Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran. (Surah al-Qamar: 49)
Sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas, setiap perkara ditentukan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Bagi Allah yang hanya perlu memerintah “kun (jadilah)” dan terjadilah ia, tidak hanya menentukan nasib manusia tetapi semua benda. Mereka yang benar-benar yakin dengan kebenaran yang mutlak ini tanpa sebarang syarat tunduk pada takdir yang Allah tentukan kepada mereka dengan hikmah yang tidak terbatas. Ingatlah sama ada secara sukarela atau tidak, semuanya berada dibawah kuasa Allah dan tunduk kepada-Nya.
Namun, manusia mempunyai banyak pemahaman yang salah berkaitan nasib. Pemahaman ini, terutamanya timbul daripada pelbagai pandangan sesat yang disuarakan tanpa memberi banyak pandangan/ fikiran terhadap perkara itu. Tambahan pula, mereka mengabaikan bahawa ini ialah sesuatu yang tidak disukai Allah. Mereka tidak menghindari daripada menggunakan slogan-slogan, lirik, puisi yang mengandungi maksud tersirat kepada penolakan takdir. Bukti kepada pemahaman yang salah ini seperti “mengatasi takdir” atau “menukar takdir”. Mereka yang percaya kepada konsep ini menganggap harapan dan aspirasi mereka sebagai takdir dan dalam kegagalan mereka memahami bahawa itu adalah sekadar harapan, mereka mengganggap bahawa takdirnya telah gagal dilaksanakan sebagaimana yang ditentukan dan malah takdir itu telah ditukar. Pandangan yang tidak berasas itu adalah biasa di kalangan mereka yang gagal memahami takdir.
Takdir adalah ciptaan Allah dan pengetahuan yang tidak terbatas dari semua kejadian, baik masa lalu atau masa hadapan. Allah menciptakan masa dan ruang daripada sifar, mengawalnya dan Dia tidak terikat oleh masa dan ruang. Detik demi detik, setiap perkara halus yang berlaku, sudah atau akan berlaku, telah ditentukan di sisi Allah.
Jangan sesekali lupa bahawa Allaah menciptakan masa dan Dia tidak terikat dengannya. Oleh itu, Dia tidak hanya melihat apa yang berlaku dan menunggu untuk mengetahui akibat-akibatnya.
Pada pandangan-Nya, permulaan dan penghabisan sesuatu peristiwa, dan kedudukan masing-masing pada garis masa, sudah diketahui. Semuanya ditentukan dan terkandung di dalam takdir. Oleh itu, manusia tidak mempunyai kuasa untuk merubahnya. Sebaliknya, takdirlah penentu terhadap manusia. Setiap saat dalam hidupnya terikat didalamnya. Bahkan seseorang tidak boleh melangkah keluar daripada takdirnya apalagi mengubahnya. Hal ini adalah sama dengan situasi seorang pelakon yang berada di luar video kaset dengan karaktor yang berbeza untuk memotong atau menambah adegan di dalam filem itu yang mana dia adalah pelakonnya. Situasi ini sememangnya tidak logik dan mustahil untuk difikirkan.
Jelas, ungkapan-ungkapan seperti “mengatasi takdir” atau “mengubah takdir” hanyalah cakap-cakap kosong sahaja. Ingatlah, seseorang yang mengatakan bahawa dia telah mengubah takdir sebenarnya mengatakan sesuatu dia sudah ditakdirkan untuk menyatakannya.
Sebagai contoh, seorang pesakit tidak mempunyai sedikit harapan pun untuk sembuh. Namun, apabila dia sembuh secara tidak diduga tidak bermaksud yang dia telah mengatasi takdir, atau tidak pula ia telah diubah oleh para doktor. Ia hanya menunjukkan bahawa waktu yang ditentukan untuknya mati belum tiba. Seperti perkara lain, ini juga ditentukan oleh Allah dan ia adalah sebahagian daripada takdir:
...Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seseorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah. (Surah Fatir: 11)
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya... (Surah Al 'Imran: 145)
Terikat dengan waktu dan ruang, ia sangat sukar untuk kita memahami sepenuhnya takdir kerana Allah menciptakan kita dan takdir kita dan Dia tidak terikat dengan apa-apa. Apa sahaja yang berlaku kepada kita, percayalah bahawa Allah tidak terikat dengan masa atau ruang.
Terdapat suatu lagi faktor yang kita perlu ingat: Semua perkara yang ditentukan oleh Allah adalah memberi untuk kebaikan agama dan orang-orang yang beriman. Oleh itu, seseorang yang beriman selalu menunjukkan kesediaan untuk menghadapi perkara-perkara yang dilaluinya. Melupakan atau mengabaikan kenyataan bahawa semua situasi dalah hidup kita ditentukan oleh Allah ialah suatu yang sangat bahaya seseorang boleh lakukan pada dirinya. Ia boleh membawa tekanan. Walau bagaimanapun, sama ada seseorang menerima kenyataan ini atau tidak, ia tidak akan mengubah perkara yang telah ditakdirkan kepadanya; semua perkara adalah ditentukan oleh takdir:
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah al-Hadid: 22)
Daripada ayat di atas jelas bahawa setiap perkara yang berlaku kepada seseorang telah ditentukan oleh Allah. Sama ada seseorang percaya atau tidak kenyataan ini, ia tidak akan merubah kenyataan ini. Semua perkara yang berlaku diatas muka bumi ini termasuklah kelahiran dan kematian seseorang berlaku dengan kehendak Allah pada masa yang telah ditentukan-Nya, tidak sedetik pun awal atau lambat.
Dialah Yang menciptakan kami dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi satu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisiNya (yang Dia sendirilah mengetahuinya)... (Surah al-An'am: 2)
Oleh kerana tiada perkara yang berlaku diatas muka bumi ini atau di dalam diri seseorang tanpa kehendak Allah, maka kita perlu meletakkan kepercayaan kita kepada Allah. Di samping itu juga, inilah yang kecenderungan manusia:
Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal." (Surah at-Tawba: 51)
Sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat ini Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Surah al-Anbiyaa: 35) Allah menguji orang-orang yang beriman dengan beberapa cara. Oleh itu, selain daripada perkara yang baik, perkara yang buruk juga berlaku kepada orang-orang beriman. Walau bagaimanapun, ingatlah, semua perkara yang diciptakan oleh Allah adalah yang terbaik:
...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah al-Baqara: 216)
Mereka yang beriman kepada Allah dan mengikuti jalan-Nya akan sentiasa berasa selamat dan tenteram dengan mengikuti takdir. Tiada apa yang menakutkan atau memberi tekanan kepada mereka yang percaya kepada takdir. Allah akan memberikan kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat kepada hamba-Nya yang beriman dan akan menempatkan mereka dibawah lindungan-Nya selagi mereka patuh kepada Allah. Walau bagaimanapun, Allah tidak selalu menunjukkan kebaikan sesuatu perkara yang berlaku di atas muka bumi ini. Tetapi sesuatu yang dilihat seperti buruk sebenarnya akan membawa mereka mencapai ganjaran yang lebih baik di akhirat. Contohnya, orang yang beriman tidak berasa sedih dengan kesakitan yang dialaminya, malah dia melihat penyakit itu sebagai peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah. Perkara yang paling penting untuk diingati ialah, Allah merancang segala perkara untuk melindungi hamba-Nya yang sebenar supaya mereka boleh mendapat ganjaran syurga.
Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) dan Dia melindungi oang-orang yang soleh. (Surah al-A'raf: 196)
Mereka yang tidak pernah lupa bahawa terdapat hikmah dalam apa juga perkara yang berlaku keatasnya, akan merasai betapa dekatnya Allah didalam setiap langkah yang diambilnya. Kemana saja mereka berada atau apa saja yang dilakukannya, mereka tidak pernah lupa bahawa Allah mengetahuinya dengan baik sekali.
Oleh itu, jangan sesekali lupa bahawa semua perkara lampau atau akan datang, dengan semua perinciannya, direkodkan pada pandangan Allah, yang tiada perkara yang berlaku keatas manusia kecuali dengan kehendak Allah. Allah Maha Mengetahui tentang perbuatan kita, dimana saja kita berada atau apa saja yang kita lakukan dan kita semua terikat dengan takdir yang telah ditentukan kepada kita.