Strategi Membasmi Agama Batil

Demi keselamatan di dunia dan akhirat, pembasmian secara total terhadap kekufuran di atas muka bumi adalah suatu kewajipan yang besar. Seperti mana yang ditekankan di dalam buku ini, adalah merupakan tanggungjawab bagi golongan yang beriman untuk menghancurkan kekufuran dengan menyampaikan dakwah Qur'an. Dengan berkata: 'saya tetap beriman dan orang lain harus menjaga diri masing-masing', bukanlah suatu sikap yang munasabah bagi seorang mukmin sejati. Ayat berikutnya menerangkan tanggungjawab ke atas setiap mukmin terhadap perintah Allah dan perintah-Nya untuk menjaga maslahat diri, keluarganya dan manusia umum dari azab api neraka:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. Surah at-Tahrim: 6

Sesetengah individu yang bersikap pesimis berkata, 'saya terlalu lemah untuk menentang kemungkaran'. Ini merupakan sikap negatif akibat dorongan syaitan untuk mengelak diri daripada menyampaikan dakwah islam. Seperti yang dijelakan, usaha menentang kekufuran haruslah dimulakan dengan mendedahkan pembatalan asas bagi falsafah dan ideologi mereka melalui memberikan pembuktian aktual saintifik yang sebenar. Setiap orang berkuasa untuk melibatkan diri di dalam jihad yang agung ini. Sekurang-kurangnya, bagi mereka yang tidak mampu terlibat secara aktif, mereka seharusnya memberi sokongan dan membantu mereka yang mewakafkan serta mengabdi diri ke dalam usah aini. Langkah-langkah seperti memikirkan jalan untuk membantu penyebaran wacana ilmiah dan artikel yang berkaitan serta menerangkan idea dan konsep yang terkandung di dalam wacana tersebut dan juga menyebarluaskan fakta sebenar yang akan memusnahkan kekufuran adalah termasuk usaha pembasmian.

Apa yang harus diingat ialah, seperti yang dinyatakan oleh Badi'uzzaman, 'Merelakan kejahilan adalah sama dengan kejahilan; merelakan kejahatan, kejahilan dan kekejaman adalah kejahatan, kejahilan dan kekejaman.' Dengan itu, mereka yang tetap enggan terlibat dalam usaha menumpaskan kekufuran ini walaupun berkuasa dan mereka yang menghalang usaha-usaha murni ini, sengaja atau tidak, secara tidak langsung adalah menyokong kekufuran dan melbaur kepada kejayaan usaha-usaha kejahatan.

Individu yang benar-benar ikhlas pasti tidak akan berpeluk tubuh dengan sekadar memerhati dari jauh tanpa melibatkan diri dalam usaha seumpama ini. Selaras dengan perintah al-Qur'an, mereka akan berasa sensitif, tega dan tabah. Nasib buruk yang dialami oleh manusia akibat penindasan, yang tidak mampu walau untuk mendapat sesuap makanan, yang dibiarkan tanpa tempat tinggal, sudah pasti akan membibitkan rasa belas kasihannya dan bertanggungjawab untuk mereka. Contoh yang nyata hari ini, betapa berjuta-juta umat islam ditindas di Kashmir, Turkistan Timur dan Palestin hanya kerana disebabkan pegangan agama mereka. Dalam tahun kebelakangna ini, di Kosovo dan Bosnia beratus ribu orang disiksa, diusir daripada tanah air sendiri bahkan dibunuh di hadapan mata dunia sendiri. Bukan sahaja di negara-negara umat islam tetapi di setiap penjuru dunia, mereka menanggung kesengsaraan akibat tindakan kejam pertubuhan yang menolak agama dan pergerakan ideologi mereka. Di Russia, generasi yang menolak agama berkembang biak dan pegangan ini tersebar dengan luas. 23 Situasi seumpama ini tidak sama sekali akan dibiarkan begitu sahaja bagi mereka yang mempunyai kesedaran dan ia sekaligus adalah menjadi tanggungjawab umat islam untuk bersatu menentang kekejaman ini dari menimpa umat manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.:

Strategi dan tugas untuk merealisasikan usaha ini telah dihuraikan menurut perspektif Qur'an.

Meleburkan Sembahan Ateisme

Metode yang paling efektif menentang gerakan ateis ini ialah seperti mana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Kaum Nabi Ibrahim a.s menyembah patung yang mereka bina dan kemudian memohon pertolongan terhadap apa yang mereka panggil tuhan ini (Praktikal yang sama juga pernah dilakukan di dalam beberapa masyarakat sepanjang sejarah). Nabi Ibrahim a.s mengingatkan manusia bahawa tuhan-tuhan yang mereka sembah adalah zat yang tidak bernyawa bahkan tidak mampu membuat sesuatu apa pun. Seperti kaum yang menyembah patung yang mati ketika itu, para musyrikin hari ini mengambil atom dan alam semulajadi yang kaku serta mekanisme kebetulan sebagai tuhan mereka. Mereka percaya bahawa atom-atom yang mati bercantum dan menyusun dirinya dengan sendiri menjadi sebuah sistem yang amat sempurna.

Strategi yang digunakan oleh Nabi Ibrahim a.s untuk menyelamatkan kaumnya daripada amalan kesesatan dan usaha penyedarannya dinyatakan di dalam al-Qur'an sebagai berikut:

(Ingatlah) ketika Ibrahim berkata kepada ayahnya dan kaumnya: 'Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?'. Mereka menjawab: 'Kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya'. Ibrahim berkata: 'Sesungguhnya kamu dan ayah-ayahmu berada dalam kesesatan yang nyata'. Surah al-Anbiya: 52-54

Demi Allah sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya. Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur terpotong-potong kecuali yang terbesar dari patung-patung yang lain; agar mereka kembali (bertanya) kepadanya. Surah al-Anbiya: 57-58

Ketika Ibrahim melihat ayah dan kaumnya dibutakan daripada hakikat kebenaran, baginda telah merancang sesuatu terhadap patung sembahan mereka seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas. Ketika kaumnya keluar, baginda memecahkan patung-patung yang mereka sembah dan melihatkan mereka hakikat kebenaran bahawa patung-patung sembahan mereka itu tidak berkuasa untuk melakukan sebarang tindakan apatah lagi untuk mencipta. Di saat mereka kembali, mereka lantas bertanya kepada Nabi Ibrahim a.s, jawapan tindakbalas darinya adalah sangat penting kerana mendedahkan sikap mereka yang tidak munasabah:

Mereka bertanya: 'Apakah kamu yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami wahai Ibrahim?' Ibrahim menjawab: 'Sebenarnya patung yang besar itu yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu jika mereka dapat berbicara. Maka mereka telah kembali kepada kesedaran mereka dan lalu bertanya: 'Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)', kemudian kepala mereka tunduk (lalu berkata): 'Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara'. Surah al-Anbiya: 62-65

Kaum Nabi Ibrahim a.s mengakui kebenaran ini selaras dengan kenyataan yang dirakam di dalam al-Qur'an: 'Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara'. Mereka amat mengetahui bahawa patung-patung yang mereka sembah tidak berkuasa untuk melakukan sesuatu atau menghidupkan zat mati apatah lagi untuk mencipta cakerawala dengan sistem yang begitu sempurna. Namun begitu, mereka tetap berkeras mengangkat material yang tidak bernyawa sebagai tuhan semata-mata perasaan taksub terahdap agama nenek-moyang mereka dan penolakan terhadap Allah s.w.t.

Di satu sudut, para materialis dan evolusionis yang ada hari ini juga memiliki mentaliti yang amat serupa. Apabila difikirkan dengan akal yang waras, setiap evolusionis pasti bersetuju bahawa hidupan adalah terlalu kompleks dan sempurna untuk terbentuk sekadar melalui kebetulan. Para saintis ini juga bersetuju akan hakikat setiap yang hidup mempunyai permulaan. Tetapi meskipun pengakuan ini, mereka tetap mempertahankan sikap jumud mereka seperti mana yang dilakukan oleh para musyrikin di zaman Nabi Ibrahim a.s malah meyakini adalah amat mustahil bagi mereka untuk meninggalkan keimanan terhadap patung semabahan untuk kembali ke jalan Allah. Untuk memahami hal ini, adalah berguna untuk melihat beberapa pengakuan yang dibuat oleh para evolusionis.

Richard Lewontin, seorang evolusionis dan ahli genetik materialis dari Universiti Harvard, menjelaskan sikap prejudisnya dan golongan materialis lain sebagai berikut:

Bukanlah metode dan institusi sains yang memaksa kita mengakui penjelasan material mengenai fenomena dunia, tetapi sebaliknya, kita didesak oleh kesetiaan tertinggi kita terhadap kuasa material untuk merintis alat-alat pengkajian dan merangka konsep yang membuahkan penerangan bersifat kebendaan, walau betapa sekalipun bertentangan dengan intuisi, walau betapa menghairankan untuk diterima. Dan lagi, materialisme adalah mutlak, maka kita tidak akan membenarkan jejak Tuhan berdiri di depan pintu.

D.M.S Watson, ahli zoologi dan evolusionis Britain terkemuka juga menerangkan mengapa evolusionis tetap berkeras mempertahankan teori ini walaupun tidak mempunyai sebarang bukti saintifik yang menyokongnya:

Sekiranya demikian, ia akan melihatkan keselarian kepada teori evolusi sendiri, sebuah teori yang diterima secara menyeluruh, bukan kerana ia dapat dibuktikan secara logik sebagai kebenaran, akan tetapi kerana satu-satunya alternatif, ciptaan istimewa adalah amat jelas mengagumkan.

Chandra Wickramasinghe, seorang saintis Britain terkenal, menerangkan bagaimana manusia dibiasakan untuk menafikan kewujudan Ilahi:

Dari latihan terawal saya sebagai seorang saintis, saya amat kuat dipengaruhi untuk mempercayai bahawa sains tidak mampu konsisten dengan sebarang jenis penciptaan yang disengajakan. Fahaman ini disingkirkan dengan keras. Pada suatu ketika, saya tidak dapat menerima suatu argumen yang rasional untuk menyingkirkan pandangan sesat untuk menggantikan Tuhan. Kami dahulu mempunyai sebuah minda terbuka, sekarang kami sedar bahawa satu-satunya jawapan yang paling logik bagi alam hidupan adalah penciptaan, bukanlah susunan rawak yang kebetulan.

Contoh di atas jelas mengilustrasikan bahawa saintis evolusionis terpaksa mempercayai teori evolusi berdasarkan kepada materialisme untuk mampu menolak Allah walaupun jelas mengetahui kesilapan teori ini. Dan individu ini merupakan segelintir pemimpin materialis evolusionis di era ini. Jawapan kepada mereka ini adalah sama seperti mana yang diberikan oleh Nabi Ibrahim kepada kaumnya, seperti yang diterangkan di dalam al-Qur'an. Jawapannya jelas amat mengejutkan dan sekaligus mengajak mereka untuk berfikir:

Ibrahim berkata: 'Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun dan tidak memberi mudarat kepada kamu?' Ah! (Celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami? Surah al-Anbiya: 66-67

Seperti mana Nabi Ibrahim a.s menghancurkan patung sembahan musyrikin dan memusnahkan asas kekufuran dengan mendedahkan kebodohan mereka, umat islam yanga da hari ini juga bertanggungjawab untuk menghancurkan tuhan golongan ateis ini yang merupakan asas untuk melumpuhkan pergerakan mereka. Antara beberapa usaha yang dapat dilakukan:

1)

Memahirkan diri dengan idea dan ideologi yang disebarkan oleh pergerakan agama batil

Adalah sangat penting bagi setiap individu untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai selok belok pergerakan anti agama yang memusnahkan kesucian nilai-nilai moral serta asas ideologi mereka dan juga konsep yang mereka perkenalkan. Ini membantu seseorang untuk lebih jelas terhadap kecacatan logik dan rasional menyeleweng yang bertentangan dengan sains dan akal fikiran. Kegoyahan asas yang menjadi sandaran ideologi ini bersama dengan kelemahan mereka dengan mudah dapat didedahkan dan bagi mereka yang benar-benar menyedari mengenai hakikat ideologi ini pasti berupaya menganalisis kemudaratan yang diakibatkan kepada negara dan mengambil langkah berjaga-jaga sebagai usaha mengekalkan keamanan dan keselamatan.

2)

Membuktikan pembatalan materialisme dan evolusi melalui kajian saintifik

Sejak awal lagi kita telah memperkatakan tentang agama batil: iaitu materialisme. Apa yang membuatkannya begitu tersebar luas dan lebih efektif berbanding ideologi zalim yang lain ialah persembahannya di atas nama sains. Sementara syirik dilabel sebagai primitif, materialisme dan teori evolusi (walaupun pada asasnya serupa) pula memiliki aura kepuraan saintifik. Berdasarkan hal ini, adalah amat penting untuk mendedahkan bahawa materialisme dan teori evolusi pada hakikatnya adalah bercanggah dengan bidang sains dan logik akal.

Adalah amat penting untuk memerhatikan setiap dakwaan yang berakar-umbi daripada teori evolusi dan untuk memperlihatkan bahawa argumen yang dikemukakan pada hakikatnya adalah rekaan berdasarkan khayalan yang bertujuan mengeksploitasi pendapat umum. Untuk menjayakan hal ini, seseorang individu harus mengikuti perkembangan kajian saintifik kontemporari dan pembatalan dakwaan yang berdasarkan teori evolusi secara ilmiah di setiap penjuru dunia dengan memberikan sejumlah bukti yang kukuh. Bahagian terakhir buku ini mengemukakan cebisan dari bukti seperti ini.

Sebenarnya, terdapat beberapa argumen yang terhad didakwa oleh evolusionis sebagai 'bahan bukti' bagi mereka dan seimbas pandang kelihatan seperti bukti yang benar. Oleh kerana ia sering dihuraikan dengan mengaplikasikan terminologi saintifik oleh para pengarang atau jurucakap dan dipersembahkan kepada dunia umum di bawah nama sains, ia kelihatan seolah-olah suatu bukti yang terbaru. Tetapi semua kajian ini, yang sarat diisi dengan kenyataan yang tidak dapat difahami berserta istilah Latin, pada asasnya tidak mengandungi sebarang bukti yang ilmiah. Disebabkan sebahagian besar masyarakat dunia hari ini gagal melihat ketidak-rasionalan Darwinisme dan menganggapnya sebagai sebuah fakta saintifik, adalah menjadi khidmat yang penting untuk memaklumkan, mendidik dan mengingatkan orang ramai terhadap ancaman ini. Jelasnya, tugas ini menuntut komitmen yang serius: setiap individu harus mengemblengkan tenaga berkongsi memperjuangkan tugas yang julung-julung kali ini.

3)

Menyampaikan hakikat ajaran agama sebenar seperti yang terkandung di dalam al-Qur'an

Di saat golongan materialis menyebarkan ideologi mereka ke atas masyarakat, mereka mengiringinya dengan tindakan yang keras dan agresif terhadap agama. Untuk menafikannya, mereka menggunakan pemahaman yang diselewengkan dan menyimpang jauh yang mereka namakan sebagai ajaran ideologi. Pemahaman ini pada asasnya adalah jauh menyimpang dari ajaran yang sebenar dengan mengadunnya dengan ramuan kejumudan dan khurafat.

Islam yang sebenar adalah amat berbeza daripada pemahaman agama kaku dan tidak bermaya yang digambarkan oleh golongan ini: dengan itu, mesej sebenar yang digariskan di dalam al-Qur'an harus dikumandangkan kepada manusia sejagat secara efektif dan dengan terperinci. Nabi Muhammad s.a.w mengingatkan para mukmin tentang manfaat pengetahuan seumpama ini dalam sabda baginda: 'Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan, dia akan diberikan pemahaman tentang agama'.

Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci yang bebas daripada sebarang pertentangan. Ia adalah sebuah kenyataan yang harus disebarkan kepada umat manusia secara eksplisit dan disertai dengan buktinya sekali. Adalah juga menjadi suatu keperluan bagi umat manusia untuk mengetahui kronologi peristiwa yang berkaitan dengan wahyu di dalam al-Qur'an. Said Nurisi menekankan cara yang paling efektif membatalkan falsafah materialisme dan naturalisme adalah dengan menjelaskan hakikat kebenaran al-Qur'an:

Menentang ancaman yang paling besar hari ini ateis, anarkisme dan materialisme, di sana hanya ada satu penawar: menyebarkan kebenaran Al-Qur'an. Sekiranya tidak, haluan yang mengubah sebuah negara besar seperti China beralih menjadi komunisme dalam masa yang singkat tidak dapat diatasi semata-mata dengan tindakan politik dan material. Ia hanya dapat dimusnahkan dengan kebenaran al-Qur'an.

Orang yang mengingini iman yang teguh dan mencari senjata yang berkuasa untuk menentang ateis dan anarki harus melihat kepada Petanda Maha Agung.

Freemason, komunisme dan kekufuran terbentuk secara langsung di dalam anarkisme. Satu-satunya yang dapat berdiri kukuh menentang situasi yang mengerikan ini adalah integriti Islam yang dibina berdasarkan kebenaran di dalam al-Qur'an.

4)

Menjelaskan bukti yang mengisyaratkan kewujudan Allah s.w.t.

Kewujudan Allah adalah jelas bagi sesiapa yang menggunakan akal fikirannya. Di dalalm setiap makhluk ciptaan, kebijaksanaan dan kehebatan-Nya jelas terpancar. Akan tetapi, beberapa dekad kebelakangan ini, manusia diindoktrinasi menuju penafian terhadap Allah dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap mereka. Selaras dengan itu, usaha yang dirintis untuk menjelaskan petanda Allah kepada manusia untuk mengikis segala prejudis yang telah berakar umbi adalah sangat penting. Ketika melakukan pelbagai kajian berkenaan makhluk hidupan secara terperinci, manusia pasti akan dapat melihat kehebatan ciptaan Allah s.w.t. Usaha yang jitu harus dilakukan untuk mendedahkan bahawa keindahan di dalam ciptaan makhluk hidupan tidak mungkin sekali-kali terjadi melalui kebetulan. Ini dapat dilakukan melalui penerbitan-penerbitan dan pameran.

Betapa ramai manusia yang lemah secara spiritual gagal bahkan untuk melihat hakikat kebenaran yang begitu jelas. Walaupun begitu, mereka ini dapat dibangkitkan dengan menjalankan usaha penyedaran yang menyeluruh. Menguja mereka dengan hakikat kesempurnaan alam ciptaan di sekeliling akan melepaskan mereka dari belenggu kekufuran dan sekaligus menimbulkan rasa tanggungjawabnya kepada Maha Pencipta dan berusaha untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

Di dalam banyak ayat di dalam al-Qur'an, Allah mengingatkan manusia untuk memikirkan akan hakikat kejadian dan mengambil pengajaran darinya:

Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak sedikit pun? Dan Kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-gangan yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah di pandangan mata, untuk menjadi pengajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah). Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfa'atnya lalu Kami turunkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-bijian tanaman yang diketam, dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati. Seperti itulah terjadinya kebangkitan. Surah Qaf: 6-11

Satu cara lain yang berkesan untuk menentang agama batil ialah membantu manusia untuk melihat kepelbagaian ciptaan Maha Suci Allah yang terpacak di hadapan mereka. Di dalam al-Qur'an, Allah berfirman:

Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-menyebutnya (dengan bersyukur). Surah Ad-Dhuha: 11

Selaras dengan ayat ini, setiap individu mukmin harus berusaha menerangkan rahmat yang dianugerahkan Allah kepada umat manusia melalui metode dakwah yang berkesan. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umat islam untuk melaksanakan tugas penting ini dalam sabda baginda: 'Allah dan para malaikat merahmati orang yang mengajar manusia ilmu yang bermanfaat'.

5)

Menerangkan cara hidup dan akhlak muliua yang diajarkan di dalam al-Qur'an.

Al-Qur'an memerintahkan manusia agar menegakkan keadilan, berbuat baik, belas kasihan terhadap orang lain, tidak mementingkan diri sendiri, saling hormat menghormati, cinta dan mempertahankan negara, mengekalkan keamanan dan ketenteraman, meleraikan perseteruan, melindungi gologan yang lemah dan miskin, rajin berusaha dan berbuat kebajikan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Kesan pengamalan nilai-nilai mulia seperti ini di dalam sesebuah masyarakat adalah jelas.

Disebabkan majoriti manusia gagal memahami ajaran agama sebenar seperti yang terkandung di dalam al-Qur'an, mereka harus diperlihatkan akan kebaikan dan keindahan prinsip-prinsi kehidupan yang terkandung di dalamnya. Para mukmin harus saling ingat-mengingati betapa indah dan mudah untuk hidup di bawah sinaran agama yang sebenar dan bahawa ia adalah satu-satunya konsep hidup yang paling sesuai dengan kecenderungan sifat dan fitrah manusia. Bahkan, mereka kaan mendapat bahawa ajaran Al-Qur'an adalah satu-satunya solusi agung bagi setiap permasalahan umat manusia. Allah menerangkan sebab kepada penurunan kitab suci-Nya:

Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. Surah An-Nahl: 89

> 6)

Ikatan dan perpaduan di kalangan mukmin

Para mukminin bukan sahaja mengabdikan diri berjihad menentang kekufuran tetap juga bersatu mempertahankan negara dan rakyat jelata dari sebarang mara merbahaya. Semakin besar jumlah mereka yang beristiqamah di jalan ini, semakin cepat kekufuran akan dibasmikan begitu juga perselisihan dan pertelingkahan di muka bumi.

Konsep amal jama'ie memberi manfaat dari sudut material dan spiritual kepada para mukminin. Di dalam banyak ayat Allah menyeru mukmin untuk bersatu-padu:

Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. Surah al-Anfal: 46

Dalam sepotong ayat lain, Allah mengingatkan mereka bahawa perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri akan mengakibatkan kerosakan di atas muka bumi:

Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (wahai orang muslim) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar. Surah Al-Anfal: 73

Seperti yang jelas di dalam ayat di atas, umat islam bertanggungjawab untuk mengelakkan konflik dan perbalahan di kalangan mereka dan dengan itu dapat bersatu untuk menentang golongan jahil yang menafikan agama Allah dan yang membawa kehancuran ke dalam masyarakat. Nabi Muhammad s.a.w. menarik perhatian kepada kepentingan berjema'ah di dalam banyak hadis baginda, seperti berikut:

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Ash'ari daripada Nabi Muhammad berkata: Orang mukmin adalah seperti bahagian sebuah binaan, masing-masing menguatkan yang lain'. Kemudian baginda merapatkan belah jari-jemarinya menunjukkan apa yang baginda maksudkan.

Ketika membantu yang lain, mereka harus memberi rangsangan dan galakan kepada yang lain ke arah kebaikan dan menghargai setiap usaha yang dilakukan. Badi'uzzaman menyatakan praktikal bantu-membantu di kalangan mukminin harus diisi dengan perasaan persaudaraan:

Wahai orang beriman! Sekiranya kamu tidak ingin jatuh ke dalam kehinaan perhambaan, sedarlah dan berlindunglah di dalam kubu Sesungguhnya mukmin adalah bersaudara... (Surah al-Hujurat: 10) untuk mempertahankan diri kamu terhadap para penindas yang mengambil kesempatan di atas perselisihan kamu! Sekiranya tidak, kamu tidak akan mampu melindungi diri dan hak-hak kamu. Sangat jelas sekiranya dua jaguh yang bertanding antara satu sama lain, bahkan seorang kanak-kanak pun mampu menewaskan mereka. Sekiranya dua pergunungan dipecahkan menjadi kecil, bahkan sebiji batu mampu merosakkan keseimbangannya dan menyebabkan yang satu naik dan yang satu jatuh. Jadi, wahai orang-orang yang beriman! Kekuatan kamu akan dimusnahkan akibat hawa nafsu dan ketidak-adilan kamu, dan kamu bahkan dapat dikalahkan oleh kuasa yang kecil. Sekiranya kamu mempunyai kepentingan di atas jema'ah, maka jadikanlah prinsip hidup kamu pegangan yang agung: 'Orang mukmin adalah seperti bahagian sebuah binaan, masing-masing menguatkan yang lain'. Dan kamu akan diselamatkan daripada kehinaan di dunia dan kemurkaan di hari akhirat.

Nasihat Badi'uzzaman Tentang Kaedah Menentang Kekufuran

Di dalam banyak tulisannya, Badi'uzzaman Said Nurisi menggesa umat mukmin mengenai metodologi yang harus digunakan di dalam perjuangan menentang sistem kekufuran. Antara lainnya:

Musuh kita adalah kejahilan, pelaziman dan perselisihan. Kita akan berdiri menentang musuh-musuh ini dengan kebijaksanaan, kemahiran dan kesatuan jema'ah.

Berhadapan dengan musuh pertama, kejahilan, adalah sangat penting untuk memastikan manusia sejagat menyedari dan bersikap peka terhadap ancaman di sekeliling mereka. Di dalam sebuah masyarakat di mana sebahagian besar ahlinya terdiri daripada individu yang beragama, mereka itu adalah orang-orang yang benar beriman kepada Allah dan agama-Nya. Akan tetapi, sebahagian besar umat Islam jauh daripada menyedari perangkap yang dipasang terhadap agama dan nilai kemanusiaan. Sebagai contoh, segelintir individu terlalu jahil dengan teori evolusi dan objektifnya sehinggakan tidak ragu untuk berkata: 'Saya seorang yang beragama dan juga percaya kepada teori evolusi'. Di sana terdapat segelintir lain yang percaya kepada hal-hal khurafat seperti konsep kelahiran semula dapat diintegrasikan dengan fahaman islam. Falasi-falasi seperti ini harus dimusnahkan dan sifat jahil serta buta huruf ini harus disingkirkan secepat mungkin.

Musuh kedua yang diidentifikasi oleh Badi'uzzaman ialah, pelaziman. Iaitu pengenaan beberapa corak pemikiran menyeleweng dan cara hidup terhadap masyarakat sebagai suatu kewajipan. Sebagai contoh, teori evolusi disiarkan melalui televisyen, buku-buku teks serta sekolah-sekolah dan dipersembahkan sebagai sebuah kenyataan tanpa alternatif lain. Seperti yang ditunjukkan oleh Badi'uzzaman, teori evolusi telah dijulang di atas asas pelaziman yang merbahaya, diwajarkan dengan frasa mengelirukan seperti 'evolusi adalah sains'. Pendoktrinan terlalu kukuh sehinggakan mereka yang menolak evolusi diumpamakan menolak kemajuan sains. Berhadapan dengan dakwaan para materialis dan evolusionis ini, satu-satunya solusi yang terbaik ialah memaklumkan akan hakikat pembatalan ideologi yang merbahaya ini. Hal ini dapat direalisasikan melalui penerbitan buku-buku dan pelbagai instrumen media dan komunikasi yang membincangkan ancaman yang diakibatkan oleh teori evolusi dan falsafah materialisme.

Musuh terakhir yang diisyaratkan oleh Said Nurisi adalah perbalahan atau pun perselisihan, yang merupakan antara ancaman besar hari ini di mana kontroversi yang melibatkan pelbagai isu di kalangan manusia. Ketika mereka gagal mencapai persetujuan, isu-isu tersebut akan diperbesarkan menjadi alasan untuk berbalah sesama sendiri. Berhadapan dengan kemudaratan yang diakibatkan oleh konflik dan kehuru-haraan, kebenaran harus dinyatakan dengan jelas di bawah bukti saintifik. Berkenaan asal usul hidupan pula, akumulatif fakta yang ada harus dijelaskan dengan nyata dan terang. Hal ini dapat membuatkan para materialis dan evolusionis berpaling kepada fitrah dan kembali ke pangkal jalan.

Ketika menjalankan tindakan terhadap seluruh ancaman ini, Badi'uzzaman juga menekankan beberapa faktor yang berpotensi menyumbangkan ke aras kejayaan. Yang pertama ialah kebijaksanaan, satu konsep yang memainkan peranan penting di dalam perjuangan menentang kekufuran. Dalam konteks ini, perkataan 'kebijaksanaan' mempunyai konotasi berbeza. Menyebarluaskan kebenaran tentang ciptaan Allah adalah salah satu daripada isu yang penting dan dengan menggunakan kelancaran dan penggunana bahasa yang mudah disertai dengan ilustrasi yang mempesonakan di dalam penerbitan-penerbitan adalah suatu keperluan sekaligus membentangkan keindahan perasaan yang dialami oleh para mukmin. Hikmah di dalam penerangan lisan juga adalah sebuah manifestasi kesenian. Pengucapan, ilustrasi contoh dan penggunaan bahasa yang efektif adalah penting untuk mempengaruhi kumpulan sasaran. Bertentangan dengan evolusionis, yang menggunakan pendekatan terminologi yang rumit dan mengelirukan ketika menerangkan teori evolusi yang kononnya saintifik, bahasa yang ringkas dan mudah membuatkan orang ramai memahami pelbagai isu penciptaan dengan lebih mudah yang secara langsung berkait dengan akidah keimanan. Pengucapan yang mahir yang disebutkan oleh Badi'uzzaman adalahs ifat Allah yang dianugerahkan kepada para hamba-Nya yang ikhlas, dan keikhlasan serta kejujuran mereka terpamer di dalam gaya mereka berhujah. Mengenal pasti subjek yang harus diterangkan kepada manusia bergantung kepada tahap pemahaman dan kaedah yang digunakan untuk menerangkan kepada mereka semuanya adalah kelebihan bagi mereka yang berakal.

Kaedah terakhir yang disarankan oleh Badi'uzzaman ialah kesatuan jema'ah yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di tanah air. Kesatuan jema'ah adalah sangat penting untuk menentang mereka yang menafikan kewujudan Allah dan yang berjuang meruntuhkan kemuliaan nilai-nilai moral. Usaha yang dilakukan untuk memusnahkan kekuatan jema'ah ini akan mengendurkan kesannya. Pelbagai alasan negatif seperti, 'Darwinisme kini tidak berpengaruh lagi' atau 'masih perlukan kita menolak Darwinisme?', sebenarnya lebih membahayakan perjuangan menentang kekufuran di mana akibatnya akan mencipta perbalahan.

Para mukmin yang ikhlas memikirkan kebaikan negara dan rakyatnya harus terus berjuang sehingga fahaman Darwinisme benar-benar lenyap dari muka bumi. Walaupun evolusionis tetap mempertahankan hujah dan argumen mereka dalam keadaan terhimpit, namun di sana masih banyak hal yang boleh dilakukan. Di saat keganasan, anarkisme dan kebencian terhadap agama telah lenyap, barulah dapat kita simpulkan bahawa sistem kekufuran ini telah musnah dari muka bumi. Di dalam al-Qur'an, Allah memerintahkan para mukminin berjihad menentang kekufuran: 'Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah, dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah. Surah al-Anfal: 39

BAGIKAN
logo
logo
logo
logo
logo
Unduhan
  • Pengenalan
  • Agama Batil: Materialisme Dan Darwinisme
  • Materialisme: Asas Kepada Agama Batil
  • Seruan Pemimpin Agama Batil Menuju Ke Lembah Neraka
  • Kemusnahan Tamadun TanpaPegangan Agama
  • Strategi Membasmi Agama Batil
  • Agama Hak Memusnahkan Agama Batil
  • Konklusi