Buku ini ditulis untuk menyedarkan para pembaca budiman akan bahaya agama batil dan sekaligus tanggungjawab yang terpikul di bahu. Menyeru kebaikan dan menegah yang mungkar adalah aspek ibadah yang paling penting diperintahkan ke atas umat mukmin oleh Allah, yang merupakan pelindung antara satu sama lain. Di samping itu, buku ini juga bertujuan untuk mengingatkan tanggungjawab yang mulia ini. Mereka yang membaca dan mendengar peringatan tersebut mempunyai dua piihan: duduk kembali dan berkata: 'orang lain pasti akan menuruti dan melakukannya' atau pun bingkas bangkit dengan niat memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada mereka dan mula melibatkan diri.
Di dalam perjuangan mereka menentang kekufuran, para utusan dan aulia telah memberi contoh yang baik. Setiap para nabi yang dikisahkan di dalam al-Qur'an dan para aulia lain yang menuruti mereka berusaha menentang kejangakan musyrikin dan perjuangan yang tercatat di dalam lembaran sejarah ke atas ideologi sesat dalam usaha menyampaikan risalah-Nya. Mereka menggunakan pelbagai kaedah untuk menyebarkan dakwah ini kepada umat manusia dan tidak ada yang mampu menghalang mereka. Keinginan, kekuatan, iltizam, kesabaran dan keberanian mereka seharusnya menjadi tauladan bagi para mukmin yang lain.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa di sana telah disediakan pengajaran bagi mereka yang menyeru kebaikan kepada umat manusia:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa baginda bersabda: mereka yang menyeru manusia ke jalan kebaikan akan menerima ganjaran seperti ganjaran mereka yang menuruti mereka tanpa dikurang sedikit pun.
Dalam sejarah mutakhir ini, terdapat sebahagian besar para ulama Islam yang memiliki tauladan hidup yang baik. Sebagai contoh, Badi'uzzaman Said Nurisi adalah antara tokoh terkenal yang gigih berjihad menentang agama batil dalam keadaan yang sangat menguji. Beliau mempamerkan kesabaran dan melakukan banyak pengorbanan sebagai usaha melindungi negara sekaligus rakyat jelata dari ancaman ini. Kenyataan Badi'uzzaman berikut menjadi inspirasi yang mendalam terhadap mereka yang memiliki sanubari yang tulus dan akal yang jernih:
Matlamat saya hanya satu. Di saat saya sedang hampir kepada kematian, saya dapat mendengar ejekan burung hantu Bolshevik di dalam negara ini yang merupakan tanahair umat Islam. Bunyi itu menjahanamkan asas akidah dunia islam. Melemahkan kepercayaan mereka dan ia membelenggu manusia khususnya para belia ke dalam dakapannya. Saya menyeru para belia dan semua umat islam kembali beriman dengan berjuang menentangnya dengan seluruh kudrat upaya saya. Saya menentang kekufuran yang tersembunyi ini. Saya ingin kembali kepada-Nya dengan menjadikan perjuangan ini milik saya. Inilah yang saya lakukan. Bagi mereka yang menghalang saya dari melakukannya, saya khuatir mereka adalah komunis. Bagi saya, ia adalah jihad suci untuk perjuangan menentang musuh-musuh akidah ini. Lepaskan saya!! Biarkan saya mengislah para pemuda yang diracuni komunisme dan demi keimanan negara ini!! Biarkan saya berkhidmat demi tauhid.
Seorang individu yang benar-benar sedar adalah berkewajipan untuk mematuhi tuntutan naluri fitrahnya dan berusaha untuk mengabdi diri kepada agama Ilahir. Allah sudah pasti akan membezakan antara para hamba-Nya yang mukmin sejati daripada mereka yang hanya berkata 'saya beriman' namun mengelak daripada memenuhi seruan jihad ini. Allah berfirman di dalam al-Qur'an:
Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja berkata: Kami telah beriman tanpa diuji. Surah Al-Ankabuut: 2
Dalam sepotong ayat lain, Allah menyatakan bahawa para mukmin tidak akan memperolehi ketakwaan dan keimanan yang sejati tanpa berjihad menentang kekufuran:
Bahkan adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga sedang Allah tiada mengetahui di antara orang yang berjihad di antara kamu serta mengetahui orang-orang yang sabar. Surah Ali-'Imran: 142
Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau,
tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(QS. Al Baqarah, 2:32)