguhnya orang-orang kafir sama sahaja bagi meeka, kamu beri peringatan atau tidak, mereka tidak juga akan beriman. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka di tutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. (Surah Al-Baqarah; 6-7)

Hari ini, Tuhan membenarkan segelintir manusia untuk memahami hal ini, akan tetapi, orang yang lari dari kebenaran hari ini mesti menyedari bahawa fakta saintifik ini akan, dalam masa beberapa tahun, mendapat penerimaan umum seantero dunia. Manusia pasti akan memahami bahawa mereka hidup dalam sebuah dunia khayalan yang dihadapkan kepada mereka seperti sebuah permainan. Pada masa yang telah Tuhan tetapkan, Dia akan membuka tabir penutup dari mata manusia dan melihatkan kepada mereka bahawa Dia adalah yang paling hampir kepada mereka, bahawa segalanya menyimpan ZatNya sebagai sebuah 'mimpi'. Manusia akan memahami dengan jelas fakta mengenai rahsia di sebalik materi, seperti mana fakta lain yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an.

 

Footnotes

17. Ken Wilber, Holographic Paradigm and Other Paradoxes, p.20

18. Bertrand Russell, ABCof Relativity, George Allen and Unwin, London, 1964, pp. 161-162

19. Henri Bergson, Matter and Memory, Zone Books, New York, 1991

20. David Hume, A Treatise of Human Nature, Book I, Section IV:Of Personal Identity

21. Imam Rabbani, Hz. Mektuplarý (Letters of Rabbani), Vol II, 357. Letter, p. 163

22. Imam Rabbani, Hz. Mektuplarý (Letters of Rabbani), Vol II, 470. Letter, p.1432

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan
  • Rahsia di Sebalik Materi (1/2)
  • Rahsia di Sebalik Materi (2/2)
  • Masa-Sifar dan Hakikat Takdir
  • Keabadian Baru Bermula
  • Semua Peristiwa Sedang Terjadi di Saat Ini!
  • Konklusi