logo
HARUN YAHYA

Jangan Sekalipun Lupa Untuk Bertaubat Dan Memohon Keampunan Atas Kesalahanmu

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nahl: 119)

Memahami kepentingan ikhlas kepada Allah akan menjadikan seseorang tidak berhenti daripada kembali kepada Allah dan bertaubat serta memohon keampunan daripada-Nya, tidak kira apa dosa yang dilakukannya. Ini ialah contoh tentang rahmat Allah yang tidah terbatas sebagaimana yang dinyatakan didalam al-Qur'an:

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nisa': 110)

Allah memberikan peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk membaiki kesalahan mereka. Pada pandangan Allah, apa yang penting bukannya sebesar mana atau sekecil mana kesalahan itu, tetapi keikhlasan seseorang. Ini tentunya rahmat yang besar yang dikurniakan kepada orang-orang mukmin:

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Surah Al 'Imran: 135)

Orang-orang yang beriman perlu memahami bahawa tidak kira betapa besarnya kesalahan itu – walau sebesar mana sekali pun dosa seseorang boleh bayangkan, kembali kepada Allah dengan taubat yang ikhlas akan meringankan seseorang daripada beban dosa itu. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam):

“Jika seseorang sentiasa memohon keampunan (daripada Allah), Allah akan menunjukkannya jalan keluar untuk setiap kesusahan dan melegakannya daripada segala kegelisahan, dan akan memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang dia tidak jangkakan” (hadis riwayat Abu Dawud)

Mungkin seseorang tidak pernah beriman sepangjang hayatnya, hingga ke saat itu. Dia juga mungkin mengikut nafsu dan keinginannya sahaja. Namun, sebagai balasan untuk taubatnya, diikuti dengan keazaman dan keikhlasan yang jitu untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi, dia sentiasa boleh mengharapkan keampunan daripada Allah. Ingatlah untuk menikmati keringanan daripada beban dosa yang dilakukan terhadap Allah hanya mengambil suatu masa untuk melakukan taubat secara ikhlas dan ini adalah satu-satunya cara untuk mencapai keselamatan daripada azab neraka. Secara dasarnya, seseorang perlu berjanji kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya:

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian meraka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: Sesunguhnya saya bertaubat sekarang: Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (Surah an-Nisa': 17-18)

Tidak kira apakah dosa yang dilakukan, kembalilah kepada Allah dengan taubat yang sebenar. Ingatlah bahawa maut akan datang pada bila-bila masa sahaja, dan ia akan membawa kepada kesudahan yang mengejut kepada sebarang peluang untuk bertaubat. Jadi pohonlah keampunan Allah sekarang.

Sesungguhnya, ia adalah sukar kecuali kepada mereka yang merendah diri (surah al-Baqarah: 45); tetapi ingat yang mereka akan memasuki nereka yang terhina (surah al-Ghafir: 60) dan akan diseret mukanya dahulu kedalam api neraka (Surah al-Qamar: 48). Pada hari itu, mereka akan dihalang daripada mengadap Tuhannya; Allah tidak akan bercakap atau menyucikan mereka:

Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. (Surat al-Furqan: 70-71)

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan
  • Jangan Sekekali Lupa Hanya Allah Adalah Tuhan
  • Jangan Sekalipun Lupa Bahawa PetunjukSebenar Hanyalah Al-Qur'an
  • Jangan Sekalipun Lupa Bahawa Setiap Detik Yang Kita Alami Adalah Sebahagian Daripada Takdir Kita
  • Jangan Sekalipun Lupa Tentang Kewujudan Syaitan Yang Sentiasa Berusaha Untuk Memesongkan Kita
  • Jangan Sekalipun Lupa, Dunia Ini Adalah Tempat Sementara Dan Suatu Ujian
  • Jangan Sekalipun Lupa, Maut Akan Datang Pada Bila-Bila Masa Sahaja
  • Jangan Sekalipun Lupa Hari Kebangkitan Dan Perhitungan Adalah Pasti Terjadi
  • Jangan Sekalipun Lupa Bahawa Tempat Tinggal Orang Yang Tidak Beriman Ialah Neraka, Tempat Hukuman Yang Abadi
  • Jangan Sekalipun Lupa, Hanya Orang Yang Benar-Benar Beriman Akan Memasuki Syurga, Tempat Beroleh Ganjaran
  • Jangan Sekalipun Lupa, Hanya Orang Yang Benar-Benar Beriman Akan Memasuki Syurga, Tempat Beroleh Ganjaran
  • Jangan Sekalipun Lupa Untk Berdoa Kepada Allah
  • Jangan Sekalipun Lupa Untuk Bersikap Ikhlas Dan Jujur Dengan Allah
  • Jangan Sekalipun Lupa Untuk Bertaubat Dan Memohon Keampunan Atas Kesalahanmu
  • Peringatan Hanya Berguna Kepada Mereka Yang Bertaqwa Kepada Allah.
  • Jangan Sekalipun Lupa, Allah Yang Menciptakan Segala Benda-Benda Hidup.
  • Jangan Sekalipun Lupa Jangan Sekalipun Lupa, Hanya Allah Tuhan Yang Sebenar ...