Penjelasan sebelum ini telah memberikan suatu gambaran konsep yang lebih jelas mengenai kenyataan bahawa Tuhan melingkungi setiap sesuatu. Di dalam masa-sifar dan dalam sebuah dunia koleksi imej-imej, seluruh umat manusia diuji oleh Penciptanya. Ini meninggalkan manusia bersendirian bersama Tuhan. Ayat biarkanlah Aku bertindak terhadap orang yang Aku telah menciptakannya sendirian. Surah Al-Mudatsir; 11 adalah indikasi yang jelas mengenai kebenaran ini.
Sekali kandungan fakta dijelaskan di dalam buku ini, pembaca akan mudah memahami bahawa termasuk dirinya sendiri, manusia hidup dalam sebuah dunia yang mengandungi hanya sekadar sensasi-sensasi. Dalam alam semesta persepsi ini, satu-satunya yang wujud ialah Tuhan. Tiada Tuhan melainkan Dia. Semua benda yang begitu dirasa penting oleh manusia dan kerana itu pula meninggalkan agama mereka hanyalah suatu yang tidak sebarang makna;
Demikianlah, kerana sesungguhnya Allah. Dialah yang hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah itulah yang batil dan sesungguhnya Allah Dialah yang maha tinggi lagi maha besar. (Surah Luqman;30)
Dalam sebuah skrin 3-dimensi, berkualiti tinggi, seorang individu melihat sebuah filem yang diprojeksikan. Disebabkan dia sendiri termasuk di dalam skrin ini, dia tidak berjaya untuk memisahkan dirinya darinya, tetapi dia boleh memahami situasi yang dia berada di dalamnya. Dengan melupakan bahawa dia adalah berada disebabkan oleh Tuhan dan diuji oleh Dia, dia merasakan dirinya sebagai seorang yang bebas dan zat yang terpisah, terpisah dari Tuhan. Dengan itu, dia menganggap dirinya terlalu penting. Pengalaman dalam kehidupannya yang kelihatan sungguh nyata sehinggakan dia meyakini tubuh badan imajinasinya, kedudukan imajinasinya, keluarga imajinasinya, sahabat imajinasinya yang dilihatnya di dalam skrin seolah-olah benar dan berasa bangga dengan semua itu. Akan tetapi, seperti yang dinyatakan dengan jelas di dalam ayat dan maha suci Tuhan yang mempunyai kerajaan langit dan bumi: dan apa yang ada di antara keduanya: dan di sisiNyalah pengetahuan tentang hari kiamat dan kepadaNyalah kamu dikembalikan. Surah Zukhruf;85, satu-satunya yang memiliki semua ini adalah Tuhan. Sekiranya Tuhan mengeluarkan imej ini dari skrin, sekalipun seketika, orang yang melihatnya pasti akan menyedari bahawa dia sebenarnya keseorangan. Bahkan, dia akan merasa malu kerana berbangga dengan imej-imej yang dilihatnya di skrin, iaitu, mengenai kedudukan dan segalanya yang dilihatnya di dunia luar.
Seorang yang menghayati sedalamnya mengenai kebenaran ini akan mengakui kelemahannya di hadapan Tuhan. Dia akan memperolehi motivasi dan akan berusaha untuk hidup dengan rahmatNya selama-lamanya hanya sekiranya tunduk patuh kepada Penciptanya. Dan barulah dia kemudiannya mampu berharap untuk dilihatkan kepada gambaran-gambaran syurga selama-lamanya. Ini adalah kerana, sama seperti dunia ini yang dipenuhi dengan himpunan persepsi-persepsi, begitu juga syurga dan neraka. Semua imej berhubung dengan syurga dan neraka terpelihara di sisi Tuhan. Dan Tuhan membenarkan sesiapa yang dikehendakinya untuk mengalami gambaran ini.
Apa yang diperintahkan oleh Tuhan kepada hambanya adalah jelas; mengagungkan kebesaranNya dan hidup di dalam batas-batas perintahNya. Tetapi sesetengah orang, kerana sikap acuh tak acuh mereka, melupakan Pencipta dan menafikanNya. Di titik ini, satu dari fakta besar yang mengelirukan mereka ialah kesibukan manusia- yang mereka anggap benar wujud- mengelilingi mereka. Orang-orang ini mempamerkan sikap menentang kerana mereka percaya sahabat, kumpulan, setiap orang yang berkongsi mentaliti yang sama dengan mereka, wujud, dan kerana mereka lupa bahawa mereka semuanya adalah bersendirian. Bagi mereka adalah kekecewaan, bagaimanapun, setiap seorang dari mereka bersendirian, tidak kira dengan berapa banyak orang sekalipun yang mengelilingi mereka. Di sana tidak ada penolong kecuali Tuhan.
... dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka pelindung dan penolong selain daripada Allah. (Surah An-Nisa;173)
Seperti yang dinyatakan di dalam ayat Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri. surah Maryam;95 di Hari Pengadilan, mereka akan bersendirian di hadapan Tuhan. Orang-orang yang lalai kepada hari pengadilan dan hari kemudian bersendirian tanpa sahabat dan saudara mara di sisi mereka di hari itu . Dan sudah tentu syaitan yang mereka ikuti jejaknya, akan meninggalkan mereka.
Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an jetika ia datang kepadaku dan syaitan itu sentiasa tidak akan membantu manusia yang telah disesatkannya. (Surah Furqan;29)
Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu (dunia) apa yang telah Kami kurniakan kepadamu, dan kami tidak melihat di sisimu pemberi syafaat yang kamu anggap bahawa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah). (Surah Al-An'aam;94)
Bagi mereka yang mempunyai perasaan yang ikhlas, ianya pasti mudah untuk memahami fakta ini. Penerangan yang terdapat di dalam Al-Qur'an sangat jelas. Kenyataan ini tidak akan selamanya berubah, samada kamu berada di dalam kesesakan manusia, dalam panggung wayang, ketika mesyuarat, di jalanraya yang sesak, atau di dalam lingkungan sahabat kamu. Kamu sebenarnya bersendirian. Keadaan orang yang tidak mampu memahami kenyataan ini disebabkan sikap prejudis mereka seperti yang diterangkan di dalam ayat berikut;
.....yang demikian itu kerana mereka adalah kamu yang tidak berfikir. Surah al-Hasyr;14
Orang yang menolak ke tepi sikap prejudis mereka dan menghayati kebenaran ini adalah orang yang beriman, golongan yang berfikir dan mengambil peduli;
Ataukah orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?. Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?". Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Surah Zumar;9)
Adakah orang-orang yang mengetahui apa yang telah ditunjukkan oleh Tuhan mu adalah kebenaran, seperti orang yang buta?. Sesungguhnya, hanya orang yang berakal sahaja yang mengambil peduli? (Surah Zumar;19)
Jadi, kamu juga pasti akan mentaati Tuhan dan mematuhiNya.
Dan mengelakkan dari menjadi, seperti yang dinyatakan di dalam ayat, 'orang yang buta'.
Mereka menjawab:
“Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "
(Surah al-Baqara: 32)