Semua yang telah diterangkan di atas menunjukan bahawa sebuah ruang tiga dimensi sebenarnya tidak wujud, ia hanyalah sangkaan yang diinspirasikan oleh persepsi-persepsi dan manusia menjalani kehidupannya di dalam "ruang kosong". Untuk mendakwa sebaliknya adalah bertentangan dengan sebab musabab dan kebenaran sains, kerana tidak ada bukti kewujudan sebuah dunia material tiga dimensi yang sah.
Fakta ini telah membatalkan dakwaan asas falsafah materialis yang mendasari teori evolusi. Ia adalah dakwaan yang menyatakan bahawa kebendaan adalah mutlak dan abadi. Dakwaan kedua yang dipegang oleh falsafah materialis ini ialah bahawa masa adalah mutlak dan kekal. Ini juga merupakan kepercayaan karut sama seperti yang pertama juga.
Persepsi yang kita gelar masa sebenarnya adalah satu metode perbandingan satu ketika dengan satu ketika yang lain. Kita dapat menjelaskannya dengan satu contoh. Sebagai contoh, apabila seseorang mengetuk satu objek, dia akan mendengar bunyi tertentu. Apabila dia mengetuk objek yang sama lima minit kemudian dia akan mendengar bunyi yang kedua. Orang tersebut menerima bahawa terdapat jeda (jarak bunyi) di antara bunyi yang pertama dan bunyi yang kedua, dan dia menamakan situasi ini sebagai jarak masa, tetapi ketika dia mendengar bunyi yang kedua, bunyi pertama yang didengarnya adalah tidak lebih daripada sebuah imaginasi di dalam mindanya sahaja. Ia hanyalah satu bit maklumat di dalam memorinya. Orang tersebut merumuskan persepsi masa dengan membandingkan saat kini dan apa yang ada di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan ini tidak dilakukan, maka tidak ada apa yang dipanggil persepsi masa.
Biasanya, seseorang itu akan membuat perbandingan apabila melihat seseorang memasuki sebuah bilik melalui pintu dan duduk di atas kerusi sandar di tengah bilik. Pada waktu orang ini duduk di atas kerusi, imej yang berhubung dengan saat kelakuan ketika dia membuka pintu, berjalan ke dalam bilik, dan menuju ke arah kerusi tersebut, telah tersusun sebagai bit-bit maklumat di dalam otak. Persepsi masa terjadi apabila seseorang membandingkan lelaki yang duduk di atas kerusi dengan bit-bit maklumat yang dimilikinya.
Ringkasnya, masa terwujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai memori, maka otaknya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya berusia 30 tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya memorinya tidak wujud, maka dia tidak akan memikirkan tentang kewujudan satu jangka masa yang telah berlalu sebaliknya dia hanya akan mengalami satu keadaan "ketika" yang sedang dialaminya kini- yang merupakan satu hal yang sangat penting.
Mari kita jelaskan subjek ini dengan mengambil kira penjelasan para saintis dan golongan intelektual dalam subjek ini. Dengan menganggap bahawa masa berundur ke belakang, Francois Jacob, seorang intelektual terkenal dan profesor Kehormat Nobel di dalam bidang genetik, telah mengeluarkan kenyataan berikut di dalam bukunya Le Jeu des Possibles (The Possible and The Actual):
Filem yang dimainkan ke belakang, membolehkan kita membayangkan sebuah dunia yang masanya berundur ke belakang. Sebuah dunia di mana susu memisahkan dirinya daripada kopi dan melompat keluar daripada cawan untuk mendapatkan bekas susu: sebuah dunia di mana sinaran cahaya terpancar daripada dinding untuk dikutip di dalam sebuah perangkap (pusat graviti), sebagai ganti memancar keluar daripada sumber cahaya: sebuah dunia di mana seketul batu terjun ke tapak tangan seorang lelaki dengan kerjasama mengejut daripada titisan air membolehkan batu tersebut lompat keluar daripada air. Tetapi, di dalam sebuah dunia di mana masa mempunyai sifat-sifat terbalik, menyebabkan pemprosesan otak kita dan bagaimana memori mengumpul maklumat berfungsi secara songsang. Hal yang sama juga benar bagi masa lalu dan masa depan dan dunia akan muncul kepada kita seperti mana ia muncul kini.23
All events that seem to have taken place in the past, or which will take place in the future, or are taking place in the present, have actually already taken place and ended in the Sight of Allah, Who is not bound by time or place. In the same manner, eternity has also been experienced and ended in the Sight of Allah. Just like the concurrent existence of the shots in a reel of film. |
Memandangkan otak kita telah terbiasa dengan satu siri peristiwa tertentu, maka dunia ini tidak beroperasi sebagaimana yang dibayangkan di atas dan kita mendakwa masa berjalan ke hadapan. Tetapi, ini adalah sebuah keputusan yang dicapai di otak dan kerana itu ia bersifat relatif. Sekiranya bit maklumat dalam memori kita disusun seperti mana di dalam filem yang dimainkan ke belakang, bagi kita, aliran masa pasti akan menjadi seperti filem ini yang dimainkan ke belakang. Dalam situasi ini, kita akan merasakan yang lalu sebagai masa depan, dan masa depan sebagai masa lalu, dan kehidupan kita keseluruhannya bersifat songsang.
Sebenarnya, kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana masa berjalan atau sama ada ia bergerak atau tidak. Ini merupakan satu petunjuk bahawa masa bukan sebuah fakta mutlak tetapi hanya sejenis persepsi.
Relatif masa adalah satu fakta yang telah diakui oleh ahli fizik terpenting abad ke 20, Albert Einstein, Lincoln Barnett menulis di dalam bukunya The Universe and Dr Einstein:
Seperti juga ruang mutlak, Einstein menolak konsep masa yang mutlak sebagai suatu yang kukuh, masa sejagat yang tidak dapat di sekat bergerak, mengalir daripada masa silam yang luas kepada masa depan yang tidak terbatas. Kebanyakan kekaburan yang menyelubungi Teori Relativiti berpunca daripada kelemahan manusia untuk menyedari bahawa deria masa, seperti juga deria warna adalah sebuah bentuk persepsi. Seperti ruang yang merupakan susunan objek-objek material, maka masa pula adalah aturan peristiwa-peristiwa. Subjektiviti masa dapat dijelaskan dengan baik melalui perkataan Einstein sendiri. "pengalaman seorang individu", menurut Einstein, "muncul kepada kita di dalam satu siri peristiwa-peristiwa: di dalam siri-siri ini, sebuah peristiwa yang kita ingati muncul di dalam keadaan tersusun berdasarkan kepada sifat "awal" dan "kemudian". Oleh itu, ia wujud untuk individu, satu masa-I, atau masa yang subjektif. Ini tidak dapat diukur di dalam dirinya sendiri. Saya boleh menggabungkan nombor-nombor dengan peristiwa-peristiwa, di dalam satu cara yang melibatkan sejumlah nombor yang menggabungkan peristiwa yang terkemudian dengan peristiwa-peristiwa yang awal. 24
Einstein sendiri menyatakan, seperti yang dipetik daripada buku Barnett: "ruang dan masa adalah bentuk-bentuk intuisi, yang tidak dapat dipisahkan daripada kesedaran seperti konsep kita terhadap warna, bentuk, atau saiz". Menurut Teori Relativiti Umum (Theory of General Relativity): "Masa tidak mempunyai kewujudan tetap yang terpisah daripada aturan peristiwa oleh apa yang kita gelar ukuran". 25
Memandangkan masa mengandungi persepsi, ia bergantung sepenuhnya ke atas penerima dan ia adalah relatif.
Kelajuan pergerakan masa disukat berdasarkan rujukan yang kita gunakan untuk mengukurnya kerana tidak terdapat jam semulajadi di dalam tubuh manusia untuk mengesannya, begitu juga sedetik atau sejam atau sehari tidak bererti tanpa sebuah peristiwa untuk menandainya". 26
Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi. Walaupun apa yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil masa berjam-jam, tetapi sebenarnya, ia hanya berlangsung selama beberapa minit, dan mungkin juga hanya beberapa saat.
Mari kita fikirkan sebuah contoh untuk menerangkan subjek ini dengan lebih jelas. Mari kita anggap bahawa kita telah dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang mempunyai hanya sebuah tingkap yang direka dengan begitu teliti dan kita ditempatkan di situ untuk beberapa lama. Biarkan sebuah jam di dalam bilik tersebut supaya kita dapat melihat jumlah masa yang telah berlalu, pada masa yang sama, dibiarkan kita melihat matahari terbenam melalui tingkap bilik pada tempoh tertentu. Beberapa hari kemudian, jawapan yang kita berikan tentang berapa banyak masa yang telah diluangkan di dalam bilik tersebut akan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah kita himpun dengan melihat kepada jam dari masa ke semasa dan kepada pengiraan yang kita lakukan dengan merujuk kepada berapa kali matahari terbenam dan terbit. Contohnya, kita anggarkan kita telah menghabiskan masa di dalam bilik tersebut selama tiga hari. Tetapi, sekiranya orang yang memasukkan kita ke dalam bilik tersebut datang kepada kita dan menyatakan bahawa kita telah meluangkan masa selama dua hari di dalam bilik tersebut dan bahawa matahari yang kita lihat melalui tingkap telah dihasilkan oleh sebuah mesin simulasi dan bahawa jam di dalam bilik tersebut telah diaturkan untuk bergerak pantas, oleh itu perkiraan yang kita lakukan itu tidak mempunyai sebarang erti.
Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan-rujukan relatif.
Dengan cara yang sama, seorang yang merasakan masa yang berlalu secara berbeza di bawah keadaan yang berbeza adalah bukti bahawa masa adalah satu persepsi yang bersifat psikologi. Sebagai contoh, sekiranya anda menemui seorang kawan, 10 minit yang tertangguh baginya akan kelihatan seperti satu yang membosankan, atau sekurang-kurangnya satu masa yang panjang.atau bagi seorang yang tidak tidur yang mesti bangun pagi untuk ke sekolah atau pergi ke tempat kerja, tambahan 10 minit untuk tidur terlihat seperti suatu masa yang lama. Bahkan dia akan memikirkan bahawa dia telah meluangkan masa tidurnya di dalam 10 minit ini. Dalam sesetengah keadaan, apa yang terjadi adalah bertentangan. Seperti mana ketika kamu berada di zaman persekolahan, selepas berlalunya 40 minit masa kelas yang kelihatan seperti berabad lamanya, 10 minit rehat pula kelihatan seolah terlalu cepat berlalu.
Relativiti masa adalah sebuah fakta sains yang telah dibuktikan oleh metode sains. Teori Asas Relativiti Einstein menegaskan bahawa kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan jaraknya daripada medan graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat; menjadi perlahan seolah-olah ia berada pada tahap "berhenti".
Mari kita jelaskan dengan sebuah misal yang dibuat oleh Einstein sendiri. Bayangkan dua orang kembar, seorang tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara di angkasa lepas pada kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya. Apabila dia kembali, si pengembara akan mendapati saudaranya telah membesar lebih tua daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan lebih perlahan kepada orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang menjadi pengembara angkasa lepas dan anak lelakinya yang tinggal di bumi, sekiranya si ayah berusia 27 tahun ketika memulakan pengembaraan dan anak lelakinya berusia 3 tahun; maka apabila d 27
Seperti dinyatakan sebelum ini, manusia diciptakan semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah, setiap yang disekeliling dan semua kehidupannya adalah sebagai ujian buatnya. Selepas kematian, setiap orang hanya dihisab berdasarkan apa yang telah dilakukan. Sebagai balasan perbuatannya, dia akan diberi ganjaran syurga atau diazab neraka. Ringkasnya, kekayaan, kecantikan atau anak-an a k tidak lagi bererti, melainkan taqwa, 'takut kepada Allah' adalah yang paling berharga ketika itu. Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka itulah yang memperolehi balasan berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga). (Surah Saba, 37)
Harta benda dan anak-anak mereka tiada berguna sedikitpun (untuk menolong) mereka dari azab Allah. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah al- Mujadilah, 17)
Bencana dan kemusnahan semulajadi. Dunia adalah suatu tempat kaku dan tetap. Semua kita sentiasa terdedah kepada ancaman semulajadi dalaman dan luaran. Hujan-hujan asteroid dan meteorit yang datang dari angkasa hanyalah beberapa faktor yang mempunyai risiko ancaman kepada bumi. Sekilas pandang bumi yang keras ini, sebenarnya mempunyai teras dalam yang terdiri dari unsur-unsur yang lebur. Sudah tentu kita tidak ingin memanjang-lebarkan hal ini disini, yang tidak dapat dilihat, 'teras yang merah menyala'. Di b umi juga terdapat, atmosfera yang mengelilingi bumi, yang merupakan satu penapis ancaman-ancaman luaran, tetapi tiada bahagian dunia ini yang terlepas dari ancaman atmosferik seperti kilat, guruh atau petir. Bencana-bencana alam seperti ini boleh menyerang pada bila-bila masa. Malapetaka ini boleh menyebabkan kemusnahan jiwa dan harta benda yang besar. Secara umumnya, istilah bencana alam 'semulajadi' merujuk kepada gempa bumi, kilat, banjir besar, kebakaran hutan global, hujan asid, dan gelombang tsunami dengan kekuatan dan kesan yang berbeza-beza. Kesan yang biasa ditinggalkan oleh malapetaka ini yang biasa dilihat mampu memusnahkan sebuah bandar dan seluruh penduduknya sekali. Apa yang penting, tiada seorangpun manusia yang mampu memera ngi atau menghalang bencana ini. Kemusnahan besar-besaran ini adalah waris yang tinggal dari semua bencana yang terjadi di planet ini. Biasanya satu-satu bencana hanya melibatkan bahagian tertentu sahaja dari bumi ini, terima kasih kepada 'keseimbangan semulajadi' yang diciptakan Allah yang merupakan perlindungan yang penting di bumi kepada semua makhluk hidupan termasuk manusia. Kebarangkalian terjadinya bencana alam yang memusnahkan ini terselindung dan tidak dihalangi oleh perlindungan ini. Allah menciptakan bencana-bencana ini untuk melihatkan bagaimana tahap keselamatan bumi yang kita duduki ini. Letupan-letupan bencana ini adalah sebagai peringatan kepada manusia sejagat bahawa sebenarnya manusia tidak mempunyai apa-apa kuasa mentadbir planet ini. Tambahan lagi, setiap bencana ini adalah sebagai maksud untuk memaklumkan mengenai kelemahan semulajadi manusia, beberapa amaran untuk orang yang tidak mahu merenung pengertian di sebalik semua kejadian ini dan mengambil pengajaran dari musibah orang lain. Apa pengajaran yang harus disimpulkan oleh manusia dari benana-bencana sebegini? Bumi diciptakan khusus untuk manusia. Sebab utama manusia diciptakan adalah bukti seperti yang dinyatakan dalam ayat ini. Dan dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam ena m masa, dan adalah ArasyNya di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. (Surah Hud, 7)
'Setting' untuk 'ujian' ini terlalu panjang untuk dihuraikan, setiap kejadian adalah satu komponen dari 'setting' yang canggih ini. Selanjutnya, semua fenomena ini tidak hanya terjadi sembarangan semata, bahkan semuanya mempunyai penjelasan saintifik. sebagai contoh, tarikan graviti bumi menyebabkan mengapa kita tidak terapung di angkasa. Hujan akan turun apabila wap air mencecah peringkat tertentu dalam saturasi (kepekatan). Sebab musabab yang sama juga sah untuk kematian, kemalangan atau penyakit. Banyak sebab-sebab boleh diuraikan dalam kes mengapa manusia mati, sakit atau kemalangan. Apa yang penting bukanlah jumlah semua sebab-sebab ini, tetapi ialah sistem 'reliabiliti', (sistem di mana sebab dan akibat berada) satu aspek khusus sistem ini yang paling indah: setiap insiden yang terjadi melalui hukum ini (sistem realibliti) dapat difahami oleh akal manusia sepenuhnya. Allah menjadikan bencana-bencana alam ini sebagai satu amaran buat manusia. Gempa bumi, sebagai contoh, membunuh beribu-ribu wanita dan anak kecil dan pemuda dan meninggalkan beribu-ribu lain dalam cedera. Orang yang tidak mempedulikan amaran Allah adalah orang yang cenderung mengambil fenomena 'semulajadi ' (natural phenomenon) sebagai alasan dan sanga t sedikit menyedari bahwa Allah menjadikan semua ini dengan tujuan tertentu. Mari kita fikirkan sejenak; apa yang akan terjadi sekiran ya hanya orang yang bersalah dimatikan lebih awal sebelum satu gempa bumi terjadi? D a lam kes ini, asas yang sesuai untuk ujian; manusia tidak akan terjadi. Inilah sebabnya Allah menjadikan setiap fenomena di dalam 'setting' semulajadi ini. Hanya orang yang menyedari kewujudan Allah dan merenung sedalamnya terhadap penciptaan Allah yang memahami rasional ketuhanan di sebalik pemandangan 'semulajadi' ini. Dalam ayat. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu denga n keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. A l lah menegaskan bahawa Dia akan menguji manusia melalui kebaikan sama seperti kejahatan. Semua peristiwa yang terjadi kepada manusia dalam hidupnya adalah sebahagian dari ujian ini. Orang yang benar-benar beriman akan m emahami hakikat teka teki ini. Di mana saja mereka ditimpa musibah, mereka akan bersegera kepada Allah dan memohon ampun dariNya. Mereka adalah hamba Allah dan mengingati janji-janji Allah. Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendap a t petunjuk. (Surah al- Baqarah, 155-157)
Seprti dinyatakan dalam ayat di atas, semua manusia yang beriman atau yang kafir akan diuji dengan berbagai cara; suatu ketika dengan bencana alam, dan ketika yang lain dengan musibah yang terjadi dalam kehidupan seharian, penyakit atau kemalangan. Musibah seperti ini menimpa individu tertentu sama seperti ia menimpa suatu masyarakat dan menyebabkan kehilangan harta benda dan kesengsaraan jiwa. Orang kaya jatuh bankrap, seorang gadis yang cantik mendapat parut cedera di wajahnya, bahkan sebuah bandar bertukar menjadi serpihan pecahan batu-b a tan oleh gempa bumi. Semua insi d en insiden ini jelas menunjukkan bagaimana, pada bila-bila masa ianya boleh mengubah seluruh hidup kita. Manusia seharusnya mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa ini, satu yang pasti, bahawa Allah tidak mencipta sesuatu apapun tanpa sebarang tujuan, setiap bencana yang terjadi menjadi peringatan kepada manusia yang bertujuan menyelamatkan manusia dari angkara maksiat yang terjadi dalam masyarakat mereka. Dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa tanpa sebarang keizinanNya, tiada suatupun yang akan terjadi di bumi. Tidak ada suatu pun musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nesc aya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghen d aki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Taghabun, 11- Ali 'Imran,145)
Satu pengajaran yang boleh d ia mbil dari bencana-bencana ini ialah bahawa manusia yang menganggap dirinya hebat di muka bumi ini akan menyedari bahawa ia sangat lemah dan sebenarnya tidak mempunyai kekuatan untuk mengendalikan semua ini, yang terjadi sekelip mata dengan izin Allah. Manusia tidak berdaya untuk menolong dirinya, apatah lagi orang lain. Subhanallah, ini dinyatakan dalam ayat Al-Quran. Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, m a ka tidak ada yang dapat menghalangnya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-An'aam.17) Dalam bab seterusnya, akan diterangkan jenis-jenis bencana-bencana yang bersifat ilusi di dunia ini, tujuannya ialah untuk mengingatkan manusia bahawa dunia ini bukanlah tempat di mana kebutaan terhadap bayangan duniawi berlaku. Insiden-insiden seperti ini menunjukkan keperluan yang amat sangat terhadap panduan dan pertolongan Allah. Rasa pergantungan ini satu kenyataan yang jelas bahawa manusia sangat lemah di hadapan Allah seperti dinyatakan di dalam sepotong ayat. tiadalah bagimu pelindung dan penolong selain Allah. (Ankabuut-22)
Gempa bumi. Gempa bumi yang membinasakan adalah kesan semulajadi yang berlaku di bumi. Kehilangan jiwa yang besar sering terjadi sewaktu gempa bumi. Kajian menunjukkan bahawa setiap 2 minit, di mana-mana di permukaan bumi mengalami peretakan. Menurut statistik, bumi bergoncang berjuta kali setiap tahun. Secara purata, kekuatan 300 ribu gempa bumi ini adalah kecil; gegaran-gegaran yang kecil (tidak mampu diikesan oleh pancaindera) dengan kuasa yang tidak menyebabkan kemusnahan, 20 jenis darinya adalah gegaran yang sangat kuat yang boleh menggegarkan daratan. Sekalipun gegaran ini tidak memusnahkan kawasan populasi yang luas, tetapi ia mampu mengakibatkan kematian dengan jumlah yang kecil, bahkan ada juga yang mampu memberikan kerugian ekonomi yang besar. Beberapa jenis gempa bumi selain yang disebutkan tadi me mpunyai kekuatan yang boleh menghancurkan bangunan-bangunan.
23. François Jacob, Le Jeu Des Possibles, University of Washington Press, 1982, p. 111
24. Lincoln Barnett, The Universe and Dr. Einstein, William Sloane Associate, New York, 1948, p. 52-53
25. Lincoln Barnett, The Universe and Dr. Einstein, William Sloane Associate, New York, 1948, p. 17
26. Lincoln Barnett, The Universe and Dr. Einstein, William Sloane Associate, New York, 1948, p. 58
27. Paul Strathern, The Big Idea:Einstein and Relativity, Arrow Books, 1997, p. 57